5 jenis makanan ringan yang bagus dan berkhasiat untuk anak, anda patut cuba!

lead image

Apa hidangan snek ringan yang si kecil anda suka? Ha... kalau rasa kurang idea, bolehlah cuba 5 hidangan yang kami cadangkan ini!

Kebanyakan ibu bapa akan rasa bimbang untuk memperkenalkan makanan ringan pada anak. Sedangkan ada beberapa makanan ringan yang boleh diberi kerana ia ada banyak khasiat dan nutrisi yang baik. 

Malah, makanan ringan untuk anak ini juga sangat mudah untuk disediakan dan anak akan menyukainya! Barulah si kecil itu tidak cerewet bila ibu menyediakan hidangan yang lazat ini.

Ayuh, jom kita lihat 5 jenis makanan ringan untuk anak itu. 

5 jenis makanan ringan untuk anak yang bagus

#1: Bertih jagung

makanan ringan untuk anak, anak suka makanan ringan, kesan makanan ringan, makanan ringan, makanan ringan hidangan kesukaan anak, makanan hidangan yang sihat, snek hidangan sihat, snek hidangan berkhasiat, snek hidangan bernutrisi baik

Kredit: Simply Recipes

Makanan ringan untuk anak yang pertama adalah bertih jagung atau lebih dikenali dengan popcorn. Mudah saja untuk buat popcorn ini dan jadikan ia snek hidangan petang anak.

Pasti si kecil terkinja-kinja bila nampak ibu membawa sedulang popcorn ke meja makan. 

Popcorn merupakan bijiran penuh yang mempunyai 4 gram serat setiap tiga cawan hidangan. Sebab itu ia merupakan makanan ringan untuk anak yang baik. 

Apatah lagi, untuk tampak lebih kreatif, ibu boleh menyediakan popcorn dengan pelbagai topping seperti keju parut, nutrien yis, kayu manis atau gula.

Nak lagi sedap, campur madu atau coklat. Perghhh… anak kecil pasti tak sabar nak merasainya! 

#2: Biskut 

Biskut juga merupakan makanan ringan untuk anak yang bagus dan terbaik terutamanya bila anda membuatnya sendiri dengan bahan yang betul. 

Bahan-bahan nak buat biskut mestilah menggunakan tepung gandum pastri dan oat yang mampu menambahkan lebih banyak serat pada biskut berkenaan.

Selain itu, dalam resepi biskut untuk anak ini, anda boleh menggunakan mentega untuk meringankan lemak tepu. 

Kemudian hidangkan biskut yang siap dibakar tadi bersama susu rendah lemak. Hmm..pasti anak-anak suka! 

#3: Mentega kacang 

makanan ringan untuk anak, anak suka makanan ringan, kesan makanan ringan, makanan ringan, makanan ringan hidangan kesukaan anak, makanan hidangan yang sihat, snek hidangan sihat, snek hidangan berkhasiat, snek hidangan bernutrisi baik

Kredit: Sinar Harian

Mentega kacang juga merupakan makanan ringan untuk anak yang bagus tapi yang tiada kandungan gula tambahan atau lemak. Ia merupakan pilihan yang hebat. 

Malah, mentega kacang ini juga menambahkan protein dan lemak yang sihat untuk anak. Anda juga boleh gabungkan hidangan ini bersama epal, pisang, saderi atau bijirin pada satu keping roti bakar yang sudah siap disalut mentega kacang. 

#4: Pizza 

Pizza bagus untuk menggantikan roti sandwich. Pemilihan atas topping pizza juga boleh dipilih dari buah-buahan segar seperti buah zaitun, anggur, nanas dan sedikit lada yang dihiris.

Kemudian gunakan gandum muffin atau dapatkan doh pizza gandum penuh. Biarkan anak-anak yang tentukan topping kesukaan mereka.

#5: Keju panggang 

makanan ringan untuk anak, anak suka makanan ringan, kesan makanan ringan, makanan ringan, makanan ringan hidangan kesukaan anak, makanan hidangan yang sihat, snek hidangan sihat, snek hidangan berkhasiat, snek hidangan bernutrisi baik

Kredit: Vemale.com

Memang ia makanan ringan, tapi jangan guna dari sumber yang salah. Dengan cara anda boleh olahkannya sendiri menjadi hidangan yang cukup berkhasiat. 

Seperti hidangan keju panggang bersama roti bakar merupakan pilihan yang tepat dan terbaik untuk anak-anak. Kemudian, nak lagi kreatif tambahlah hirisan buah epal untuk serat tambahan.

Semoga perkongsian ini memberikan anda idea tambahan untuk hidangan snek berkhasiat anak-anak. Selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan 

1d2f

Hello Doktor: Laman web rasmi  | Facebook 

Baca juga

Ibu bapa mungkin sebab anak lebih suka makanan ringan, menurut kajian