Ini Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung, Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

Apa lagi makanan yang baik untuk dimakan semasa mengandung kalau bukan makanan sunnah untuk ibu mengandung ini. Makanan ini juga terbukti khasiatnya menurut sains!

Pemilihan makanan semasa mengandung adalah penting untuk anda dan bayi dalam kandungan. Jadi, masukkan makanan sunnah untuk ibu mengandung ini dalam diet anda kerana menurut sains, makanan sunnah ini terbukti berkhasiat!

Namun begitu sebelum anda membeli makanan sunnah untuk ibu mengandung ini, pastikan anda tahu mengapa makanan ini amat berkhasiat untuk kandungan anda.

Jom baca lebih lanjut!

Senarai Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung

1. Kurma

makanan sunnah untuk ibu mengandung, makanan sunnah untuk ibu hamil, makanan untuk ibu mengandung, makanan berkahsiat untuk bayi, makanan berkhasiat semasa hamil, makanan sunnah

Makanan terbaik untuk ibu mengandung pastinya kurma. Ia kaya dengan sumber protein, serat dan pelbagai vitamin. Kurma juga mengandungi kombinasi serat larut dan tak larut yang bagus untuk sistem penghadaman anda.

Kurma juga dapat menyelaraskan sistem saraf anda kerana ia mengandungi gula semula jadi, potassium dan kandungan sodium yang rendah.

Kalsium di dalam kurma dapat menguatkan otak bayi anda dan memberikan tenaga untuk anda.

Akan tetapi, ibu yang menghidap kencing manis tidak digalakkan mengambil terlalu banyak kurma kerana kurma di pasaran kini terlampau banyak gula.

2. Buah tin/ara

makanan sunnah untuk ibu mengandung, makanan sunnah untuk ibu hamil, makanan untuk ibu mengandung, makanan berkahsiat untuk bayi, makanan berkhasiat semasa hamil, makanan sunnah

Menurut Imam al-Rida, buah tin dapat menghilangkan bau mulut, menguatkan tulang, melebatkan rambut dan menghalang penyakit.

Buah tin juga mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu mengandung. Potasium yang terdapat dalam buah tin adalah lebih banyak dari pisang jadi ia adalah sumber mineral yang sangat baik.

3. Minyak zaitun

makanan sunnah untuk ibu mengandung, makanan sunnah untuk ibu hamil, makanan untuk ibu mengandung, makanan berkahsiat untuk bayi, makanan berkhasiat semasa hamil, makanan sunnah

Minyak zaitun adalah makanan sunnah untuk ibu mengandung yang boleh mengawal kolestrol dalam badan, menjaga kesihatan jantung, mengawal tekanan darah dan memperbaiki sistem imunisasi.

Minyak zaitun bukan saja memberikan asid lemak secukupnya untuk perkembangan bayi, asid linoleik yang terdapat dalamnya juga adalah sama dengan susu ibu.

Kelebihan asik linoleik ini akan berkekalan sehingga anda melahirkan anak.

4. Buah delima

Ini Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung, Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

Rasulullah pernah bersabda, buah delima dapat meningkatkan penghasilan sperma untuk lelaki dan membuatkan bayi dalam kandungan cantik dan sihat.

Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dapat dapat mengurangkan tekanan darah. Ini adalah baik untuk ibu mengandung yang mengalami pre-eklampsia. 

Kajian juga menunjukkan yang buah delima mengandungi khasiat yang baik untuk kekuatan dan kepadatan tulang bayi dalam kandungan.

5. Madu lebah

makanan sunnah untuk ibu mengandung, makanan sunnah untuk ibu hamil, makanan untuk ibu mengandung, makanan berkahsiat untuk bayi, makanan berkhasiat semasa hamil, makanan sunnah

Madu lebah memang sudah terbukti keberkatannya, kerana terdapat satu surah di dalam Al Quran yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.

Madu adalah antibiotik terbaik untuk imunisasi badan malah ia terbukti lebih baik dari antibiotik atau ubat biasa yang diberikan oleh doktor.

Madu lebah memiliki semua khasiat yang diperlukan badan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. 

6. Susu lembu

Ini Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung, Baik Untuk Bayi Dalam Kandungan

 

Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran, susu lembu adalah berkat kepada manusia.

Susu atau produk tenusu yang lain memberikan nutrisi yang baik untuk ibu mengandung. Walaupun anda boleh mendapat nutrisi yang ada di dalam susu pada makanan lain, ia telah terbukti secara klinikal yang susu boleh memberikan kesan yang baik dalam kehamilan.

Doktor juga menyarankan agar ibu mengandung minum tiga cawan susu atau produk tenusu yang lain setiap hari.

7. Kekacang 

Kekacang seperti almond dan pistachio merupakan makanan sunnah yang sangat bagus kerana mengandungi folat dan asid folik Ia dapat mencegah kelahiran cacat terutama pada bahagian otak dan tulang belakang (spina).

Selain itu, kandungan protein yang tinggi di dalamnya membantu untuk perkembangan bayi pada trimester kedua dan ketiga. 

8. Tembikai 

Tembikai adalah jenis buah-buahan tempatan yang paling mudah dicari di mana-mana. Ia bukan sahaja membantu menambahkan air ketuban dalam badan tetapi mengandungi gula semulajadi yang boleh mengurangkan alahan ketika mengandung.

Makanan Seimbang Untuk Ibu Hamil Yang Sebenarnya

Pengambilan makanan sunnah sahaja tidak cukup, ibu juga perlu memastikan setiap hidangan dalam pemakanan seharian cukup untuk tumbesaran bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna.

Ketika mengandung, ibu mudah mengidam makanan dan mula bertambah selera makan apabila memasuki trimester kedua dan ketiga. Sebaiknya kawal pengambilan makanan supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi. 

Berikut merupakan antara makanan berkhasiat untuk ibu mengandung:

1. Mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi

Pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan zat besi seperti asid folik dan vitamin B12. Ia membantu pertumbuhan kulit, rambut, kuku dan otot ibu dan bayi yang dikandung. 

Selain itu, ia berupaya untuk menstabilkan cecair badan dan tekanan darah sepanjang kehamilan. 

2. Elakkan makanan yang tinggi gula dan makanan proses

Ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa hamil perlu elak makan makanan yang tinggi gula dan makanan yang diproses. Gula memang penting untuk membekalkan tenaga tetapi pengambilan gula yang berlebihan boleh mendatangkan masalah lain kepada bayi. 

Kalau ibu craving sangat untuk mengunyah, gantikan dengan kekacang sebagai alternatif yang lebih sihat. 

3. Bukan makanan mentah

Ramai beranggapan makanan mentah seperti sushi dan sashimi jauh lebih baik untuk ibu mengandung sedangkan makanan seperti ini berisiko untuk dicemari parasit dan bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang sangat bahaya untuk kandungan. 

Sama juga dengan hidangan telur separuh masak atau daging yang mentah atau separuh masak. 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Ikan Haruan & Bawal Putih, Ini Jenis Ikan Yang SELAMAT & Berkhasiat Untuk Dimakan Ketika Ibu Dalam Pantang

Baca juga: Tak Sangka Jantung Pisang Bagus Untuk Morning Sickness Semasa Hamil, 5 Kelebihan Ulam Berkhasiat Ini!

Baca juga: Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!