5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

undefined

Mari kita lihat 5 makanan yang mungkin tidak terlintas di fikiran, boleh membahayakan bayi anda.

Apabila hamil, kita perlu makan makanan yang berzat dengan nutrien yang mencukupi untuk pembentukan janin. Semasa trimester pertama, saya selalu makan sedikit demi sedikit supaya tidak berasa loya. Tetapi apabila masuk trimester kedua saya lapar sepanjang masa!

Bagaimanapun, terdapat beberapa makanan yang harus dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria yang boleh membahayakan ibu atau janin.

Mari kita lihat 5 makanan yang mungkin tidak terlintas di fikiran, boleh membahayakan bayi anda.

1. Jus segar atau buah-buahan yang dijual diluar

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

sumber: huffpost

Walaupun ia berkhasiat dan lebih senang untuk minum jus segar serta makan buah-buahan yang disediakan di kedai, wanita hamil perlu berjaga-jaga.

Mungkin anda akan rasa hairan, kerana jus segar dan buah-buahan adalah pilihan yang sihat. Ia boleh membantu sembelit, dan penuh dengan vitamin. Tetapi apa yang anda tidak sedar, jus yang baru diperah ini, contohnya jus oren, bukan jus pasteur. Kita tidak boleh menjamin kebersihan buah-buahan yang sudah sedia potong yang dijual.

Banyak buah-buahan dan sayuran dalam jus seolah-olah tidak berbahaya, tetapi mereka mungkin mengandungi bakteria seperti E. coli, yang boleh menyebabkan ibu dan janin sakit.

2. Ikan Salmon yang disalai

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

sumber: foodsafetynews

Semua ibu mengandung tahu mereka tidak boleh makan sushi, tetapi bagaimanapula Ikan Salmon yang disalai? Ada yang mungkin anggap ikan ini, ikan yang sudah ‘masak’ kerana ia sudah diawet dengan garam dan disalai.

Sebenarnya, ikan yang disalai dengan process ini tidak dipanaskan untuk membunuh parasit dan bakteria. Kalau ikan yang dimakan dicemar dengan bakteria dan parasit, ia boleh pindah dari ibu melalui plasenta dan membahayakan janin.

Ikan salmon yang disalai perlu dipanaskan sehingga mencecah sekurang-kurangnya 63 darjah Celsius sebelum dimakan jika anda sedang hamil.

3. Sos Hollandaise

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

sos hollandaise yang dituang atas ‘Eggs Benedict’ sumber: forum.bodybuilding.com

Sos Hollandaise adalah sos lemon berkrim, yang dituang atas Eggs Benedict atau sayur asparagus rebus. Kuning telur yang kurang masak adalah satu dari bahan yang digunakan untuk membuat sos ini.

Kemungkinan besar sos hollandaise itu akan mengandungi telur mentah, dan risiko untuk mengandungi Salmonella juga semakin tinggi.

4. Mousse coklat

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

sumber: Betty Crocker

Mousse coklat biasanya tidak di bakar dalam ketuhar dan sebaliknya dimasukkan ke dalam peti ais untuk mengekalkan bentuknya.

Mousse tidak menggunakan serbuk penaik tetapi ia bergantung kepada udara yang telah dipukul ke dalam putih telur mentah, untuk menghasilkan teksturnya yang ringan. Dengan memakan mousse, ibu hamil mungkin boleh terdedah kepada bakteria Salmonella yang memudaratkan.

5. Sos Salad Ceaser atau sos keju biru

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

sumber: gimmesomeoven

Jika anda gemar makan Ceaser salad, jangan lupa sos yang digunakan seringkali mengandungi kuning telur mentah, terutamanya apabila ia dibuat segar di restoran yang mewah.

Jadi ibu hamil perlu mengelak dari memakan sos salad Caesar, kecuali sos itu tidak menggunakan telur atau  hanya mengandungi telur pasteur komersial.

Sos keju biru juga patut dielakkan kerana ia keju tidak dipasteur dan mungkin boleh mengandungi Listeria.

Sumber: Buzzfeed

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!