5 jenis makanan untuk cepat hamil, suami isteri yang masih mencuba wajib tahu!

lead image

Lambat hamil bukanlah penghalang untuk terus berusaha dapatkan zuriat. Pasti ada cara dan kaedah tertentu seperti mengamalkan 5 makanan bagi cepat hamil ini!

Usia perkahwinan sudah menjangkau lima tahun, tapi zuriat masih belum ada. Ditambah pula rakan yang baru saja kahwin kini sudah berbadan dua. Lantas anda pun terfikir mengapa anda masih belum dikurniakan rezeki? Adakah ada makanan untuk cepat hamil?

Sebenarnya, setiap orang mempunyai pandangan berbeza-beza bila berkaitan dengan makanan untuk cepat hamil.

Namun, bagi individu yang sukar untuk hamil, mungkin senarai makanan untuk cepat hamil ini boleh membantu anda. Mari kita semak! 

5 jenis makanan untuk cepat hamil 

1. Kaya dengan asid lemak omega 3 seperti ikan salmon

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/food dinner lemon rice.jpg 5 jenis makanan untuk cepat hamil, suami isteri yang masih mencuba wajib tahu!

Siapa suka makan ikan salmon? Sedapkan ikan salmon grill makan bersama dengan brokoli dan kentang lenyek, kan! Memang terangkat selera! 

Bahkan ikan salmon bukan hanya enak, tapi ia juga mengandungi nutrisi yang baik iaitu asid lemak omega 3 yang membantu tumbesaran fungsi otak.

Selain itu, anda tahu tak ikan salmon juga merupakan makanan untuk cepat hamil kerana ia mampu:

  • Meningkatkan aliran darah ke organ pembiakan lelaki dan wanita 
  • Meningkatkan pengeluaran lendir serviks, lalu membantu mengawal hormon tubuh dan menggalakkan ovulasi 
  • Mengekalkan daya pengeluaran sel sperm
  • Namun, jika tak suka salmon, anda boleh dapatkan makanan tambahan yang kaya dengan DHA sebagai makanan untuk cepat hamil.  

2. Sayur-sayuran hijau berdaun gelap 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/food salad healthy colorful.jpg 5 jenis makanan untuk cepat hamil, suami isteri yang masih mencuba wajib tahu!

Makanan untuk cepat hamil seterusnya ialah sayur-sayuran hijau berdaun gelap seperti bayam yang mengandungi nutrisi baik untuk kesuburan.

Malah bayam juga baik untuk meningkatkan kadar ovulasi.

  • Sayuran hijau berdaun gelap juga mengandungi mineral seperti kalsium dan zat besi yang diperlukan bagi menjaga proses pranatal. Ia bertujuan untuk mencegah kecacatan otak dan tulang belakang dalam beberapa minggu di awal kehamilan.  
  • Asid folik yang terkandung dalam sayuran ini juga meningkatkan pembahagian sel dan DNA supaya kehamilan tetap sihat. 
  • Cholorophyll yang terkandung meningkatkan aliran darah dan ghairah seks semulajadi untuk wanita.

3. Bijirin penuh 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/wheat grain agriculture seed 54084.jpeg 5 jenis makanan untuk cepat hamil, suami isteri yang masih mencuba wajib tahu!

Bijirin penuh juga merupakan makanan untuk cepat hamil. Antara bijirin penuh yang anda boleh amalkan ialah seperti beras perang, oat dan barli.

Semua makanan ini mengandungi: 

  • Vitamin B: B9 dan B12 yang sangat diperlukan untuk kehamilan. Kajian menunjukkan B12 sangat berkait rapat dengan kesuburan. 
  • Serat: Membantu menghilangkan estrogen yang berlebihan dan stabilkan tahap gula dalam darah. 
  • Antioksidan: melindungi sel telur dan hormon pembiakan dari kerosakan akibat radikal bebas. 

4. Kekacang 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/pexels photo 89236.jpg 5 jenis makanan untuk cepat hamil, suami isteri yang masih mencuba wajib tahu!

  • Kekacang kaya dengan folat, serat dan sumber protein. Sebab itu ia bagus untuk diamalkan sebagai makanan untuk cepat hamil.
  • Kajian daripada Sekolah Kesihatan Harvard membuat pemerhatian terhadap 17,500 jururawat wanita yang mempunyai masalah untuk mengandung. Dalam kajian itu, mereka menemui:

– Wanita yang amalkan makanan bersumberkan protein dari haiwan dipercayai potensi boleh hamil hanya 39% saja. Manakala mereka yang makan sumber protein daripada kekacang dan sayuran tiada masalah untuk hamil. 

– Kacang yang kaya dengan zat besi sangat diperlukan bagi mencegah anemia ketika cuba untuk hamil. 

5. Coklat 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/dark brown milk candy.jpg 5 jenis makanan untuk cepat hamil, suami isteri yang masih mencuba wajib tahu!

Terkejut tak bila kami katakan coklat merupakan makanan untuk cepat hamil?

Kalau nak tahu, coklat merupakan makanan yang penting untuk saluran darah dan ia bagus untuk kesuburan bakal-bakal ayah.

Kelebihan coklat seperti:

  • Meningkatkan kualiti air mani
  • Meningkatkan jumlah sperma
  • Mempunyai kandungan antioksidan untuk membunuh radikal bebas yang boleh ganggu kesuburan lelaki 
  • Meningkatkan kesihatan jantung 
  • Bukan hanya dalam coklat tapi nutrisi baik ini juga boleh didapati dalam blueberry dan buah sitrus 

Walaubagaimanapun terdapat 3 makanan yang perlu dielakkan iaitu…

1.Menurut kajian dari Harvard Medical School, makanan yang mengandungi kacang soya adalah tidak bagus kerana ia mengganggu kesuburan lelaki dan mengurangkan jumlah sperma. 

2.Makanan bergoreng juga mampu menghalang kehamilan terjadi kerana ia mampu membunuh kesuburan lelaki dan wanita.

Adalah bagus sekiranya anda melupakan seketika makanan bergoreng ini jika ingin merasai kehamilan. 

3. Akhir sekali makanan yang menghalang kehamilan adalah minuman soda. Ada tak yang sedang minum soda sambil baca artikel ini? Jangan sampai tersembur ya, hehe.

Ia berdasarkan kajian dari Boston University School of Public Health yang mengatakan satu sudu soda dalam minuman menyebabkan peratus untuk hamil rendah.

Walaubagaimanapun, faktor sukar hamil juga terjadi disebabkan obesiti, pengambilan kafein yang melampau, alkohol, merokok dan terlalu ‘over’ diet.

Jadi, amalkan makanan untuk cepat hamil ini supaya anda bakal menimang cahaya mata yang ditunggu. InsyaAllah. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga

7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan – ini bukan mitos, ya!