6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!
Ini adalah senarai makanan yang anda boleh makan jika anda mempunyai masalah darah tinggi. Tak payah lagi pening fikir nak makan apa.
Jika anda anda darah tinggi, anda mesti tahu tentang makanan yang anda tak patut makan. Doktor atau orang sekeliling pasti sudah menyenaraikan makanan apa yang anda tidak boleh makan. Jangan makan daging, tak boleh makan makanan yang banyak garam dan macam-macam lagi.
Anda mesti terfikir, makanan apa yang anda boleh makan? Jangan risau! Ada banyak lagi makanan yang anda boleh makan. Ini antara 6 makanan yang akan membantu anda mengawal tekanan darah anda.
6 Makanan Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Pisang
Pisang adalah makanan yang paling bagus untuk darah tinggi. Pisang mengandungi potasium yang tinggi yang membantu anda mengawal tekanan darah dan mengurangkan sodium.
Potasium harian untuk dewasa adalah 47000mg, jadi satu pisang sehari sudah cukup untuk anda.
Yogurt rendah lemak
Melainkan anda ada intoleransi laktosa, anda boleh makan produk tenusu. Beberapa bukti telah mengesahkan kebaikan tenusu untuk menurunkan tekanan darah.
Tapi anda perlu pilih produk yang rendah lemak kerana anda perlu elak dari makan trans dan lemak tepu.
The DASH Diet, program diet yang dipuji dapat menurunkan tekanan darah menyaran agar makan produk tenusu rendah lemak dalam diet. Ini termasuk yogurt rendah lemak dan susu tanpa lemak.
Ikan
Semua orang memerlukan protein, tapi jika anda hendak mengawal tekanan darah daging merah memang tidak sesuai.
Ikan adalah pilihan terbaik kerana ikan kurang lemak tepu dan menurut AHA, omega-3 asid lemak yang terdapat dalam ikan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Pilihan ikan terbaik termasuk halibut, tuna dan salmon.
Ayam tanpa lemak
Untuk penggemar daging, memang susah untuk berhenti makan daging. Tapi jika anda boleh memilih ayam daripada daging merah, anda membantu diri anda sendiri.
Menurut AHA, ayam mengandungi kolestrol yang kurang berbanding daging merah. Memandangkan lemak tepu dan kolestrol boleh meningkatkan tekanan darah, anda patut memilih ayam tanpa lemak dan tanpa kulit.
Buah delima
Berita baik untuk penggemar buah delima, kajian baru baru ini mencadangkan yang jus buah delima sangat membantu orang yang menghidap darah tinggi.
Kajian menguji yang kebanyakan orang yang minum 500ml jus buah delima sehari dalam masa 4 minggu telah berjaya menurunkan tekanan darah mereka. Jus buah delima juga penuh dengan antioksidan yang baik untuk jantung anda.
Bawang putih
Bawang putih mempunyai banyak kelebihan lebih-lebih lagi untuk menurunkan tekanan darah. Satu kajian mendapati, ada kompaun dalam bawang putih yang boleh membantu orang yang menghidap darah tinggi.
Bagaimana bawang putih melakukannya, masih dalam kajian.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan berkhasiat untuk bayi: Makanan untuk anak anda berumur 6 bulan