Makanan Pejal Pertama Bayi, Apa Yang Boleh Apa Yang Tidak

Anak sudah berusia 6 bulan? Sudah tiba masanya untuk memperkenalkan makanan pejal pertama bayi, yay! Tapi, ada peraturan juga yang harus ibu ikut ya...

Melihat bayi anda kotor semasa mencuba makanan pejal pertama bayi memang sungguh mengujakan.

Apatah lagi ianya adalah pengalaman pertama anda juga. Jadi kami ingin membantu anda dengan tip apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh anda lakukan semasa memperkenalkan makanan pejal pertama bayi anda.

Jom semak panduan lengkap kami ini!

Apa yang BOLEH anda buat semasa perkenalkan makanan pejal pertama bayi: 

#1. Perkenalkan selepas anak usia 6 bulan

Sehingga umur 6 bulan, anak anda hanya perlukan susu sahaja. Tetapi ketika sudah berusia 6 bulan, mereka memerlukan lebih nutrien terutamanya zat besi, lebih dari apa yang mereka boleh dapat dari susu.

makanan pejal, makanan pejal pertama, makan makanan pejal pertama bayi makanan pejal pertama bayi, bayi, makan makan, apa yang boleh apa yang boleh, apa yang tidak boleh, makanan bayi, makanan bayi 6 bulan, nestum bayi 6 bulan, bayi 6 bulan

 Jika bayi anda sudah boleh tegakkan kepala, duduk sendiri, menunjukkan minat untuk makan serta menunjukkan gaya seperti mengunyah, anda sudah boleh mula memperkenalkan solid food kepada mereka.

#2. Ibu bapa tidak gelojoh

Pada awal proses memperkenalkan makanan pejal pertama bayi, bayi anda mungkin hanya memerlukan satu atau dua sudu sahaja.

Peringkat awal adalah fasa anda memperkenalkan rasa, tekstur dan cara makan kepada bayi. Jadi, beri mereka makan selepas mereka sudah menyusu.

Lama-kelamaan, mereka akan mula makan lebih banyak serta kurang menyusu. Anda bolehlah menukar turutan susu selepas makan. Bermula dengan makan sekali sehari sahaja.

#3. Beri makan ketika mereka gembira dan sedikit lapar

Bayi yang sangat lapar dan penat selalunya tidak mempunyai kesabaran untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jadi jika anda merancang untuk memperkenalkan solid food pertama pastikan mood bayi okay serta tidak terlalu lapar.

#4. Biar bayi bermain dengan makanan pejal pertama bayi

makanan pejal, makanan pejal pertama, makan makanan pejal pertama bayi makanan pejal pertama bayi, bayi, makan makan, apa yang boleh apa yang boleh, apa yang tidak boleh, makanan bayi, makanan bayi 6 bulan, nestum bayi 6 bulan, bayi 6 bulan

Bayi anda sedang menyesuaikan diri dengan makanan pejalnya. Jadi beri mereka peluang untuk merasainya sebelum meletakkan di dalam mulut mereka.

Biarkan mereka menyentuh, merasa, bau dan lihat dengan makanan mereka, kerana mereka akhirnya akan memasukkan ke dalam mulut mereka juga.

#5. Satu per satu makanan 

Tunggu beberapa hari (seeloknya 4 hari) sebelum memperkenalkan makanan pejal lain pada mereka.

Dengan cara ini, mudah untuk anda tahu sekiranya bayi anda alergi terhadap sesuatu makanan.

Antara makanan yang biasanya menyebakan kesan alergi ialah telur, susu, makanan laut, kekacang, soya dan gandum.

#6. Terus perkenalkan makanan yang ditolak

Sekiranya bayi anda menolak makanan pejal yang anda perkenalkan, jangan memaksa tetapi jangan juga terus putus asa.

Selepas seminggu, perkenalkan sekali lagi makanan pejal tersebut. Bayi anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara baru.

Apa yang TIDAk BOLEH anda buat semasa perkenalkan makanan pejal pertama bayi: 

#1. Memperkenalkan sayur sebelum buah

makanan pejal, makanan pejal pertama, makan makanan pejal pertama bayi makanan pejal pertama bayi, bayi, makan makan, apa yang boleh apa yang boleh, apa yang tidak boleh, makanan bayi, makanan bayi 6 bulan, nestum bayi 6 bulan, bayi 6 bulan

Kredit: BabyCouture

Tiada bukti menunjukkan yang memperkenalkan makanan pejal bayi dari buah sahaja akan menyebabkan bayi anda menolak sayur kemudan.

Malah sebenarnya bagus untuk memperkenalkan kepada mereka makanan yang mereka suka untuk menggalakkan mereka makan.

#2. Tidak memperkenalkan daging

Sebenarnya memperkenalkan daging kepada bayi bukan semestinya bererti anda terpaksa memberi mereka daging.

Anda boleh memberi air rebusan daging untuk memberikan mereka zat daging di dalam makanan pejal bayi anda.

#3. Makanan terlalu tawar

Betul, memang tidak digalakkan meletakkan gula dan garam di dalam makanan bayi anda, tetapi bukanlah biarkan mereka makan makanan tawar.

Eksperimen makanan pejal pertama bayi anda dengan rempah ratus. Tetapi janganlah terus memberinya makanan berunsur pedas.

#4. Memaksa mereka makan

Mereka bukan sahaja sedang belajar mengenali makanan pejal pertama mereka. Tetapi mereka juga sedang mengajar badan mereka untuk menerima makanan dan memberi tanda kenyang atau tidak.

Jadi, ikut ritma bayi anda dan jangan memaksa bayi anda menghabiskan makanan pejal mereka.

#5. Beri makanan pejal yang tidak selamat 

Jangan berikan susu soya sebelum usia mereka setahun kerana sistem pencernaan mereka belum bersedia untuk ini.

Semak bersama doktor sebelum memperkenalkan makanan sitrus kerana ianya kadang-kala boleh menyebabkan alergi seperti ekzema.

Dan jangan sesekali beri mereka makan kekacang, buahan kering, kismis dan lempa mentega kacang kerana ia boleh menyebabkan risiko tercekik pada bayi anda.

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Perkara Ibu Perlu Pertimbangkan Sebelum Sediakan Makanan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!