Maksud Nama Dalam Islam Yang Indah Untuk Bayi Lelaki & Perempuan Yang Bakal Lahir

Ibu dan ayah masih belum ada nama anak lagi? Cuba lihat dalam kombinasi nama-nama anak lelaki dan ketahui maksud nama dalam Islam ini, mana tahu ada yang bekenan di hati anda.

Tahniah bakal-bakal ibu dan bapa! Tidak lama lagi anda berdua bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baru. Sudahkah anda tahu jantina bayi dalam kandungan? Kalau dikurniakan bayi lelaki, adakah anda sudah menemui nama yang best dan mempunyai maksud nama dalam Islam yang indah?

Seperti yang kita tahu, nama yang dibawa anak mestilah melambang ciri-ciri yang baik supaya perilaku anak seiring dengan nama yang diberi. Malah anak juga tentunya gembira bila diberikan nama yang indah dan terpuji oleh kedua-dua ibu bapanya apabila dewasa kelak. 

Bagi membantu anda, kami senaraikan link dan pilihan maksud nama dalam Islam yang boleh dijadikan panduan. Ada nama ank perempuan dan juga anak lelaki. Semoga perkongsian ini membantu kalian!

Pentingnya Memilih Maksud Nama Anak Yang Baik

maksud nama dalam islam

Nama adalah sesuatu yang akan dibawa sehingga ke akhir hayat. Jadi sudah pastilah ibu ayah mahu pilih yang terbaik untuk anak-anak kerana ia ibarat doa untuk mereka.

Pemilihan nama dengan maksud yang baik adalah sangat digalakkan, ada yang mahu mengejar sebutan sedap tetapi tidak membawa maksud apa-apa. 

Walaupun pilihan muktamad adalah ditangan ibu ayah, namun ada sangat baik jika nama yang dipilih mempunyai maksud yang indah dan baik maknanya. Elak beberapa kesilapan ini dalam memilih nama anak. 

Memang teruja nak beri nama pada anak, namun harus diingat, jika boleh elakkanlah kesilapan yang menyusahkan anda dan anak di kemudian hari. Namun antara kesilapan sering dilakukan adalah:

#1. Mengutamakan sebutan berbanding maksud

Rata-rata ibu bapa mendahulukan sesebuah nama yang canggih, unik, menarik perhatian, dan sedap didengar berbanding ‘makna baik’ yang sepatutnya diutamakan.

Sebaliknya, ibu bapa dianjurkan untuk mengutamakan nama bayi Islam yang memiliki maksud yang elok berbanding sebutannya. Jika perlu berbincang, mintalah pandangan sewaktu awal proses pemilihan lagi supaya tujuan ibu bapa menjadi lebih jelas dalam mendapatkan maksud yang baik.

#2. Nama yang terlalu mengagungkan

Dalam obsesi terhadap nama-nama Arab, mungkin ada yang tidak perasan bahawa sebagai seorang Islam kita tidak seharusnya memilih nama-nama yang terlalu mengagungkan dan hanya layak digunakan oleh Allah.

#3. Terpengaruh dengan trend

Masyarakat Malaysia sering dilihat terpengaruh dengan nama bayi yang kedengaran Barat seperti Hannah, Noah, Sofea, atau Danish.

Memang tidak ada salahnya menggunakan nama bukan Arab, selagi ianya mempunyai erti yang baik. Cuma dalam konteks Malaysia, digalakkan memilih nama agar sesuai untuk semua keadaan supaya ia serasi dengan bahasa Arab kerana ia sering menjadi rujukan masyarakat kita.

#4. Menggunakan ejaan yang sukar

Sekarang ini memang ‘trend’ ibu bapa memilih nama dengan ejaan alternatif yang aneh agar kelihatan ‘stylo’ atau lain daripada yang lain. Contohnya nama Qisya yang kadangkala dieja Qiesya, Qeesya, Keisha atau Qiisyha.

Hal ia bukan sahaja akan membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan pihak yang berurusan dengan si anak nanti. Dalam jangka masa panjang, mungkin anak-anak akan berdepan dengan masalah melibatkan nama khususnya dalam urusan rasmi.

#5. Nama terlalu panjang

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak memberikan nama yang terlalu panjang sehingga mencecah 3-4 perkataan. Bayangkan jika di tadika, anak-anak akan mula disuruh mengeja nama masing-masing. Apabila nama ini terlalu panjang, tentulah sukar bagi anak untuk mengingat dan menulisnya kelak.

Selain itu dikhuatiri pemberian nama yang panjang kepada si anak akan menyebabkan timbul nama singkatan untuk si anak yang mungkin membawa maksud-maksud negatif yang tidak kita ketahui.

Perlukah Memberi Nama Anak Dengan Maksud Dalam Arab?

 maksud nama dalam islam

Tidak semestinya perlu memberi nama anak dengan maksud dalam bahasa Arab. Jika ia membawa maksud yang baik walau dalam bahasa apa sekali pun, tiada salahnya. 

Namun mengikut orang tua-tua selalunya nama yang baik-baik adalah yang memberi maksud dalam bahasa Arab. Jadi terpulang pada anda, asalkan maksudnya dalam apa-apa bahasa pun adalah sesuatu yang baik.

Maksud Nama Anak Perempuan

Pasti anda ingin tahu maksud nama puteri balqis kan? Mungkin ada yang mahu jadikan sebagai nama anak, namun ada yang kata ia bawa maksud kurang baik. 

Isu maksud nama Balqis pernah tular beberapa tahun yang lalu apabila ada sesetengah pihak mendakwa maksud nama tersebut ada kena-mengena dengan jin. Adakah ia benar?

Kesahihan isu maksud nama Balqis ini dirungkai apabila ketika itu Ustaz Sharhan Shafie seorang Pengamal Perubatan Islam yang berkongsi pandangannya di program Tanyalah Ustaz di TV9.

Menerusi program tersebut, Ustaz Sharhan menyatakan ada beberapa nama berikut yang merupakan nama anak Jin. Walaupun maksudnya bagus, namun ia boleh mendatangkan penyakit misteri. Antaranya sepert Balqis, Qistina/Kristina, Najwa, Zakuan/Zaquan, Batrisya dan Erisya.

Namun ada pula pandangan berlainan daripada ahli agama, Ustaz Zaharuddin yang mengatakan tiada sebarang dalil yang sahih berkenaan nama anak yang ada kaitan dengan nama anak Jin. Kemudian, jika dipanggil, anak akan ditimpa penyakit misteri kerana ia bercanggah dengan firman Allah dari Surah Al-Naml ayat 65.

Maksud Nama Anak Lelaki

maksud nama dalam islam

Nak letak nama anak dengan awalan huruf A, di sini pautan yang patut anda klik dan lihat contoh-contoh nama yang sedap dipanggil serta mempunyai maksud yang baik ini. 

Tak kurang dengan itu, nama anak lelaki huruf B ini juga sangat unik dan mudah disebut! Tak percaya, cuba lihat senarai di bawah ini: 

Tapi, kalau ibu mahukan kelainan dan nak letak nama dengan awalan huruf E juga sangat menarik! 

Kalau dulu-dulu, parents memang suka letak satu nama saja tapi kini gabungan nama juga boleh diberikan pada si kecil. Contohnya pada pautan bagi nama bayi lelaki huruf F ini. 

Selain itu, kalau anda berminat nak letak nama dengan awalan huruf G, H, K, L anda boleh klik pautan di bawah ini. 

Ramai ibu bapa yang cukup gemar meletakkan awalan nama anak lelaki dengan nama Muhammad iaitu nama Baginda Rasulullah SAW, di mana ibu bapa berharap keperibadian dan kepujian sikap baginda boleh diikuti oleh si anak apabila mereka dewasa kelak. 

Namun anda juga boleh cantumkan nama itu dengan nama lain seperti di bawah ini. 

Nama anak lelaki yang bermula dengan huruf N juga sangat banyak dan sangat sedap bila disebut! 

Bagi anda yang masih mencari nama bayi lelaki huruf R, di sini ada 100 senarai nama yang moden, ringkas dan mudah disebut yang boleh anda pilih mengikut kesukaan masing-masing. 

Tapi kalau tak nak pening-pening kepala, nama huruf S ini pun sedap juga! 

Sesekali berawalan huruf T juga menarik untuk si kecil kerana ia juga ada maksud yang baik dan indah. 

Semoga membantu! 

Anda juga boleh dapatkan idea daripada artikel old fashioned baby names untuk nama klasik yang cantik. Selain itu, kategori baby names turut mengesyorkan nama Korean, popular baby names, dan inspirasi nama famous world leaders kepada anda. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 21 Maksud Nama Bayi Lelaki Cerdas & Pintar Dalam Islam, Mana Satu Pilihan Ibu?

Baca juga: Idea Nama Baby Girl Dalam Bahasa Jepun, Ala, Comel Sungguh Ya!

Baca juga: Rangkaian Nama Bayi Perempuan Islami Yang Cantik, Sesuai Untuk Si Comel Solehah Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!