Menakjubkan! Ternyata begini caranya janin menerima makanan dari ibu [Video]

undefined

Anda pernah tak terfikir tentang hal makanan bayi dalam kandungan? Artikel ini ada menunjukkan bagaimana janin menerima nutrisi dan nutrien dari ibunya.

Pernahkah ibu tertanya-tanya, bagaimana cara janin mendapat makanan selama berada dalam kandungan dan apa makanan bayi dalam kandungan?

Ya, anda mungkin sudah tahu, plasenta memainkan peranan penting dalam hal ini. Tapi, bagaimana cara sebenarnya makanan dari ibu masuk ke janin?

Makanan bayi dalam kandungan termasuklah oksigen dan air serta semuanya disalurkan melalui aliran darah ibu. Malah, sisa pencernaan bayi seperti karbon dioksida juga dikeluarkan melalui aliran darah ibu.

Di dalam plasenta, darah ibu mengalir melalui pembuluh darah kapilari. Molekul yang ada di dalam darah ibu seperti glukosa, protein, lemak, oksigen dan lain-lain akan sampai ke bayi dengan cara ini.

Saluran makanan bayi dalam kandungan – Satu proses yang indah

makanan bayi dalam kandungan, makanan bayi dalam perut

Makanan janin disalurkan melalui darah ibu ke darah bayi, mengalir melalui tali pusat ke tubuh janin. | Kredit: theAsianparent Indonesia

Melalui saluran darah ibu, makanan janin disalurkan. Nutrisi yang ada di dalam darah ibu akan diserap oleh jaringan pembuluh darah yang mengandungi bekalan darah bayi. Darah berisi nutrisi ini kemudian akan mengalir melalui tali pusat ke tubuh bayi.

Jadi, apapun yang ibu makan, molekul protein, glukosa, lemak, vitamin dan pelbagai nutrisi lain akan terserap ke aliran darah ibu melalui usus kecil. Molekul ini akan mengalir ke plasenta dan seterusnya ke aliran darah bayi.

Ibu perlu ingat yang segala apa yang diambil oleh si emak ketika hamil akan diserap ke dalam darah dan disalurkan ke janin. Oleh sebab itulah, anda perlu betul-betul mengambil berat tentang apa yang masuk ke dalam tubuh ketika mengandung.

Contohnya, kita perlu hindari makanan dan minuman yang berbahaya atau tidak bernutrien bagi bayi.

Video cara makanan bayi dalam kandungan disalurkan dari tubuh ibu

Berikut ini adalah video cara makanan bayi dalam kandungan disalurkan melalui aliran darah ibu:

Menakjubkan sekali ya. Ia mengingatkan kita tentang kekuasaan Tuhan apabila melihat cara makanan dari ibu disalurkan kepada bayi dalam kandungan.

Memang benarlah rezeki setiap dari kita sudah tertulis oleh Tuhan, malah sebelum kita lahir lagi!

Jadi, selepas mengetahui prosesnya, tentu anda akan lebih berhati-hati lagi dalam menjaga pengambilan makanan. Jom pastikan kita hanya mengambil makanan yang baik-baik sahaja untuk bayi kita.

Semoga bermanfaat ya, ibu!

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia, Brainstuffshow.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!