10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan!

Makanan penyebab kandungan lemah hendaklah dielakkan sepanjang kehamilan agar kesihatan ibu dan janin lebih terjaga

Semua ibu mengandung pasti mahu kandungan mereka selamat, lebih-lebih lagi semasa awal kandungan. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kandungan lemah dan salah satu darinya adalah makanan penyebab kandungan lemah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis makanan penyebab kandungan lemah, boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin
  • Ibu disaran ambil beberapa makanan ini, ia dikatakan penguat kandungan

Kandungan lemah sering menjadi sebab kepada keguguran. Jika anda mempunyai sejarah kandungan lemah, anda perlu terus berjaga-jaga hingga ke trimester akhir.

Antara cara untuk menjaga kandungan selain dari tak melakukan aktiviti lasak. Antaranya adalah dengan mengelakkan makanan penyebab kandungan lemah ini.

Jenis makanan penyebab kandungan lemah, boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin

makanan penyebab keguguran

1. Daging mentah

Elakkan dari makan daging yang mentah atau tak dimasak sepenuhnya.

Daging mentah sangat mudah untuk tercemar oleh bakteria coliform, toksoplasmosis, salmonella atau Listeria. Bakteria-bakteria ini boleh masuk ke dalam uri dengan cepat dan boleh menyebabkan keguguran.

2. Susyi

Susyi biasanya dibuat dari ikan yang tinggi merkuri seperti ikan kembung. Kerana kandungan merkuri yang tinggi, ia sangat merbahaya untuk janin, jadi anda dinasihatkan untuk elak dari makan susyi sepanjang kehamilan.

3. Makanan laut yang dibakar

Adalah lebih baik untuk anda elak makanan laut yang dibakar kerana ia boleh dicemar dengan bakteria Listeria.

4. Ketam

Walaupun ketam mempunyai nutrisi yang tinggi, doktor menyarankan ibu mengandung untuk elak dari memakannya kerana ia memberi kesan kepada pembuangan tumor dan boleh menyebabkan keguguran.

5. Ikan sungai

Sungai mempunyai potensi untuk tercemar dengan sisa tumbuhan yang mengandungi bifenil polychlorinated yang sangat tinggi dan merbahaya untuk kandungan.

6. Kerang mentah

Kerang mentah atau tak masak sepenuhnya boleh memberikan kesan buruk pada kandungan. Seeloknya, elakkan dari makan kerang semasa mengandung.

7. Telur mentah

Telur mentah atau setengah masak berpotensi untuk mengandungi salmonella yang bahaya untuk kandungan. Jadi elakkan makanan yang menggunakan telur mentah seperti ais krim dan sos.

8. Buah nanas

Kita memang dah tahu yang nanas tak baik untuk kandungan kerana ia mengandungi duri yang tajam yang boleh merosakkan janin.

9. Betik muda

Betik yang muda dan hijau dikatakan boleh menyebabkan keguguran.

10. Buah longan

makanan penyebab kandungan lemah, makanan penyebab gugur, makanan penguat kandungan, makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung, makanan baik untuk kandungan, makanan perlu dielak ketika hamil

Longan boleh menyebabkan panas dalam yang bahaya untuk janin.

Jika anda makan dengan jumlah yang banyak, anda boleh mendapat sakit perut atau lebih teruk lagi tumpah darah. Jadi sebaiknya, elakkan.

Selain dari mengelakkan makanan penyebab kandungan lemah ini, anda juga boleh amalkan makanan penguat kandungan ini. Makanan ini boleh dijadikan alternatif ubat penguat kandungan.

Ibu disaran ambil beberapa makanan ini, ia dikatakan penguat kandungan

1. Kurma

Kurma adalah salah satu makanan sunnah untuk ibu mengandung yang terbukti memberi banyak khasiat pada kandungan. Selain itu, ia juga boleh menguatkan kandungan anda dan menaikkan hemoglobin concentration (hb).

2. Epal

Epal mempunyai kandungan antioksidan dan vitamin C yang tinggi, Kedua-dua nutrisi ini adalah baik untuk menguatkan kandungan anda.

3. Brokoli

Brokoli kaya dengan kalsium, folik dan juga vitamin C. Jika anda mempunyai kandungan bermasalah, anda dinasihatkan untuk makan brokoli sebanyak 100 gram setiap hari.

Brokoli juga boleh melawan radikal bebas. Manfaat zat besi yang ada pada brokoli juga bisa mencegah anemia bagi ibu mengandung.

4. Ikan salmon

Ikan salmon sangat kaya dengan kandungan protein, omega-3 dan asid folik. Ikan salmon dapat memberi sokongan terhadap kandungan agar sentiasa kuat dan tidak gugur.

Selain itu, kandungan asid folik dalam ikan salmon bermanfaat untuk perkembangan otak janin.

5. Susu

makanan penyebab kandungan lemah, makanan penyebab gugur, makanan penguat kandungan, makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung, makanan baik untuk kandungan, makanan perlu dielak ketika hamil

Susu mengandungi protein yang tinggi. Selain itu, susu juga kaya dengan kalsium, yang boleh menguatkan.

Tapi ibu mengandung dinasihatkan untuk minum susu yang sudah diproses supaya bebas dari bakteria yang akan membahayakan kandungan.

6. Yogurt

Yogurt mengandungi kalsium dan protein yang tinggi dan baik untuk kandungan. Selain dapat menguatkan kandungan, yogurt juga dapat elakkan anda dari mendapat sembelit dan osteoporosis.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kencing Kotor Ketika Hamil Boleh Membahayakan Ibu & Bayi, Perhatikan 7 Perkara Ini!

Baca juga:  Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

Baca juga:  Wanita Dedah Realiti Kerja Pramugari, Krew Yang Hamil Diberi Cuti 9 Bulan Tanpa Gaji

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!