8 makanan ini tingkatkan kesuburan lelaki - sperma pun jadi lebih banyak!

8 makanan ini tingkatkan kesuburan lelaki - sperma pun jadi lebih banyak!

Bimbang suami ada masalah dengan jumlah sperma? Jangan bimbang, anda boleh minta suami mengamalkan makanan ini.

Kiraan sperma yang rendah sering dikaitkan dengan faktor kekurangan zat besi dan vitamin. Disebabkan itu, anda amat perlu untuk tahu makanan meningkatkan kesuburan lelaki ini.

Hal ini kerana, dengan melakukan perubahan terhadap gaya pemakanan dan nutrisi, ia boleh mengubah jumlah sperma supaya lebih meriah! 

Bagaimana cara meningkatkan kiraan sperma secara semula jadi?

Ada beberapa cara yang terbukti boleh meningkatkan jumlah sperma lelaki supaya isteri cepat hamil. Antaranya seperti.

  • Pastikan suami melakukan senaman yang mencukupi

Ya, dengan melakukan senaman, anda dapat memperbaiki jumlah sperma suami. Ia terbukti daripada kajian yang dilakukan di mana, lelaki akan menghasilkan sperma yang banyak sekiranya berlaku penurunan berat badan.

Selain itu, sediakan makanan meningkatkan kesuburan lelaki ini pada suami anda setiap hari. Mana tahu cara ini berkesan. Ia sekaligus membantu anda supaya cepat hamil.

8 makanan meningkatkan kesuburan lelaki
#1. Amalkan makan tiram untuk pengeluaran sperma
makanan meningkatkan kesuburan lelaki, makanan meningkatkan jumlah sperma, tingkatkan jumlah sperma, makanan kesuburan, makanan kesuburan lelaki, makanan tingkatkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan suami, makanan meningkatkan kesuburan suami, membantu mempertingkatkan kesuburan suami, makanan supaya cepat subur, tips cepat subur, tips subur kepada lelaki, makanan untuk kesuburan sperma, makanan menyuburkan sperma, makanan penambah kesuburan, makanan untuk kesuburan lelaki,

Kredit: Cookpad.com

Tiram merupakan salah satu sumber zat besi yang terbaik untuk lelaki mengeluarkan sperma. Dalam sehari, ia boleh diambil sebanyak 15mg sekitar 50 gram tiram.

Jika tidak suka makan tiram, boleh juga amalkan makan udang, lobster atau kerang. 

#2. Coklat hitam untuk antioksidan

Coklat hitam mengandungi asid amino yang telah dibuktikan meningkatkan jumlah sperma dalam air mani. Malah, ia juga tinggi antioksidan yang sama dengan buah delima dan acai berries.

Antioksidan ini senjata hebat kepada radikal bebas yang mengandungi molekul jahat dan dikaitkan dengan ketidaksuburan lelaki.

Tapi, jangan pula diambil selalu kerana ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon testosterone yang menjadi punca penurunan jumlah sperma.

Cukup sedakar ambil dalam kuantiti kecil dan sedikit dalam sehari.

#3. Bawang putih untuk motiliti sperma

Walaupun bau bawang putih terlalu kuat namun ia bukan penghalang untuk ambil sebagai rutin pemakanan seharian. Bahkan, dengan amalkan makan bawang putih ia boleh menambahkan kehebatan lelaki.

Bawang putih ini mengandungi dua unsur iaitu alicin yang meningkatkan aliran darah  ke organ seksual dan melindungi sperma dari rosak. 

Manakala, selenium pula sebagai antioksidan yang dapat meningkatkan motiliti sperma.

Kuantiti yang boleh diambil sehari adalah dalam satu ke dua ulas.

#4. Pisang untuk libido

makanan meningkatkan kesuburan lelaki, makanan meningkatkan jumlah sperma, tingkatkan jumlah sperma, makanan kesuburan, makanan kesuburan lelaki, makanan tingkatkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan suami, makanan meningkatkan kesuburan suami, membantu mempertingkatkan kesuburan suami, makanan supaya cepat subur, tips cepat subur, tips subur kepada lelaki, makanan untuk kesuburan sperma, makanan menyuburkan sperma, makanan penambah kesuburan, makanan untuk kesuburan lelaki,

Pisang telah dijumpai untuk meningkatkan libido lelaki dan mengawal hormon seks  yang dipanggil bromelain.

Selain itu, pisang juga kaya dengan Vitamin C, Vitamin A dan Vitamin B1 yang akan meningkatkan kemampuan lelaki bagi menghasilkan sperma.

#5. Brokoli

Kekurangan Vitamin A menyebabkan kesuburan semakin rendah.

Sebab itu, lelaki digalakkan mengamalkan banyak makan brokoli kerana ia mengandungi Vitamin A yang sangat tinggi. Selain itu, ambil juga lada merah, bayam, apricot, sweet potato dan lobak.

#6. Asparagus

Asparagus merupakan salah satu senjata bagi melawan radikal bebas. Ia juga mengandungi Vitamin C yang bagus untuk melindungi sperma daripada kerosakan dan meningkatkan jumlahnya.

Dengan makan asparagus juga sperma akan cepat berenang ke dalam ovum wanita.

#7. Kacang walnut

makanan meningkatkan kesuburan lelaki, makanan meningkatkan jumlah sperma, tingkatkan jumlah sperma, makanan kesuburan, makanan kesuburan lelaki, makanan tingkatkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan, makanan menaikkan kesuburan suami, makanan meningkatkan kesuburan suami, membantu mempertingkatkan kesuburan suami, makanan supaya cepat subur, tips cepat subur, tips subur kepada lelaki, makanan untuk kesuburan sperma, makanan menyuburkan sperma, makanan penambah kesuburan, makanan untuk kesuburan lelaki,

Kacang walnut merupakan sumber yang hebat dan mengandungi asid lemak omega 3 yang boleh meningkatkan jumlah sperma serta aliran darah ke alat kelamin lelaki.

Walnut juga adalah makanan ringan yang lazat dan boleh ditaburi pada pencuci mulut atau bijirin sarapan pagi.

Selain walnut, ketam, ikan salmon, ayam dan biji labu juga mengandungi asid lemak omega 3 yang baik.

#8. Ginseng untuk hormon testosterone

Ginseng ini digunakan untuk merawat kemandulan yang telah digunakan sejak beratus-ratus tahun lamanya.

Ia meningkatkan tahap testosterone dan aliran darah ke alat kelamin. Malah didakwa boleh merawat masalah ereksi.

Oleh itu, amalkan minum teh ginseng ini selalu bagi mendapatkan manfaatnya dalam kesihatan dan kesuburan lelaki.

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mother and Baby

Baca juga

9 Tanda Tidak Subur Pada Lelaki & Wanita Yang Wajib Diketahui Semua Pasangan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner