101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

undefined

Anak sudah sedia untuk makan makanan pepejal pertama? Anda pasti teruja nak menyuapnya kan! Ikuti panduan lengkap tentang makanan bayi di sini.

Bayi anda sudah berumur 6 bulan dan mula mencapai apa saja yang anda makan.

Anda tahu dia sudah bersedia untuk makan dan anda sungguh teruja untuk melihat dia makan buat pertama kali!

Dalam keterujaan itu, anda mungkin rasa lemas dengan ribuan produk makanan bayi di pasaran dan semua maklumat yang anda dengar dari kawan atau dari buku dan artikel yang anda baca.

Untuk membantu anda untuk kurang serabut, berikut adalah informasi berkenaan soalan yang kerap ditanya tentang makanan bayi.

#1 Bila bayi bersedia untuk makanan pejal?

Menurut Gina Shaw dari WebMD, kebanyakkan bayi bersedia untuk makan makanan pertama mereka di usia 6 bulan.

Beliau menerangkan yang di usia ini, bayi sudah hilang ‘refleks ekstrusi’ yang mereka gunakan untuk menghisap payudara atau botol.

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Duduk dengan bantuan dan minat terhadap makanan. Kredit foto : flickr

Berikut adalah tanda yang menunjukkan bayi anda mungkin sudah bersedia untuk makan makanan pejal:

  • Boleh duduk dengan bantuan, kepala tegak.
  • Boleh menyimpan makanan dalam mulut tanpa meleleh keluar.
  • Berat sudah 2 kali ganda berat lahir.
  • Menunjukkan minat apabila anda makan.

#2 Bagaimana nak pilih makanan yang baik untuk bayi saya?

Pakar menerangkan apabila bayi anda mula makan (6 bulan), simpanan semulajadi zat besi mereka mula menurun.

Disebabkan ini, Lembaga Promosi Kesihatan Singapura (HPB) menyarankan untuk memberi bijiran tinggi zat besi serta makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi pada bayi anda.

Buat makanan bayi di rumah

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Makanan bayi yang dibuat sendiri. Kredit foto : flickr

Jika anda merancang untuk buat sendiri makanan bayi di rumah, pastikan ia makanan dengan tekstur lembut dan cair bagi membantu bayi menikmati dan belajar makan.

HPB menyarankan anda beri bayi buah-buahan lembut dan telah dilenyek dan sayur yang telah dimasak.

HPB juga menyarankan makanan lembut dan tinggi protein seperti tauhu, dan kekacang yang dimasak dan dilenyek serta isi ikan yang halus.

Apabila bayi anda sudah boleh mengunyah, tambah daging yang sudah dicincang halus atau ayam yang dicarik halus ke dalam menunya.

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Sayur-sayuran yang telah dipuri. Kredit foto: today’s parent

Berikut adalah beberapa jenis sayur dan buah yang sesuai sebagai makanan pertama bayi:

  • Avakado: Avocado penuh dengan lemak dan nutrien seperti vitamin A, C, niasin dan folat, serta mineral potasium, fosforus, magnesium dan kalsium
  • Pir: Ada vitamin A, C dan folat dan mineral seperti potasium, fosforus, magnesium dan kalsium
  • Keledek: Makanan berwarna oren ini penuh dengan vitamin A, C, folat, serta mineral seperti potasium, selenium, magnesium dan kalsium.
  • Labu: Selalunya jadi kegemaran bayi, labu penuh dengan vitamin A, beta karotin, potasium, protein, zat besi. 
  • Pisang: Lagi satu pilihan popular untuk bayi, tinggi vitamin A, C and folat, and mineral seperti potasium, selenium, magnesium and kalsium.

Beli makanan pertama bayi di pasaraya

Kebanyakkan balang makanan bayi dilabel mengikut pertumbuhan bayi anda.

Jadi jika anda mencari makanan pertama bayi, cari label yang menunjukkan Peringkat 1, di mana ada makanan yang telah dipuri mengikut kepekatan yang sesuai untuk bayi anda.

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Makanan bayi di pasaraya. Kredit foto : flickr

Apa yang perlu diperiksa:

  • Tarikh luput
  • Penutup masih ketat dan belum terbuka – tengah penutup sedikit tenggelam menunjukkan ia belum dibuka.
  • Bahan asas – makanan bayi tidak sepatutnya ditambah garam, pengawet, gula, pewarna dan kanji yang diubah suai.
  • Makanan peringkat satu sepatutnya ada satu bahan saja, iaitu buah atau sayuran 

#3 Adakah saya patut beli makanan bayi organik atau guna bahan organik untuk buat makanan bayi?

Ramai ibu bapa lebih suka memberi makanan organik untuk bayi makan buat pertama kali, walaupun ia lebih mahal.

Tapi anda boleh saja memilih untuk beli buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan secara komersial.

Walaubagaimanapun penggunaan buah dan sayur organik boleh mengurangkan risiko bayi terdedah pada racun perosak. Berikut antara buah dan sayur yang tinggi racun perosak:

  • saderi, pic, strawberi, epal, beri biru, nectarin, lada benggala, bayam, ceri, kale, kentang, dan anggur import.

Ini satu idea: Jika anda ada ruang kebun kecil, apa kata anda tanam sendiri buah dan sayur? Walaupun tinggal di apartmen, anda masih boleh menanam tumbuhan herba dalam pasu.

#4 Boleh saya buat makanan bayi sendiri dan tak beli?

Tentulah boleh! Makanan bayi adalah benda yang paling mudah untuk dibuat.

Anda hanya perlu sayur atau buah yang dilenyek atau dipuri, sedikit susu badan, atau susu formula, dan air panas atau suam untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Menyediakan makanan bayi sendiri. Kredit foto : flickr

  • Buah seperti avokado, pisang dan betik boleh dilenyek, tapis dan kemudian dicampur dengan susu badan, susu formula, atau air untuk mendapat kepekatan yang bayi suka.
  • Epal dan pir boleh dipotong dadu, direbus dalam air hingga lembut, kemudian dipuri dan dicampur dengan susu badan, susu formula atau air.
  • Semasa memasak sayuran, stim adalah cara terbaik untuk mengekalkan kandungan nutrien yang maksimum.
  • Jika anda beri anak anda nasi atau bijiran bayi yang lain, baca label dan ikut arahan di kotak.
  • Pertimbang untuk beri anak anda bijiran penuh — terdapat banyak bijian penuh di pasaran termasuklah jenama tempatan yang jauh lebih murah dari jenama import.
  • Jika anda ingin beri bayi makan makanan yang sama seperti ahli keluarga yang lain makan, ingat untuk jadikan ia dalam bentuk puri.

Untuk lebih jimat dan mengurangkan pembaziran, buat puri dalam kuantiti yang banyak kemudian bekukan dalam bekas dengan saiz yang kecil (banyak kedai bayi menjual ini, malah anda boleh menggunakan bekas membuat ais).

Dengan cara ini, anda boleh menyahbekukan kuantiti yang diperlukan sahaja. Ingat, jangan bekukan semula makanan yang sudah dinyahbeku.

#5 Berapa lama makanan bayi boleh tahan selepas saya buka penutup?

Menurut Baby Center, secara amnya, makanan bayi seperti ayam, ikan, daging atau telur harus kekal segar dalam peti sejuk sehingga 24 jam.

Bagi yang hanya mengandungi sayur dan buah boleh bertahan sehingga 2 hari. Sila periksa label balang untuk cadangan berapa lama makanan tersebut boleh disimpan.

Makanan bayi boleh disimpan selama sebulan atau dua (6 bulan jika buah dan sayuran) di dalam tempat sejuk beku, tapi membekukan akan mengubah kepekatan makanan.

Juga ingat yang cecair di dalam sejuk beku berpotensi menyebabkan penutup bekas terbuka. Jadi, letakkan makanan bayi di dalam bekas dan berikan ruang untuk ia mengembang.

Jika anda menyimpan makanan bayi dalam peti sejuk, pastikan anda tidak meletakkan sudu bayi kerana bakteria boleh membiak. 

#6 Selamat ke panaskan makanan bayi guna microwave?

 

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Makanan bayi yang di simpan di dalam bekas kecil. Kredit foto wholesomebabyfood

Anda boleh memanaskan makanan bayi dengan microwave. Tapi anda harus berhati-hati kerana makanan akan jadi lebih cepat panas serta panas tidak sekata.

Memanaskan makanan di atas dapur adalah lebih selamat. Anda juga boleh memanaskan makanan dengan merendam bekas makanan dalam air panas.

#7 Tip penting tentang makanan bayi

Pengajaran awal untuk mengenalkan bayi kepada makanan adalah mengajar mereka menelan makanan.

Jadi mula dengan kuantiti yang sedikit kemudian semakin banyak secara berperingkat.

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu

Tekstur juga berubah mengikut perkembagan bayi anda. Kredit foto feeding my kid

Untuk 6 bulan pertama, penyusuan ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Jika anda tertanya-tanya bila masa sesuai untuk memberi anak makan, pilih masa yang dia tak terlalu lapar.

Semakin bayi membesar, galakkan mereka makan sendiri, perkenalkan banyak makanan jejari supaya mereka boleh memegang makanan mereka sendiri.

Sentiasa berikan anak anda makanan bersih dan selamat. Elakkan makanan terlalu keras kerana boleh menyebabkan tercekik.

Perkenalkan makanan satu jenis sahaja pada satu masa. Gunakan kaedah peraturan 3 hari di mana berikan anak anda makanan yang sama selama tiga hari berturut-turut sebelum memperkenalkan makanan baru.

Pantau badan anak anda sekiranya terdapat kesan seperti alergi.

Catit sebarang makanan yang menyebabkan kesan alergi selepas anak anda memakannya. Dia mungkin alergi terhadap makanan itu.

Kongsikan tip anda memberi bayi anda makan untuk kali pertama

Sumber: theAsianParent Singapore, Baby Center, WebMD, HPB dan WHO

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan

Makanan Yang Dilarang Untuk Bayi Dibawah Umur 1 Tahun

Pencemaran Pek Plastik Makanan Puri Bayi

5 Alat Pembuat Makanan Bayi Untuk Ibu-Ibu Sibuk

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!