7 Makanan Punca Keputihan Gatal Sangat Sampai Kena Garu - Apa Perlu Elak?
Waspada ketika mengambil makanan setiap hari! Jangan sampai ia memberi kesan buruk pada tahap kesihatan anda khususnya di bahagian vagina.
Tahukah anda ada makanan punca keputihan pada wanita? Seperti tubuh lain, organ wanita yang satu ini juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda dek kerana makanan yang diambil setiap hari.
Rupanya, ada beberapa jenis makanan punca keputihan pada wanita hingga anda boleh mengalami gatal-gatal dan vagina berbau yang kurang menyenangkan.
Menurut Dr. Angela Jones, beberapa makanan punca keputihan pada wanita ini memang nampak sihat, tapi ia juga boleh mempengaruhi kesihatan tubuh yang lain.
7 Makanan Punca Keputihan Pada Wanita
Mungkin kita tidak sedar akan perkara ini, namun sebenarnya hadir beberapa jenis makanan punca keputihan pada vagina. Antaranya termasuk:
1) Makanan manis
Makanan punca keputihan pada wanita yang pertama adalah makanan manis yang mengandungi gula terlalu tinggi hingga menyebabkan terjadinya masalah keputihan.
Menurut Ahli Obstetric dan Gynecology, Christine Greves, gula menjadi salah satu sebab yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria pada vagina.
Oleh sebab itu, mengambil kadar gula yang tinggi boleh membuatkan keputihan jadi selalu gatal. Ia jadi lebih parah jika vagina selalu lembap dan basah.
2) Alkohol
Alkohol sangat mempengaruhi kesihatan organ wanita walaupun hanya mengambil dalam jumlah yang sedikit. Ia sekaligus menyebabkan vagina jadi kering dan gatal.
3) Kopi
Adakah anda seorang penggemar kopi? Hati-hati kerana minum kopi secara berterusan dikaitkan dengan peningkatan risiko infeksi pada vagina.
Selain itu, ia juga dapat mempengaruhi bau vagina jadi busuk dan hanyir.
Bahkan, kafein dalam kopi juga boleh menyebabkan stress pada sebilangan wanita hingga mudah terkena jangkitan.
4) Bawang
Specialist Obgyn di IU Health, Dr. Nicole Scott menjelaskan, makanan yang boleh menyebabkan bau mulut turut boleh mengeluarkan bau yang sama pada vagina.
Kandungan dalam bawang boleh mengubah bakteria pada vagina yang menyebabkan adanya bau kurang enak.
Meskipun begitu, bawang tetap memiliki manfaat lain jika diambil dengan betul.
5) Karbohidrat Kompleks
Penelitian Univeristy of Maryland berkata, beberapa makanan bersumberkan karbohidrat kompleks boleh mempengaruhi kesihatan vagina seperti nasi dan roti putih.
Hal ini kerana, kadungan gula dalam makanan tersebut menjadi punca pertambahan bakteria untuk lebih membiak.
6) Asparagus
Meskipun menyihatkan, namun asparagus tidak boleh diambil berlebihan khusunya wanita yang mengalami masalah keputihan kerana ia menyebabkan bertambah gatal.
Bahkan, asparagus juga mempengaruhi pH vagina hingga menimbulkan bau sekaligus punca keputihan bertambah teruk dan warna urin lebih pekat.
7) Makanan tinggi lemak
Makanan bergoreng rupanya penyebab infeksi bakteria pada organ wanita kerana ia boleh membuatkan tubuh tidak dapat zat gizi yang mencukupi seperti mana yang disarankan doktor.
Oleh itu, apakah makanan yang baik untuk kesihatan organ intim wanita?
Makanan yang baik untuk vagina adalah makanan yang mengandungi Vitamin C, antioksidan dan asid amino supaya dapat seimbangkan pH vagina jadi lebih stabil.
Antara makanan yang bagus diambil bagi mengelak keputihan berbau seperti:
- Makanan kaya probiotik contohnya yogurt
- Buah kaya Vitamin C contohnya berries dan epal
- Sayuran hijau
- Kekacang
Justeru, hindari makanan punca keputihan yang sudah disebut tadi selain amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil lapan gelas air putih setiap hari.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.