10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

lead image

Mahu anak bijak bila besar nanti? Ibu harus sediakan 10 makanan minda ini supaya si kecil kekal lincah dan sihat dalam aktivitinya sehariannya!

Jika anda impikan anak yang bijak, jangan lupa berikan mereka 10 makanan untuk kecerdasan otak bayi ini yang dikongsikan sendiri oleh Akademi Pediatrik Amerika, AAP. 

Selepas lahir hingga enam bulan, bayi hanya dapat sumber nutrien dari susu ibu. Setelah enam bulan ke atas, si kecil akan diperkenalkan dengan makanan pejal seperti puri buah dan bubur kosong pula.

Ia kerana bayi perlu mendapatkan nutrien protein, zat besi, folat dan vitamin D supaya tubuh kecilnya tetap sihat dan cergas setiap hari. 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/05/jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan 1.jpg 10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Yang penting, ia membantu mengembangkan otak bayi jadi kuat, kerana jika kurang nutrien, ia boleh menyebabkan masalah otak. 

Menurut Prof Dr. Jane Schwarzenberg – Pakar Pemakanan di Hospital Universiti Of Minnesota Masonic, susu ibu adalah sumber nutrien penting bagi bayi dan selepas enam bulan, tubuh bayi harus ditambah dengan makanan yang tinggi zat.

Kajian juga mendapati pemakanan awal penting bagi membantu menguatkan lagi otak bayi dalam 1000 hari usianya. 

10 makanan untuk kecerdasan otak bayi – jom ibu kita sediakan!

1. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Avocado 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/tribunnews.jpg 10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Kredit: Tribunnews

Buah avocado mengandungi vitamin A, vitamin E, vitamin B3, kalium, fosforus, besi, magnesium dan kalsium. 

Bagi menyediakan makanan untuk kecerdasan otak bayi ini, ibu boleh masak, rebus atau kukus avocado, kemudian kisar supaya lembut dan mudah dihadam. Ia sudah boleh diberikan pada bayi umur enam bulan ke atas. 

2. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Sayuran berdaun hijau 

Antara sayuran hijau yang bagus seperti bayam, kubis hijau dan brokoli yang kaya antioksidan bagi membantu daya ingatan anak dengan baik. 

Sekiranya anda ingin cari menu baru, campurkan jus bayam bersama jus buah-buahan seperti oren kerana vitamin C bantu menyerap zat besi. 

3. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Pisang 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/04/Archanas kitchen.jpg 10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Kredit: Archana’s kitchen

Pisang kaya dengan vitamin A dan mengandungi mineral seperti kalium, fosforus, selenium, magnesium dan kalsium. 

Malah penyediaannya juga mudah dengan cara kisar pisang bersama susu ibu dan menu ini sesuai untuk kanak-kanak usia enam bulan. 

4. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Betik 

Betik mengandungi vitamin C, A, E, serat dan asid folik yang sangat bagus untuk otak bayi. Malah, ia juga sesuai untuk kanak-kanak umur enam bulan ke atas. Jika boleh, berikan betik yang sudah masak kerana ia lebih manis. 

5. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Labu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/sis hawa.jpg 10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Kredit: Sis Hawa

Labu mempunyai nutrien terbaik seperti vitamin A dan beta karotena. Ia boleh diberikan sekitar umur bayi enam bulan. Caranya, ibu boleh buat puri labu atau campurkan bersama bubur nasi.

6. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Yogurt 

Ya, yogurt biasanya tidak manis dan mengandungi vitamin, asid lemak dan biotin yang bertanggungjawab meningkatkan sel otak bayi. 

7. Makanan untuk kecerdasan otak bayi – Lobak 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/09/betty crocker.jpg 10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Lobak mengandungi beta karotena yang tinggi, termasuk vitamin A, vitamin C dan kalsium penting untuk perkembangan bayi. 

Cara menyediakannya adalah dengan buat jus lobak atau kukus sebelum dikisar menjadi puri. Bila anak sudah tumbuh gigi sekitar lapan bulan ke atas, ibu sudah boleh tambahkan lobak dalam sup anak. Hmmm… pasti sedap tak terkata! 

8. Makanan yang menguatkan ingatan – Oatmeal 

Oatmeal mempunyai sumber protein dan serat serta sesuai dimakan dengan susu. Namun, ibu harus melembutkannya terlebih dahulu supaya senang dihadam anak. Ia sesuai untuk bayi setahun ke atas. 

9. Makanan yang menguatkan ingatan – Telur 

Telur adalah sumber protein yang baik dan mengandungi choline serta vitamin yang membantu ingatan anak. Telur boleh disediakan dengan cara direbus, telur hancur dan telur dadar lalu dimakan bersama nasi lembik. 

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai snek ringan anak seperti lempeng telur dan roti bakar. Pakar pemakanan juga syorkan anak makan telur sebiji sehari

10. Makanan yang menguatkan ingatan – Ikan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/liputan6.com  1.jpg 10 Makanan Minda Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Makin Bijaklah Mereka Nanti!

Kredit: Liputan6.com

Lemak ikan seperi salmon adalah sumber omega 3 yang sangat tinggi. Tapi jika bayi tak suka makan ikan, ibu boleh tambah minyak ikan dalam makanan bayi yang lain seperti yogurt dan smoothies. 

Justeru ibu boleh gunakan 10 makanan yang disebut tadi dalam menyediakan makanan bayi dengan kreativiti masing-masing supaya anak lebih sihat dan cergas otaknya.

Kongsikan artikel ini bersama rakan FB anda yang lain. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Artikel ini diterjemahkan dari theAsianparent Thailand

Baca juga:

13 Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Yang Mudah Disediakan dan Tinggi Zat

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!