Nak luka pembedahan cepat sembuh? JANGAN AMBIL 10 makanan ini!

lead image

Selepas melakukan pembedahan, tak kira pembedahan kecil atau besar, pesakit harus menjaga pemakanan dengan baik supaya luka pembedahan cepat sembuh.

Anda tahu tak terdapat ada beberapa makanan selepas pembedahan yang tak boleh diambil?

Lihat saja di hospital, mereka menghidangkan makanan yang bersesuaian untuk pesakit yang baru saja melakukan pembedahan, tak kiralah sama ada pembedahan ketika bersalin atau pembedahan lain.

Jadi, sebelum ada rakan atau keluarga yang datang menziarahi pesakit dengan membawa makanan kaya dengan lemak dan garam yang tinggi, sangat penting untuk anda tahu senarai 10 makanan selepas pembedahan yang tak boleh diambil ini.

Antaranya ialah:

10 makanan selepas pembedahan yang tak boleh diambil 

#1. Produk tenusu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/pantang plus 1.jpg Nak luka pembedahan cepat sembuh? JANGAN AMBIL 10 makanan ini!

Kredit: Pantang Plus

Jika anda menjalani pembedahan di bahagian perut, maka, anda harus tahu produk tenusu berada dalam senarai makanan selepas pembedahan yang dilarang ambil. 

Sebagai contoh, jika pesakit mengambil keju, ia boleh menyebabkan sembelit yang teruk.

#2. Makanan bergula

Sama seperti tenusu, makanan manis atau bergula seperti kek, manisan, kuih muih dan sebagainya merupakan makanan yang dilarang ambil selepas pembedahan. 

Jika diambil, ia boleh menyebabkan sembelit, kesakitan dan tekanan pada luka bahagian pembedahan

#3. Buah-buahan kering

Buah-buah kering ini adalah dalam kategori makanan asam yang mudah didapati di kedai runcit. 

Jika pesakit yang baru menjalani pembedahan mengambilnya, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, masalah gastrointestinal, komplikasi asma, penambahan berat badan dan lain-lain. 

#4. Alkohol

Selepas menjalani pembedahan, sudah tentu anda ingin menjaga parut dengan baik dan cantik. 

Sebab itu anda dilarang keras mengambil minuman beralkohol kerana ia boleh menghalang proses pembaikan kulit dan menjejaskan keupayaan penyerapan nutrisi. 

#5. Kopi dan produk berkafein

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/hijabista.jpg Nak luka pembedahan cepat sembuh? JANGAN AMBIL 10 makanan ini!

Kredit: Hijabista

Walaupun kafein merupakan minuman antioksidan, namun ia kurang bermanfaat selepas pembedahan. 

Apabila minuman kafein diambil, tubuh tidak dapat menyerap nutrien dengan mudah. Sedangkan ia penting bagi penyembuhan kulit. 

Bahkan, jika mengambil kafein, luka tempat pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya

#6. Makanan tinggi lemak

Makanan tinggi lemak boleh menyebabkan cirit-birit dan kembung perut pada pesakit yang baru menjalani pembedahan. Malah ia memberi risiko kepada bekas luka pembedahan itu. 

#7. Daging merah

Daging merah seharusnya menjadi makanan selepas pembedahan yang harus dielakkan selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Sekiranya menjalani pembedahan di bahagian perut, mungkin jadi lebih lama untuk tidak makan daging merah ini. 

#8. Minuman tenaga dan soda

Biasalahkan, minuman tenaga ini jauh lebih sedap daripada air putih. Tapi awas ya, selepas pembedahan, jangan gatal tangan nak minum kerana ia tak bagus untuk tubuh yang baru saja dibedah. 

Adalah lebih bagus mengambil minuman air putih dengan lebih kerap setiap hari, sekaligus membuatkan tubuh lebih segar. 

#9. Makanan yang diproses 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/nugget 768x456.jpg Nak luka pembedahan cepat sembuh? JANGAN AMBIL 10 makanan ini!

Makanan yang diproses seperti sosej, burger, nuget dan lain-lain adalah ditegah sama sekali selepas pembedahan. 

Hal ini kerana, ia mengandungi bahan pengawet, bahan kimia dan penggunaan minyak yang berlebihan. Sekaligus boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk kepada pesakit. 

Memandangkan badan anda masih lemah, lebih baik makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang sudah tentu mengandung nutrisi yang bagus untuk tubuh. 

#10. Makanan pedas 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/hello sehat 4.jpg Nak luka pembedahan cepat sembuh? JANGAN AMBIL 10 makanan ini!

Kredit: Hello Sehat

Makanan pedas memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih.

Tapi bagi anda yang baru saja menjalani pembedahan, adalah dilarang untuk ambil makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan cirit-birit. Sekurang-kurangnya selama beberapa minggu. 

Mengubah corak pengambilan makanan ini bukanlah satu hukuman tapi membantu tubuh pulih dengan lebih cepat selepas pembedahan. Semoga bermanfaat! 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Food Eat Safe

Baca juga:

JANGAN bagi anak tembikai atau buah dari peti sejuk, mereka boleh keracunan makanan!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!