6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

lead image

Pernah tak anda termimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan? Jangan panik! Di sini ada maksud mimpi bersetubuh itu dari sudut sains. Lega dengar!

Tiba-tiba, anda terbangun dengan peluh menitik-nitik di dahi. Anda sedikit basah (kerana orgasma), keliru dan rasa seperti sedang melakukan satu kesalahan. Anda telah termimpi bersetubuh dengan orang lain!

Agak-agak, apa maksud bersetubuh dengan orang lain selain pasangan? Adakah perkahwinan anda tidak bahagia? TIDAK! Jadi, apa maksudnya?

Jangan rasa bersalah. Di sini, kami akan bawakan maksud mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan dari sudut sains.

Ia juga akan dikupas dengan lebih lanjut oleh pakar, Dr Debby Herbenick, yang pernah menulis hampir 100 artikel berhubungan seks, secara saintifik. 

Menurut beliau, maksud mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan adalah normal. Ini beberapa sebabnya.

Maksud mimpi bersetubuh dengan orang lain: 6 mimpi yang selalu terjadi

#1 Mimpi bersetubuh dengan pasangan sama jantina

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/meaning of sex dreams 1.jpg 6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

Jangan takut. Jika anda mimpi setubuh dengan pasangan sama jantina, ia bukan bermaksud anda keliru secara seksual. Ia sebenarnya normal!

Menurut Dr Herbenick, anda masih straight walaupun mimpi berhubungan seks dengan pasangan sama jantina.

Salah satu sebab mimpi ini terjadi kerana ramai menganggap “aksi” antara perempuan dengan perempuan itu satu benda “hot”.

Malah, maksud mimpi bersetubuh ini juga ialah anda ada hubungan persahabatan yang kuat dengan kawan wanita anda (jika anda mimpikan dia). 

#2 Maksud mimpi bersetubuh dengan bekas suami/bekas kekasih

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/meaning of sex dreams 2.jpg 6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

Hubungan itu telah lama berakhir… tetapi kenapa anda termimpi bekas suami, bekas isteri atau bekas kekasih anda pula??!!

Sekali lagi kami cakap, maksud mimpi ini juga normal, menurut Dr Herbenick. Tapi adakah mimpi tersebut bermaksud anda masih tak boleh move on dari bekas anda itu?

Jawapannya: Tidak juga. Mimpi ini hanya bermaksud otak anda sedang memproses kisah-kisah lama. Ada kisah yang gembira, ada kisah yang sedih. 

Tapi, salah seorang pakar lain menentang kata-kata Dr Herbenick! Menurut Dr Tina B. Tessina, maksud mimpi bersetubuh dengan bekas anda ialah satu tanda amaran!

Ia mungkin bermaksud otak anda sedang memproses sesuatu yang saling berkaitan antara hubungan anda sekarang, dan hubungan masa lalu anda.

Namun, jangan pergi stalk bekas anda itu pula! Nanti jadi lain kang…

#3 Maksud mimpi bersetubuh dengan orang yang anda benci

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/meaning of sex dreams 3.jpg 6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

Anda pasti akan terfikir — Ya Tuhan, kenapalah dengan mamat tu??!! Ha… tapi sebenarnya, Dr Herbenick mengatakan anda boleh mimpi bersetubuh dengan sesiapa saja.

Ini juga termasuk orang yang anda benci. Emosi seksual tidak hanya bergantung kepada emosi gembira semata-mata. Emosi marah juga boleh mendorong rasa seksual.

Jadi, tidak mengapalah jika anda termimpi bersetubuh dengan orang yang anda benci. Hanya lupakan ia, okay?

#4 Maksud mimpi bersetubuh dengan suami BFF sendiri!

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/meaning of sex dreams 4.jpg 6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

Kawan mana yang sengaja nak melukakan hati kawan baik sendiri, kan? Tapi bagaimana jika anda termimpi bersetubuh dengan pasangan kawan baik anda sendiri??!!

Dr Tessina berpendapat, maksud mimpi bersetubuh ini hanyalah kerana rasa ingin tahu yang ada dalam diri anda. Ia pada tahap bawah sedar. 

Jadi, walaupun mimpi ini seperti satu disaster dan perkara terlarang, ia juga mampu buat anda turn on

Tapi jika anda kerap bermimpi seperti ini, cuba periksa kehidupan seks anda sendiri. Adakah ia mengecewakan dan anda tidak puas?

Cuba cara-cara menghangatkan aksi di ranjang ini. Mana tahu ia menolong.

#5 Maksud mimpi bersetubuh dengan pasangan, tapi bukan dengan badan/suara/mukanya sendiri

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/meaning of sex dreams 5.jpg 6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

Pernah tak anda termimpi berintiman dengan pasangan, tapi tiba-tiba, mukanya atau suaranya jadi lain? Completely lain!

Aik, kenapa pula ni? Adakah ia bermaksud anda sudah bosan dengan pasangan? Menurut Dr Herbenick, mimpi ini bermaksud satu tanda isyarat yang anda ingin lebih tahu sesuatu tentang pasangan.

Selepas sudah lama bersama, kadang-kadang, pasangan suami isteri jadi malas nak berusaha. Ini membuatkan perkahwinan mereka jadi bosan.

Bila kali terakhir anda bersembang secara mendalam dengan pasangan? Apa kata kalian pergi berjalan-jalan sambil mengenang memori?

#6 Maksud mimpi bersetubuh dengan crush idaman

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/08/meaning of sex dreams 6.jpg 6 maksud jika anda mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan

Tiba-tiba, anda tersentak di malam hari selepas mimpi bersetubuh dengan lelaki idaman anda. Alamak! 

Mimpi itu rasa sungguh indah…. tapi tiba-tiba anda boleh terbangun pula! Apa agak-agaknya maksud mimpi ini? 

Mimpi ini mungkin bermaksud anda rasa “kehilangan” sesuatu dalam hubungan sebenar anda. Apa yang anda mimpi ini adalah satu temporary ecsape dari realiti.

Anda mungkin bosan dengan pasangan, tidak puas atau sebagainya. Jalan penyelesaiannya: bawa berbincang dengan pasangan.

Mana tahu anda akan mengalami pengalaman seks yang lebih umpsss dari mimpi anda tadi!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Rosanna Chio dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Mimpi Pasangan Curang Ketika Anda Hamil – Apa Maksudnya?