Menu Rumah Terbuka/ Open House Yang Budget & Rare, Dapat Puaskan Hati Semua

Rumah terbuka hari raya menjadi kemestian bagi merapatkan hubungan dengan keluarga dan kenalan. Ada beberapa menu open house boleh disediakan

Rendang, lemang dan ketupat menjadi kelaziman sewaktu sambutan hari raya malah, ia ibarat makanan wajib ada di rumah terbuka.

Namun jika mendapat jemputan rumah terbuka yang banyak dalam seminggu, kadang kala tetamu akan cepat jemu dan mungkin mengharapkan menu rumah terbuka yang ringkas.

Rumah terbuka: menu open house budget

Seperti yang dikongsikan menerusi laman Daily Makan, ada beberapa menu rumah terbuka hari raya yang bajet untuk anda sediakan. Lupakan seketika rendang, lemang dan ketupat, mari cuba idea ini!

1- Menu kampung

menu rumah terbuka hari raya

Sekali sekala hidangkan tetamu anda dengan menu open house budget bertemakan lauk kampung yang terdiri nasi putih berlaukkan ikan goreng, budu dan ulam ulaman.

Menu rumah terbuka hari raya ini paling mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

Menu kampung ini biasa dimakan waktu tengah hari, pasti tetamu suka. Bertambah-tambah nasi dan mereka pulang ke rumah dengan hati gembira kerana perut pun kenyang!

2- Pulut ikan masin

makanan rumah terbuka

Jarang dibuat orang untuk rumah terbuka hari raya, biasanya pulut beserta rendang tetapi ini dengan ikan masin. Hidangan sebegini boleh dijadikan sampingan untuk menu open house budget anda.

3- Ubi kayu rebus sambal ikan bilis

makanan rumah terbuka
Menu rumah terbuka hari raya yang lain daripada lain, juga jarang dapat sewaktu rumah terbuka bahkan, boleh jadi tidak ada langsung.

4- Laksa siam

kelima

Ubah selera dengan menghidangkan laksa siam. Menu rumah terbuka ini mungkin sukar untuk dijumpai. Malah rasanya lebih lemak dan pekat berbanding laksa biasa.

5- Aiskrim kon

keenam
Kebiasaannya di majlis kahwin disediakan aiskrim kon. Kali ini kita buat di rumah terbuka dan pasti laku dengan keadaan cuaca panas, masing-masing berebut.

6- Sate ikan @ lokcing

ketujuh

Ini juga boleh dijadikan menu sampingan sewaktu rumah terbuka. Kalau hidangan sate daging dan ayam, memang biasa ada di majlis tersebut. Kali ini kita cuba tukar kepada sate ikan pula.

7- Colek buah

kelapan

Dengan pelbagai jenis buah yang dihidangkan, menu ini boleh dijadikan sebagai pencuci mulut.

8- Teh beng

kelapan

Cuaca panas dan dapat pula minum teh beng ais, alangkah sedapnya. Boleh sediakan sebalang air terus, jadi tak perlu bersusah-susah untuk menambah air jika tidak cukup.

9- Dadih

kesembilan

Ini juga makanan yang boleh dihidangkan kepada tetamu dan paling sedap apabila baru dikeluarkan daripada peti ais.

10- Yong tau foo

kesepuluh

Biasa beli yong tau foo di pasar malam tetapi kali ini, apa kata hidangkan sewaktu rumah terbuka. Lain daripada yang lain, tetamu juga pasti menambah menu yong tau foo ini.

#11. Mee rebus

menu open house budget mee rebus

Jika ingin menghidangkan menu hari raya selain nasi, bolehlah cuba sajian mee rebus ini. Paling penting kena pastikan kuah mee rebus likat dan sedap. Pasti tetamu yang datang akan teringat-ingat hidangan mee rebus anda.

#12. Kek batik

kek batik menu rumah terbuka hari raya

Kek Batik adalah antara manisan yang paling mudah nak dihasilkan. Kek batik hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah ia juga tidak memerlukan ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang.

Untuk lebih sedap boleh gunakan pure butter dan milo. Barulah kek batik anda lembut dan premium!

Sudahkah anda memilih menu manakah untuk acara open house pada hujung minggu nanti? Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand

Baca juga: Resepi Chicken Buttermilk Untuk Bayi 7 Bulan, Rasa Penuh Berkrim & Menyelerakan

Baca juga: Resepi Sweet Potato Untuk Bayi Yang Sedap & Berkhasiat, Bantu Pikat Selera Si Manja

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!