Tiba-tiba, anda terbangun dengan peluh menitik-nitik di dahi. Anda sedikit basah (kerana orgasma), keliru dan rasa seperti sedang melakukan satu kesalahan. Rupanya, anda telah mimpi bersetubuh dengan orang lain!
Agak-agak, apa maksud mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan? Adakah perkahwinan anda tidak bahagia? TIDAK! Jadi, apa maksudnya?
Jangan rasa bersalah. Di sini, kami jelaskan arti mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan dari sudut sains.
Maksud mimpi bersetubuh dalam agama islam: 6 mimpi yang selalu terjadi

Ia juga akan dikupas dengan lebih lanjut oleh pakar, Dr Debby Herbenick, yang pernah menulis hampir 100 artikel berhubungan seks, secara saintifik.
Menurut beliau, maksud mimpi bersetubuh dengan orang lain selain pasangan adalah normal. Ini beberapa sebabnya.
#1. Mimpi berhubungan menurut Islam dengan pasangan sama jantina
Jangan takut. Jika anda mimpi berhubungan badan dengan pasangan sama jantina, ia bukan bermaksud anda keliru secara seksual. Ia sebenarnya normal!
Menurut Dr Herbenick, anda masih straight walaupun mimpi berhubungan seks dengan pasangan sama jantina.
Salah satu sebab mimpi berhubungan intim ini terjadi kerana ramai menganggap “aksi” antara perempuan dengan perempuan itu satu benda “hot”.
Malah, maksud mimpi bersetubuh dengan seseorang ini juga ialah anda ada hubungan persahabatan yang kuat dengan kawan wanita anda (jika anda mimpikan dia).
#2. Maksud mimpi berhubungan badan dengan bekas suami/bekas kekasih
Hubungan itu telah lama berakhir… tetapi kenapa anda mimpi bersetubuh dengan orang yang dikenali seperti bekas suami, bekas isteri atau bekas kekasih anda pula??!!
Sekali lagi kami cakap, maksud mimpi bekas kekasih ini juga normal, menurut Dr Herbenick. Tapi adakah mimpi tersebut bermaksud anda masih tak boleh move on dari bekas anda itu?
Jawapannya: Tidak juga. Mimpi bersetubuh dengan orang yang dikenali ini hanya bermaksud otak anda sedang memproses kisah-kisah lama. Ada kisah yang gembira, ada kisah yang sedih.
Tapi, salah seorang pakar lain menentang kata-kata Dr Herbenick! Menurut Dr Tina B. Tessina, maksud mimpi bersetubuh dengan bekas anda ialah satu tanda amaran!
Ia mungkin bermaksud otak anda sedang memproses sesuatu yang saling berkaitan antara hubungan anda sekarang, dan hubungan masa lalu anda.
Namun, jangan pergi stalk bekas anda itu pula! Nanti jadi lain kang…
#3. Maksud mimpi bersetubuh menurut Islam dengan orang yang anda benci

Anda pasti akan terfikir — Ya Tuhan, kenapa mimpi bersetubuh dengan orang lain memang anda sendiri tidak menyukainya?!! Ha… tapi sebenarnya, Dr Herbenick mengatakan anda boleh mimpi bersetubuh dengan sesiapa saja.
Ini juga termasuk orang yang anda benci. Emosi seksual tidak hanya bergantung kepada emosi gembira semata-mata. Emosi marah juga boleh mendorong rasa seksual.
Jadi, tidak mengapalah jika anda mimpi bersetubuh dengan orang yang anda benci. Hanya lupakan cerita seksual ini, okay?
#4. Maksud mimpi berzina dengan suami BFF sendiri!
Kawan mana yang sengaja nak melukakan hati kawan baik sendiri, kan? Tapi bagaimana jika anda termimpi bersetubuh dengan pasangan kawan baik anda sendiri??!!
Dr Tessina berpendapat, maksud mimpi bersetubuh ini hanyalah kerana rasa ingin tahu yang ada dalam diri anda. Ia pada tahap bawah sedar.
Jadi, walaupun mimpi ini seperti satu disaster dan perkara terlarang, ia juga mampu buat anda turn on.
Tapi jika anda kerap bermimpi seperti ini, cuba periksa kehidupan seks anda sendiri. Adakah ia mengecewakan dan anda tidak puas?
Cuba cara-cara menghangatkan aksi di ranjang ini. Mana tahu ia menolong.
#5. Maksud mimpi dengan pasangan, tapi bukan dengan badan/suara/mukanya sendiri

Pernah tak anda mimpi bersetubuh dengan suami sendiri , tapi tiba-tiba, mukanya atau suaranya jadi lain? Completely lain!
Aik, kenapa pula ni? Adakah ia bermaksud anda sudah bosan dengan pasangan? Menurut Dr Herbenick, mimpi berhubungan badan dengan suami bermaksud satu tanda isyarat yang anda ingin lebih tahu sesuatu tentang pasangan.
Selepas sudah lama bersama, kadang-kadang, pasangan jadi malas nak berusaha. Ini membuatkan perkahwinan dan sek suami isteri jadi bosan.
Mimpi berhubungan intim dengan suami boleh menjadi petanda bahawa anda dan pasangan perlu melakukan sesuatu bagi meraih kebahagiaan bersama.
Bila kali terakhir anda bersembang secara mendalam dengan pasangan tentang cara bersetubuh? Apa kata kalian pergi berjalan-jalan sambil mengenang memori?
#6. Maksud mimpi dengan crush idaman
Tiba-tiba, anda tersentak di malam hari selepas mimpi bersetubuh dengan lelaki idaman anda. Alamak!
Mimpi itu rasa sungguh indah…. tapi tiba-tiba anda boleh terbangun pula! Apa agak-agaknya maksud arti mimpi berhubungan badan ini?
Mimpi ini mungkin bermaksud anda rasa “kehilangan” sesuatu dalam hubungan sebenar anda. Apa yang anda mimpi ini adalah satu temporary ecsape dari realiti.
Anda mungkin bosan dengan pasangan, tidak puas atau sebagainya. Jalan penyelesaiannya: bawa berbincang dengan pasangan.
Mana tahu anda akan mengalami pengalaman seks yang lebih umpsss dari mimpi anda tadi!
#7. Mimpi melihat orang bersetubuh
Mimpi melihat orang bersetubuh secara agresif mungkin menjengkelkan. Kerana ia boleh menjadi keganasan atau gangguan seksual.
Boleh jadi, mimpi ini adalah satu proses untuk memulihkan ingatan anda tentang trauma lalu. Mesti ingat, sesuatu dalam mimpi boleh dikaitkan dengan kehidupan sebenar.
Selalunya, mimpi melihat orang melakukan hubungan seks bermakna anda berasa yakin bahawa trauma boleh hilang dari hidup anda.
Mimpi juga boleh mencerminkan luka yang ada dalam diri anda.
Tafsir mimpi bersetubuh menurut Islam
Menurut Imam Islam Abu Said al-Waizh, pada dasarnya makna mimpi bersetubuh adalah petanda bahawa anda akan mendapat apa yang anda inginkan dan pencapaian yang diharapkan.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai tafsiran mimpi tentang seks. Ini bergantung kepada orang yang bermimpi melakukan hubungan seks dengan siapa.
Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Muntakhabul Kalam fi Tafsiril Ahlam oleh Imam Ibnu Sirin.
Berikut adalah beberapa pengertian mimpi bersetubuh menurut Islam sebagaimana dikutip dari umma.id pada Rabu (13/7/2022):
1. Sehingga air mani keluar atau tidak
Orang yang bermimpi melakukan hubungan seks, sama ada dengan pasangan mereka atau tidak, akan mendapat apa yang mereka harapkan, terutamanya jika mereka mengalami mimpi basah atau air mani.
Sedangkan orang yang sedang bermimpi, tetapi tidak keluar air mani, itu petanda mereka mencari ilmu yang susah dan hikmah yang samar-samar.
2. Hubungan dengan jantina yang sama
Walaupun bersetubuh dengan sesama jantina adalah dilarang, ternyata mimpi bersetubuh dengan lelaki membawa maksud yang baik.
Orang yang bermimpi melakukan hubungan seks dengan lelaki adalah petanda lelaki yang menjadi objek itu akan mendapat kebaikan daripada pelakunya.
3. Bersetubuh dengan isteri
Manakala orang yang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri mempunyai tafsiran yang baik. Seseorang yang bermimpi mencium isterinya seperti biasa adalah tanda dia akan melakukan sesuatu yang baik dan baik untuk isterinya.
Sedangkan orang yang bermimpi bersetubuh dengan mahramnya adalah petanda buruk.
4. Bersetubuh dengan ahli keluarga perempuan
Seseorang yang mimpi bersetubuh dengan salah seorang saudara perempuannya adalah tanda dia kurang menyayangi, malah mungkin dia sudah tidak menyayangi keluarga perempuannya lagi.
Jika keluarga wanita yang disetubuhinya (dalam mimpi) telah meninggal dunia, itu tanda dia akan mendapat masalah dan keresahan. Semoga bermanfaat!
Artikel ini ditulis oleh Rosanna Chio dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?
Baca juga: Risaunya Sejak Hamil Kerap Mimpi Pasangan Curang, Adakah Ia Petanda Tidak Baik?
Baca juga: Mimpi Suami Kahwin Lain Boleh Buat Isteri Murung & Sedih, Ini 5 Makna Sebaliknya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!