22 Jenis Makanan Banyakkan Susu Badan Yang Terbukti Berkesan Untuk Ibu Lepas Bersalin

Banyakkan susu badan selepas bersalin menjadi ikhtiar kebanyakan ibu baharu bagi memastikan bekalan untuk bayi mencukupi sepanjang masa

Selepas bersalin, kebanyakan ibu akan mengalami perubahan hormon bagi membolehkan tubuh bersedia untuk fasa penyusuan bayi. Bagi memastikan ia berjalan lancar, anda dinasihatkan untuk selalu amalkan beberapa makanan banyakkan susu badan ini.

Tidak dinafikan bahawa proses penyusuan pada mulanya penuh dengan air mata. Ketika inilah ibu perlu ‘struggle’ menahan sakit apabila bayi menyusu dan berusaha elakkan tekanan yang boleh menjadi punca susu berkurangan.

Makanan banyakkan susu badan

cara banyakkan susu badan

Seronoknya bila tengok ibu-ibu dalam pantang kongsi stok susu badan mereka. Banyaknya!!! Apa agak-agak rahsia makanan banyakkan susu badan yang diamalkan mereka, ya?

1 – Untuk banyakkan susu badan, ibu harus mengambil makanan yang mengandungi vitamin B seperti kekacang dan dal.

2 – Keduanya, tips banyakkan susu badan adalah dengan makan buah jambu batu yang bagus untuk penambahan susu badan.

3 – Cara banyakkan susu badan yang seterusnya adalah dengan kerap mengambil sayuran hijau seperti sawi, kucai, kacang buncis. Paling tidak jagung muda.

Caranya, ibu boleh masak sama ada dibuat goreng atau sup sayur. Bahkan, sawi juga merupakan sayur yang menjadi kebiasaan sebagai menu berpantang.

4 – Cara banyakkan susu badan yang seterusnya adalah dengan makan daun atau pucuk meranti. Ibu boleh masaknya dengan cara masak lemak putih, tumis air atau dibuat goreng.

5 – Oat juga merupakan makanan banyakkan susu badan yang bagus. Ia boleh dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6 – Madu biasanya digunakan sebagai pemanis dalam minuman atau krim tambahan pada roti atau lempeng. Siapa sangka ia juga menjadi salah satu tips banyakkan susu badan!

Untuk banyakkan susu badan, anda boleh minum segelas air suam yang dicampurkan madu dan minum ketika perut kosong.

7 – Selain itu, barli juga antara makanan banyakkan susu badan. Sama ada minum air barli atau makan bubur barli.

8 – Tips banyakkan susu badan yang seterusnya adalah dengan pucuk manis. Caranya adalah dengan masak lemak bersama ubi keledek

9 – Jadikan pucuk pegaga ulam dan jus. Makanan untuk banyakkan susu badan ini telah terbukti berkesan pada kebanyakan ibu.

10 – Goreng daun kucai bersama tauhu dan tempe bagi membantu banyakkan susu badan.

11 – Tips banyakkan susu badan yang seterusnya adalah dengan mengamalkan makan produk tenusu seperti soya, tauhu, taufufa dan tempe. Ia juga dapat membantu pekatkan susu ibu.

12 – Minum air horlicks sekurang-kurangnya satu cawan sehari. Ia terbukti berkesan sebagai makanan banyakkan susu badan.

13 – Amalkan minum teh hijau jepun 

14 – Makanan untuk banyakkan susu badan yang seterusnya adalah dengan mengandungi yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan lain-lain.

makanan banyakkan susu badan

15 – Mengamalkan makan bawang putih yang mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan pengahasilan susu badan.

16 – Rebus kacang merah tanpa gula dan minum airnya bersama kacangnya sekali. Petua banyakkan susu badan ini patut ibu cuba.

17 – Jadikan halba sebagai minuman atau rencah dalam masakan. Banyak khasiat halba ini antaranya membantu proses penghadaman, banyakkan susu badan dan meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.

18 – Makan buah kurma sekurang-kurangnya tujuh biji sehari. Ia bagus untuk tambah dan kekalkan tenaga ibu menyusu serta menjadi salah satu makanan untuk banyakkan susu badan

19 – Lobak putih dan merah. Boleh dijadikan sebagai sayur atau dimasukkan dalam sup. Selain, dibuat jus. Sayuran ini begitu populor kerana keberkesannnya sebagai petua banyakkan susu badan dan pekat.

20 – Makan jantung pisang, pucuk betik dan pucuk bebuas. Jadikan sebagai ulaman ketika makan.

21 – Cara nak banyakkan susu badan yang seterusnya adalah dengan merebus longan kering dan minum airnya

22 – Akhir sekali amalkan selalu buah-buahan seperti betik hijau, avocado, strawberi, pisang, ciku, buah beri biru, labu manis dan mangga. Semua yang disebut ini bagus untuk banyakkan susu badan ibu.

Namun begitu, makanan tambah susu badan ini bukanlah untuk banyakkan kuantiti susu semata-mata tetapi kualiti susu juga harus dititikberatkan supaya susu yang dihasilkan ibu adalah yang terbaik sebelum diberikan pada bayi.

Selain itu, ibu menyusu juga harus mengambil makanan berkhasiat dan air secukupnya supaya dapat memastikan nutrisi pada bayi lengkap dan tidak menyebabkan anda kelaparan akibat penyusuan.

  • Elakkan juga stres atau pemikiran yang negatif kerana boleh menganggu pengeluaran susu ibu. Paling penting mesti ada konsep demand and supply.

Ingat, kalau susu tidak dipam atau diberi secara terus dari payudara ia boleh menyebabkan susu semakin berkurang.

Minum milo banyakkan susu badan

Sesetengah ibu mungkin pernah terdengar saranan daripada kenalan terdekat mengenai minum milo banyakkan susu badan kan? Namun sejauh manakah kenyataan ini.

Sebenarnya tiada bukti kajian saintifik mengenainya. Menurut perkongsian oleh seorang ibu di komuniti theAsianparent, malt adalah salah satu bahan makanan yang dipercayai membantu meningkatkan bekalan susu.

Kerana milo adalah campuran coklat dan serbuk malt, saya rasa minum milo banyakkan susu badan. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai perangsang.

Oleh itu, minumlah secara sederhana dan jangan berlebihan. Anda boleh mempertimbangkan minuman berasaskan malt lain seperti ovaltine.

Sebarang bentuk cecair (kecuali minuman tin) akan membantu dalam meningkatkan bekalan susu semasa anda mengambilnya. Minum milo panas akan membantu anda berehat dan mempunyai lebih banyak susu badan.

Doa banyakkan susu badan

Bila kita berdoa dan memasang niat untuk menyusukan anak, pasti Allah SWT akan bantu melancarkan proses tersebut. Hal ini kerana, bila sudah berdoa, pastinya ibu akan bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menyusu anak.

#1. Surah Al-Baqarah ayat 60

Caranya untuk doa banyakkan susu badan adalah dengan meletakkan tangan di payudara, usap lembut payudara dan berdoa di dalam hati agar Allah SWT mempermudahkan urusan penyusuan dan memperbanyakkan rezeki anak.

Doa banyakkan susu badan

Maksudnya :

 Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman : “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

#2. Ayat dari surah Ar-ad 8-9 

doa tambah susu badan

Maksudnya (8) Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.

(9) Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya).

Semoga bermanfaat!

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Ibu Menyusu Kena Selalu Happy & Positif, Ia Milk Booster SEBENAR & Terbukti Berkesan

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga:  Durian Sebenarnya Antara Milk Booster Yang Bagus Untuk Ibu Menyusu, Ini 5 Sebabnya!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!