Trend makan uri bayi semakin banyak, persoalannya - selamat ke?

undefined

Makan uri bayi telah popular lebih-lebih lagi di Barat. Mereka jadikan uri mereka sebagai kapsul sebagai ubat memulihkan sakit lepas bersalin.

Trend makan uri bayi makin terkenal selepas beberapa selebriti terkenal di Hollywood juga mengamalkannya. Tapi adakah ia selamat?

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Birth Journal mengatakan yang ia selamat. Menurut pengkaji dari Universiti Nevada Las Vegas dan Universiti Oregon itu, ibu yang makan uri bayinya tidak meletakkan anak mereka yang baru lahir itu dalam bahaya.

Berdasarkan 23,000 rekod kelahiran, mereka menemui tiada peningkatan risiko penyakit pada bayi yang ibu mereka memakan uri anak sendiri.

Makan uri bayi ada banyak kelebihan, kata ramai ibu

Sepanjang 9 bulan hamil, uri membantu bayi untuk bernafas, mendapat nutrisi dan membuang sisa. Tapi apa kelebihan bila ia dimakan oleh ibu yang baru bersalin?

Selepas bersalin, ramai percaya yang bahan nutrisi organik ini dapat mengurangkan sakit dan darah serta meningkatkan susu badan.

Ia juga boleh merapatkan hubungan ibu dan anak dan mengurangkan depresi selepas bersalin.

makan uri bayi, kapsul uri bayi, uri bay, masak uri bayi, makanan uri bayi

Gambar: Emma Jean Photograpy

Amalan ini tidak lagi pelik. Ia telah diamalkan oleh ibu-ibu di serata dunia termasuk negara yang maju dan selebriti Hollywood.

Kim Kardashian West berkata, makan uri bayi memberikannya tenaga berpanjangan.

Sementara pelakon TV January Jones pula berkata, makan uri telah menyembuhkannya dari depresi selepas bersalin. Dia turut mengesyorkan amalan ini pada semua ibu-ibu.

Makan uri bayi: Ramai masih belum yakin

Kajian ini keluar selepas beberapa tuntutan yang mengatakan makan uri bayi boleh menyebabkan penyakit pada bayi yang baru lahir. Menurut laporan CDC, para ibu perlu berhati-hati semasa mengeringkan uri dan membuatnya menjadi kapsul.

Proses ini boleh menyebabkan bakteria yang boleh membawa kepada jangkitan. Mereka menamakan kes spesifik di mana seorang ibu di Oregon telah memberikan jangkitan bakteria pada bayinya selepas mengambil 2 kapsul uri sehari.

makan uri bayi, kapsul uri bayi, uri bay, masak uri bayi, makanan uri bayi

Tapi ibu-ibu ini bukan sahaja makan uri berbentik kapsul. Ada juga makan mentah-mentah atau masak uri tersebut menjadi lasagna, spaghetti mahupun coklat!

Walaupun beberapa ibu mengesahkan yang makan uri bayi memulihkan tenaga dan mood mereka, kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk menyokong tuntutan ini.

Makan uri bayi dalam Islam

Hukum makan uri bayi dalam Islam adalah haram. Uri bayi dikira sebagai organ yang mati dan hukumnya najis.

Mufti Perak berkata “perkara yang halal dan haram dimakan sudah jelas, tidak perlulah kita mudah terpengaruh dengan segala perkara yang dilakukan oleh masyarakat barat yang suka mencuba perkara baharu dan pelik.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Wow, wanita ini guna uri bayinya untuk buat coklat! Apa pendapat anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!