Makanan Yang Dilarang Untuk Bayi Di bawah Umur 1 Tahun

lead image

Kadang kala sebagai ibu bapa kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan yang sedap-sedap kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang dilarang untuk bayi dibawah umur 1 Tahun

 

Madu

Makanan Yang Dilarang Untuk Bayi Di bawah Umur 1 Tahun

Bandingan kadar UMF dan MGO dalam madu. sumber: healthywithhoney.com

Pakar kanak-kanak semua bersetuju bahawa madu tidak boleh diberi kepada bayi di bawah umur 1 1/2 tahun, disebabkan spora Clostridium botulinum yang mungkin hadir dalam madu.

Spora bakteria ini tidak akan bercambah dalam sistem pencernaan orang dewasa, tetapi boleh berkembang dalam usus bayi yang tidak matang. Spora bakteria ini biasa hadir di dalam tanah dan pelbagai makanan, terutamanya makanan mentah.

Walaupun kes-kes botulism bayi jarang berlaku, ia adalah lebih selamat untuk memberi madu kepada kanak-kanak yang lebih besar dan dalam kuantiti yang kecil.

Di Malaysia, madu Manuka adalah pilihan popular antara ibu-ibu oleh kerana agen antibakterialnya. Semakin tinggi kadar ukur UMF dan MGO, semakin tinggi agen antibakterial dalam madu Manuka itu. Ibu-ibu biasanya akan memberi madu apabila anak selesema atau batuk-batuk. 

Secara umumnya, dos yang selamat adalah: ½ sudu teh madu untuk setiap 11 kg berat badan kanak-kanak yang berumur 2-5 tahun.

Rujukan: Garden of WisdomDr. Zubaidi, Healthy with Honey, NYR Natural News

Susu Segar dan Susu Penuh Krim

Makanan Yang Dilarang Untuk Bayi Di bawah Umur 1 Tahun

sumber: Dutch Lady

Susu Segar dan susu penuh krim tidak patut diberi sebagai pengganti susu ibu atau formula sehingga anak berusia 1 tahun. Komponen dan nutrien dalam susu lembu tidak cukup untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Protein yang terdapat dalam susu lembu juga sukar untuk dihadamkan perut bayi dibawah umur 1 tahun, tetapi yogurt dan keju dikecualikan kerana mereka diperbuat dari susu kultur.

Buah-buahan Sitrus

Buah-buahan sitrus sebenarnya sangat berasid. Bayi di bawah usia 12 bulan yang sensitif terhadap buah sitrus boleh mengalami ruam dan sakit perut. Asid dari buah-buahan sitrus boleh menganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang.

Buah Strawberi, Kerang-kerangan, Kacang tanah

Strawberi, kerang-kerangan, dan juga kacang tanah adalah makanan yang boleh menyebabkan reaksi alahan teruk sehingga mengancam nyawa anak.

Simptom alahan makanan termasuklah:

  • tekak sesak
  • gatal-gatal atau kesemutan di dalam mulut
  • ruam kulit, seperti gatal-gatal atau ekzema
  • kulit gatal
  • berdehit
  • batuk
  • kesesakan
  • loya
  • sakit perut
  • muntah
  • cirit-birit
  • pening

Siasat dahulu sejarah alahan dalam keluarga anda dan rujuklah pakar kanak-kanak, sebelum memberi anak makanan yang beralergen tinggi.

Makanan Bayi Yang Mengadungi Brokoli

Sesetengah ibu mungkin suka memilih Brokoli kerana ia senang digengam tangan bayi. Ia juga senang dipuri dengan blender tangan, tetapi tahukah anda jika sayur brokoli dimakan dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan perut kembung yang sakit dan bergas?

Sebenarnya kesan sampingan sayur ini tidaklah terlalu teruk, cuma ia mungkin bukan sayur yang sesuai untuk bayi yang baru mula makanan pejal. Namun demikian apabila bayi sudah lebih besar, sedikit boleh dicampur dengan makanan lain sebab sayur brokoli adalah sumber terbaik vitamin K, vitamin C, kromium dan folat.

Apabila memasak brokoli untuk bayi anda, gunakan bahagian berbunga(florets) sahaja. Sesetengah orang mendapati bahawa dengan memakan batang brokoli, perut mereka akan lebih kembung berbanding dengan apabila mereka hanya memakan bahagian florets sahaja. Jadi masaklah bahagian florets sahaja untuk bayi anda, ianya jauh lebih berkhasiat dari batangnya!

 

Sumber: Wholesome Baby Foods, Homemade Baby Food Recipes

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner