Jenis Makanan Penambah Darah Untuk Ibu Hamil Yang Ada Masalah Hb Low Atau Anemia

Makanan penambah darah dapat mengatasi masalah tahap hemoglobin rendah (hb low) atau anemia pada ibu mengandung dengan cara lebih selamat

Anemia adalah penyakit kurang darah di mana jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah tahap normal. Dianggarkan separuh daripada wanita mengandung mengalami masalah ini. Justeru adalah penting untuk ibu hamil mengambil beberapa jenis makanan penambah darah.

Setiap kali ibu menjalani pemeriksaan antenatal, doktor dan jururawat akan melakukan pemeriksaan terhadap tahap hemoglobin anda bagi mengelakkan risiko pada kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.

Makanan penambah darah untuk ibu hamil

makanan penambah darah rendah

Sel darah merah amat penting kerana ia berfungsi membawa oksigen ke tisu tubuh anda dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Jika tahap hemoglobin ibu rendah daripada 11.5 G/DL atau di tahap berkemungkinan akan terus berkurang, ia boleh memberi kesan terhadap bayi seperti:

  • Bayi terpaksa dilahirkan awal (pramatang)
  • Berat lahir bayi yang rendah
  • Bayi menjadi pucat
  • Ibu mungkin akan perlu melakukan prosedur pemindahan darah
  • Ibu mengandung yang mengalami anemia cenderung mengalami kemurungan selepas bersalin

Antara tanda-tanda anda mengalami hb low atau anemia adalah:

  1. Tubuh menjadi lemah, lesu dan kurang bertenaga
  2. Rasa seperti nafas tidak mencukupi, bernafas tercungap-cungap, terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal
  3. Pening atau ingin pitam
  4. Rasa jantung berdebar
  5. Kulit dan muka jadi pucat
  6. Denyutan nadi lemah atau kuat

Bagi memastikan anda melalui proses kehamilan yang sihat dan selamat, pengambilan makanan seharian penuh nutrisi dapat membantu menaikkan paras hemoglobin dalam darah.

Beriku beberapa senarai makanan penambah darah rendah yang boleh anda masukkan dalam diet seharian:

#1. Makanan yang tinggi kandungan zat besi

Menurut National Anemia Action Council, kekurangan zat besi adalah punca utama paras hemoglobin rendah.

“Makanan yang kaya zat besi termasuklah sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, bit, tauhu, asparagus, hati ayam, telur keseluruhan, tiram, epal, delima, aprikot, tembikai, prun, biji labu, kurma, badam dan kismis,” kata pakar pemakanan, Dr. Anshul Jaibharat.

Makanan penambah darah untuk wanita hamil lain yang boleh anda ambil ialah kekacang, taugeh dan biji gandum.

Pakar mengatakan bahawa wanita dalam lingkungan usia 18 hingga 50 tahun memerlukan sekitar 19mg zat besi setiap hari. Dan untuk ibu mengandung, mungkin lebih lagi dari jumlah ini. 

makanan untuk tambah darah

Ketika hamil, ibu hendaklah mendapatkan protein serta kalsium tambahan bagi memenuhi keperluan janin dalam kandungan.

Antara makanan untuk penambah darah ialah susu. Ia sumber kalsium terbaik dan mengandungi fosforus, vitamin B, magnesium dan zink bagi menyokong penyerapan zat besi yang optimum.

Selain itu ibu juga digalakkan ambil keju, yogurt dan mentega. Sekiranya anda ada mengambil pil zat besi, kami menasihatkan anda agar menjarakkan pengambilan susu sekurang-kurangnya dua jam kerana ia boleh menjejaskan daya penyerapan zat besi.

#3. Daging merah

Daging merah daripada lembu, kambing atau kerabu kaya dengan protein, zat besi dan kandungan mineral lain seperti vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan ibu hamil.

Ia menjadi makanan penambah darah rendah yang berkesan meningkatkan hemoglobin dengan cepat.

#4. Hati ayam atau hati lembu

Hati ayam (100 gram) mengandungi 9 mg zat besi. Walau bagaimanapun, hati daging lembu mengandungi jauh lebih sedikit kalori daripada jenis hati lain dan menjadi sumber zat besi.

#5. Telur

Telur mengandungi protein, kalsium dan vitamin serta zat besi yang penting ketika mengandung.

#6. Kekacang dan bijirin

Kekacang berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan sangat kaya dengan protein, besi, folat (B9) dan kalsium yang sangat diperlukan ketika mengandung.

Folat adalah antara vitamin B (B9). Ia sangat penting untuk kesihatan ibu dan janin terutamanya pada trimester pertama.

Antaranya kekacang yang boleh anda ambil ialah walnut, badam, gajus, pistachio, kacang panjang, buncis dan kacang botol.

#7. Minuman smoothie 

makanan penambah darah ibu hamil

Makanan untuk penambah darah rendah untuk ibu hamil yang seterusnya ialah minuman smoothie. Ibu disaran minum smoothie yang dibuat dari buah epal, ubi bit ataupun lobak merah. 

Minuman smoothie dengan campuran buah-buahan ini dapat meningkatkan kadar hemoglobin sepanjang kehamilan.

Jenis buah penambah darah

Menurut pakar pemakanan di Bangalore, Dr Anju Sood, adalah penting untuk ibu mengambil gabungan zat besi dengan vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi yang lebih baik.

Justeru ibu mengandung disaran mengambil buah penambah darah yang kaya vitamin C seperti:

  • Oren
  • Strawberi
  • Betik
  • Limau gedang
  • Tomato
  • Tembikai
  • Buah pisang

Strawberi boleh meningkatkan hemoglobin dalam dua cara iaitu mengandungi banyak zat besi dan membantu penyerapan zat besi oleh badan. 

Selain itu, tembikai kaya dengan vitamin A yang mampu meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ia juga membantu zat besi dalam membawa haemoglobin ke seluruh sel dalam badan ibu hamil.

Anda juga boleh mengambil dua biji pisang setiap hari kerana ia dikatakan kaya dengan asid folat. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!