Betul ke tak bagus letak nama Balqis sebab ia ada kaitan dengan nama anak Jin?

lead image

Peringatan untuk ibu bapa supaya memilih nama anak dengan maksud yang baik. Kedua, pastikan pandangan berkaitan maksud nama anak itu mengikut dalil yang betul supaya tak ada kekeliruan dalam masyarakat

Apa maksud nama Balqis?

Isu maksud nama Balqis pernah tular lapan tahun yang lalu apabila ada sesetengah pihak mendakwa maksud nama tersebut ada kena-mengena dengan Jin. Betul ke?

Ramai rasanya ibu bapa yang meletakkan nama anak mereka sama ada di awal atau di hujung nama dengan Balqis. 

Mengulas kembali berkaitan persoalan maksud nama Balqis ini, ibu bapa diingatkan berhati-hati dan membuatkan rujukan yang lebih banyak sebelum memberi nama anak. Nanti tak pasal-pasal maksudnya mengundang perkara yang tidak baik. 

maksud nama balqis, balqis, senarai nama balqis, makna nama balqis, nama balqis, anak nama balqis, senarai nama-anama anak, nama anak, senarai nama anak perempuan, senarai nama anak lelaki, nama, nama menurut Islam, nama yang baik, nama yang baik daripada Islam

Kredit: Times of oman

Kesahihan isu maksud nama Balqis ini dirungkai apabila Ustaz Sharhan Shafie — seorang Pengamal Perubatan Islam yang berkongsi pandangannya di program Tanyalah Ustaz di TV9.

Menerusi program tersebut, Ustaz Sharhan menyatakan ada beberapa nama berikut yang merupakan nama anak Jin. Walaupun maksudnya bagus, namun ia boleh mendatangkan penyakit misteri. 

Antaranya seperti…

  • Balqis
  • Qistina/Kristina 
  • Najwa
  • Zakuan/Zaquan 
  • Batrisya 
  • Erisya 

Menurut beliau lagi, jangan sesekali memberi nama anak seperti nama yang dinyatakan di atas.

Namun jika sudah diberi nama seperti yang disebut itu, ia tak perlu ditukar. Akan tetapi, ibu bapa boleh menukar panggilan kepada yang lain.

Contohnya jika nama anak Nur Ain Batrisya, panggil namanya dengan Ain. 

Maksud nama Balqis, netizen mula bertelagah 

Akan tetapi, isu maksud nama Balqis ini juga tidak kurang menerima kritikan dan kecaman umum. Petikan dari Facebook Page, Realiti Alam Perkahwinan mendedahkan 

“Kenyataaan Ustaz tersebut mendatangkan kekeliruan dan kegusaran kepada pemilik nama berkenaan.

Apatah lagi saya memilih nama tersebut kerana makna yang baik bukan kerana nama anak Jin yang sedap didengar dan disebut. 

Saya ada search di google berkaitan nama-nama baik menurut Islam. Jadi bagaimana Ustaz ini boleh cakap sebegitu? Kalau ikut secara logik memang tak masuk akal. 

Terutama bila ia membabitkan penyakit sedangkan penyakit datang dengan Izin Allah bukan sebab nama anak. Saya faham, sebagai ibu bapa kita harus mencari nama dengan maksud yang baik. 

Maksud nama Balqis: Pandangan Ustaz Dr Haron Din dan Ustaz Zaharuddin 

maksud nama balqis, balqis, senarai nama balqis, makna nama balqis, nama balqis, anak nama balqis, senarai nama-anama anak, nama anak, senarai nama anak perempuan, senarai nama anak lelaki, nama, nama menurut Islam, nama yang baik, nama yang baik daripada Islam

 

Menurut Ustaz Zaharuddin, tiada sebarang dalil yang sahih berkenaam nama anak yang ada kaitan dengan nama anak Jin. Kemudian, jika dipanggil, anak akan ditimpa penyakit misteri.

Hal ini, TAK BOLEH DIPERCAYAI. Malah ia bercanggah dengan firman Allah dari Surah Al-Naml ayat 65. 

Nabi bersabda: 

“Ertinya, Sial menyial itu syirik, sial menyial tu syirik.” Riwayat, Abu Daud dan Tirmidzi

maksud nama balqis, balqis, senarai nama balqis, makna nama balqis, nama balqis, anak nama balqis, senarai nama-anama anak, nama anak, senarai nama anak perempuan, senarai nama anak lelaki, nama, nama menurut Islam, nama yang baik, nama yang baik daripada Islam

Menurut perkongsian Ustaz Zaharuddin pula, beliau sendiri bertanyakan pada Dato’ Dr Haron Din berkaitan isu ini dan beliau menolak sangkaan tersebut. 

Walau bagaimana pun, terdapat beberapa nama yang disebut dalam hadis TIDAK BAGUS DIGUNAKAN seperti.. 

  • Azazil 
  • Wiswas
  • Khannas
  • Murrah 
  • Harb
  • Soba 

Namun, ia tidak sahih jika digunakan mendapat penyakit misteri dan sama sekali bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Kesimpulannya, beri nama anak dengan maksud yang baik dan tiada perasaan ragu terhadap makna nama tersebut. Kongsikan artikel ini laman socmed anda ya! 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit: All about Islam 

Sumber: Hazeira Blogspot 

Baca juga

100 nama anak perempuan bertemakan bunga – indah sekali untuk mereka!