Bolehkah Ibu Hamil Makan Durian? Ketahui Adakah Ia Selamat, Manfaat Kesihatan Dan Risiko

Makan durian ketika hamil memberikan rasa yang penuh nikmat bagi pencinta raja buah ini. Namun waspada dan jangan makan secara berlebihan

Ketika berbadan dua, ibu dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam pengambilan makanan sepanjang masa. Justeru jika mengidam, adakah selamat makan durian ketika hamil?

Memandangkan durian adalah buah yang sangat berkhasiat, selalu timbul spekulasi sama ada bolehkah ibu hamil makan durian.

Makan durian ketika hamil: Kenali apa itu durian

Khasiat buah durian

Apakah itu buah durian? Ia merupakan sejenis buah tropika yang terkenal dengan aromanya yang tersendiri dan kuat, sering digambarkan sebagai campuran manis, berkrim, dan sedikit bergas.

Durian berasal dari Asia Tenggara dan biasanya ditemui di negara seperti Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Durian sering dipanggil “Raja Buah” di rantau ini kerana populariti dan ciri-ciri uniknya.

Pencinta durian sering menggambarkan rasa setiap ulas durian sebagai kaya, manis, dan berperisa, dengan sedikit karamel.

Selain rasa yang unik, durian juga terkenal dengan kandungan nutrisinya. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin C, kalium, dan mangan. Walau bagaimanapun, durian juga tinggi kalori dan karbohidrat, terutamanya gula, jadi ia perlu diambil secara sederhana.

Bolehkah ibu hamil makan durian

Dr Zubaidi mengatakan bahawa sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang bahawa tidak boleh ibu hamil makan durian.

Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan.

Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian ini.

Apakah makan durian menyebabkan keguguran? Setakat ini tiada sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan.

Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk membuktikan apakah makan durian menyebabkan keguguran atau tidak selamat diambil oleh ibu mengandung.

Orang hamil boleh makan durian

bolehkah ibu hamil makan durian

Makan durian saat hamil muda boleh mendatangkan kerisauan pada ibu ayah baharu. Jika tidak makan, nanti meleleh pula air liur anak.

Jadi, bolehkah ibu hamil makan durian? Ya! Durian boleh memberi manfaat kepada ibu mengandung kerana ia mengandungi vitamin dan mineral dan juga, organo-sulfur dan triptofan yang mempunyai kesan anti-oksidan.

Ciri-ciri anti-bakteria, anti-kulat dan anti-mikrob menjadikannya pertaruhan yang selamat untuk wanita semasa hamil.

Walau bagaimanapun, anda mesti berhati-hati kerana terlalu banyak makan durian ketika hamil mungkin mempunyai kesan berbahaya juga.

Rujuk doktor anda sebelum anda mengambil durian, terutamanya jika anda pertama kali memakannya.

Justeru makan durian saat hamil muda adalah boleh. Ia sebenarnya selamat untuk mengambil durian semasa mengandung – tetapi secara sederhana.

Makan durian saat hamil trimester 1 membolehkan tubuh anda mendapat zat besi, riboflavin, tembaga, folat, kalsium, serat, zink, karotena, mangan, fosforus, magnesium, kalium, niasin, tiamin, gula, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan asid askorbik.

Tetapi durian mempunyai kandungan lemak, gula dan karbohidrat yang tinggi, jadi mungkin elakkan bufet durian yang menggoda, terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes semasa mengandung atau mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes.

Ibu hamil boleh makan durian berapa biji

Sunway Medical mengatakan walaupun anda boleh menikmati raja buah ini, namun ibu hamil boleh makan berapa biji durian adalah 2-3 ulas durian bersaiz kecil sahaja.

Hal ini kerana setiap ulas durian mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, digalakkan untuk mengambilnya secara sederhana ketika berbadan dua.

Ibu hamil makan durian dengan banyak atau atau mana-mana buah boleh menyebabkan paras gula darah tinggi, iaboleh membahayakan wanita hamil dan mengurangkan tahap imuniti.

Walaupun anda tidak hamil, masih tidak digalakkan untuk mengambil ulas durian dalam kuantiti yang banyak kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Kelebihan durian untuk ibu hamil

Menurut Parenting Firstcry, terdapat banyak khasiat orang hamil boleh makan durian. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat.

Berikut adalah senarai khasiat orang hamil boleh makan durian:

1. Kaya dengan Serat Pemakanan

Ramai ibu hamil sering mengalami masalah sembelit akibat perubahan hormon dalam badan. Durian bertindak sebagai julap semula jadi dan membantu dalam penyingkiran bahan kimia berbahaya dari usus.

Ia juga memastikan membran mukus dilindungi kerana kandungan serat mengurangkan masa pendedahan kepada toksin.

2. Sumber Folat yang Baik

Durian kaya dengan asid folik dan boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir. Anda boleh memperoleh 9% daripada keperluan harian untuk asid folik daripada 100 gm durian.

3. Kaya dengan Vitamin B

Durian kaya dengan vitamin seperti riboflavin, niasin dan tiamin. Ia bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan ibu hamil.

4. Kaya dengan Antioksidan

Durian mengandungi zink, triptofan dan organo-sulfur yang mempunyai kesan antioksidan. Mereka melindungi ibu dan janin daripada serangan bahan pencemar dan radikal bebas

Namun begitu, jika ibu ‘teringin’ nak makan durian, ibu haruslah ambil dalam jumlah yang sederhana saja kerana buah ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. 

Dua ulas durian bersaiz sederhana pun mengandungi 60 kalori, kalau yang lagi besar dan isi lebat, berapa agaknya kalori yang terkandung? Sebab itu, ibu hamil perlu mengehadkan pengambilan makan durian ketika hamil. 

Bagi wanita hamil yang menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, anda perlu mengelak makan durian ini kerana kandungan gulanya tinggi

Durian juga menghasilkan gas yang banyak dalam usus dan perut hingga ia menyebabkan ibu hamil kembung perut atau loya. 

Akan tetapi, beberapa kajian yang dilakukan juga menunjukan manfaat buah durian iaitu mengandungi organo sulfur dan triptofan. Bahan-bahan berkenaan mempunyai antioksidan yang baik.

Selain itu, durian juga mengandungi unsur anti mikrobial, anti bakteria dan anti fungus yang bagus untuk wanita hamil. 

Sebab ibu hamil perlu berpada bila makan durian

Walaupun durian sarat dengan nutrien, ia juga merupakan makanan glisemik tinggi yang mengandungi sejumlah besar gula dan karbohidrat.

Dua biji buah durian bersaiz sederhana boleh memberi anda 60 kalori. Jadi, pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam glukosa darah dan juga boleh meningkatkan berat janin.

Ini akan terbukti menjadi penghalang kepada kelahiran semula jadi, malah mungkin menjadi punca utama obesiti kanak-kanak.

Siapa yang patut elakkan buah durian ketika mengandung

Kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi dalam durian mungkin terbukti berbahaya kepada sesetengah ibu mengandung.

Berikut beberapa golongan yang tidak disarankan makan durian saat hamil:

  • Wanita hamil yang menghidap diabetes semasa hamil
  • Wanita hamil yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung
  • Wanita hamil yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
  • Wanita hamil yang mengalami obesiti
  • Wanita hamil yang telah dinasihatkan dengan tegas agar tidak menambah berat badan tambahan selain daripada yang telah disyorkan
  • Wanita hamil dalam trimester ketiga

Tips keselamatan ibu hamil makan durian

makan durian ketika hamil, makan durian ketika mengandung, makan durian semasa berbadan dua, makan buah tempatan, makan buah durian, durian, pantang larang pemakanan semasa hamil, durian ketika hamil, makan durian semasa kehamilan, mengandung dan durian, buah durian, keburukan makan durian semasa hamil, kelebihan makan durian ketika hamil

  • Jangan terlalu gelojoh, dikhuatiri tercekik biji. 
  • Jika rasa loya, pening dan  muntah, sila berhenti itu tanda badan tak selesa nak terima makanan itu. 
  • Memang ambil durian dalam kuantiti yang sedikit tapi jangan terlalu kerap. Memadai dua minggu sekali, cukup. 
  • Selepas makan, sulamkan dengan air kosong 

P/S: Kalau ibu rasa nak makan durian ketika hamil juga, cukuplah sekadar 2 ulas durian saja untuk mengubat rasa mengidam itu.

Pengalaman makan durian saat hamil

Seorang ibu, Kerongsang Pink Kreatif, menceritakan pengalaman makan durian ketika mengandung anak keempat.   

Saya begitu craving durian. Mengidam sangat-sangat. Mahal pun sanggup bayar asalkan saya dapat makan durian. Pernah suami belikan RM60 harganya untuk sebiji durian. Dah tu tak cukup pula tu. Esoknya, nak lagi durian.

Sambil makan durian tu sambal berdoa moga Allah lindungi anak dalam kandungan ini.

Kerap sungguh makan durian. Selang beberapa hari, murah rezeki, mak pengasuh anak pula hantar durian percuma dari dusun adiknya. Mereka tak makan durian. Rezeki sungguh. Makan lagi.
Kemudian, Ramadhan tiba. Selang beberapa hari kemudian, dapat lagi rezeki makan durian. Rezeki ibu mengandung. Kira memang kerap betul makan durian tau.

Semasa Ramadhan, kandungan saya dah menghampiri 8 bulan. Setiap kali saya makan durian berlebihan, saya perasan, baby menderu dalam perut. Pergerakan beliau aktif sangat memusing-musing. Saya memang khuatir. Saya risau. Berazam tak mahu makan durian dah. Tetapi, rezeki durian datang lagi. Kali ini, abang saya sendiri belanja kami seisi keluarga berbuka di rumah mak, sambil makan durian.

Malam hari raya, iaitu selang dua hari selepas saya makan durian. Malam tu, macam-macam kerja saya buat. Packing kuih raya, kemas rumah, vakum rumah dan menyediakan pakaian raya anak-anak.

Bersiap-siap sambil layan anak-anak tiga orang tu sementara tunggu abah mereka balik dari solat aidilfitri. Sejujurnya, saya dah penat sangat. Dan saya perasan baby tidak bergerak lagi pagi itu. Saya kerisauan dan kepenatan. Namun, masih cool dan berlagak tak ada apa-apa.

Sekali saya bangun, nak ambil laksa. Perasan ada sesuatu keluar di bawah. Panas.

Saya cepat-cepat ke tandas. Ya Allah, darah pekat merah ada. Saya beritahu kakak ipar minta panggil adik perempuan saya untuk dapatkan pad. Seram sejuk badan masa tu. Berdebar-debar. Dalam hati, baby baru 8 bulan, 32 minggu. Macam mana ni.. Saya masih berfikir positif, mungkin darah ini ja yang keluar. Selepas saya pakai pad, saya berjalan ke ruang tamu, sekali lagi darah keluar. Hangat. Pad terus penuh.

Saya pakai dua pad. Suami ajak ke hospital. Kami terus pergi hospital Parit Buntar.

 Saya terus dibawa berjumpa doktor. Seorang doktor perempuan berbangsa India. Doktor scan baby. Katanya baby tak ada apa-apa. Cuma uri kat bawah. Plasenta Previa Type 2 dia kata. Pa dia tu..huhuhu.. Uri bawah. Duk bergesel dengan bladder. Sebab tu berdarah.

“Puan, kita perlu bedah puan. Kita perlu selamatkan baby dan puan.” Saya bersetuju saja la. Apa daya yang ada pada ketika itu.

Prosedur pembedahan segera dilaksanakan. Saya diberi suntikan memantangkan paru-paru baby. Baby baru 32 minggu.

Saya dibawa ke bilik pembedahan, dah keluar dari bilik tersebut lebih kurang jam 6 petang. Anak keempat saya lahirnya pra matang, beratnya cuma 1.75kg pada 1 Syawal.

Sekarang, jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk makan buah durian semasa hamil, maka sederhana adalah kunci kepada kehamilan yang sihat dan kelahiran yang lancar. Juga, mungkin bijak untuk berunding dengan doktor anda sebelum mengambilnya.

Kesimpulannya, buah durian selamat untuk ibu hamil dan ia membantu dalam tumbesaran dan kesejahteraan keseluruhan semasa hamil. Anda boleh hilangkan rasa mengidam terhadap buah durian,  tetapi sentiasa waspada jumlah pengambilan setiap ulas durian.

Mengandung boleh makan tempoyak

Semasa mengandung, anda sebenarnya dibenarkan makan tempoyak. Asalkan bilangannya terhad, ya.

Tempoyak mempunyai rasa tersendiri yang boleh menambah kelazatan makanan anda. Bagaimanapun, ibu hamil perlu berwaspada memandangkan tempoyak diperbuat daripada durian dan telah melalui proses penapaian. Jadi, ini akan menyebabkan masalah penghadaman jika diambil secara berlebihan.

Tempoyak juga tidak boleh diambil terlalu kerap, kerana ia mengandungi lemak, garam, gula yang cukup tinggi sehingga boleh memudaratkan janin dan kesihatan ibu hamil jika terlalu kerap dimakan.

Sebagai contoh, jika anda mengidam sambal Tempoyak, ia boleh menjadi tambahan yang sihat dan berperisa pada hidangan asalkan anda mengehadkan jumlah yang diambil.

Ibu mengandung boleh makan tempoyak secara sederhana jika ingin mendapatkan manfaat kesihatan dan tidak mendatangkan risiko yang ketara kepada wanita hamil.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

Baca juga: Hamil Di Usia Muda, Gadis Ini Tabah Tahan Telinga Dilabel ‘Tak Berguna’ Ke Kolej Bawa Perut Memboyot!

Baca juga: Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas! – Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!