Cara Istimewa Untuk Menghangatkan Malam Jumaat Khas Untuk Pasangan Berkahwin
Malam jumaat ini, apa kata anda suami isteri cuba 12 cara istimewa yang ada ini untuk menggoda pasangan? Barulah aksi di ranjang makin panas dan tak dapat dilupakan!
Malam ini malam jumaat? Iyelah, kadang-kadang sebab sibuk sangat menguruskan anak-anak malah dengan rumah lagi, manalah sempat kita nak ingat malam istimewa dan melakukan amalan malam jumaat ini.
Tapi jangan begitu wahai wanita-wanita semua! Antara amalan malam jumaat ni ialah hubungan intim suami isteri. Hubungan intim yang sihat penting untuk menjamin kehidupan rumah tangga yang bahagia.
Kami tahu, anda pasti penat menguruskan anak, kerja rumah dan segala-galanya untuk hari esok. Sampaikan kadang-kadang, tak terfikir langsung tentang malam jumaat atau malam-malam lain.
Tapi, apa kata anda cuba 12 benda yang kami sediakan di bawah ini? Sekali sekala apa salahnya melakukan once-in-a-while sex yang penuh asmara. Barulah anda atau pasangan akan tersenyum sampai ke telinga esok pagi!
12 cara istimewa untuk memanaskan aksi pada malam jumaat
Amalan malam jumaat #1 Buat pada waktu tengahari pun boleh!
Eh, jangan lakukannya sekarang, sekarang kan bulan puasa. Nanti bila dah habis puasa ya. Walaupun namanya dikenali sebagai “malam jumaat”, namun ia tak bermaksud anda kena berasmara pada malam hari saja. Kalau jadual anda dan suami berbeza, apa kata kalian cuba berasmara pada waktu tengahari?
Kajian pakar mendapati pukul 3 petang adalah waktu yang terbaik untuk berhubungan seks! Jadi selepas tidurkan anak itu, suruh laki anda balik sekejap dan ehem!
Amalan malam jumaat #2 Goda pasangan sepanjang hari
Goda pasangan sepanjang hari adalah sebahagian daripada foreplay yang boleh meningkatkan mood, tau! Jadi, cuba hantar mesej flirty pada pasangan satu hari ini.
Cakap yang anda tidak sabar untuk pulang ke rumah malam jumaat nanti. Pasti pasangan akan dapat memahami klu anda itu. Sambil bermesej, sambil bertukar-tukar kenakalan 😛
#3 Memakai wangian dan pakaian yang cantik
Buat apa nak pakai lawa-lawa jika hanya duduk di rumah saja pun pada malam jumaat? Ha… anda sebenarnya salah! Mengeluarkan effort untuk melaram (walaupun sedikit saja) tidak salah.
Malah, ia boleh mencipta mood. Apa yang paling best, nanti kalian sendiri yang akan tanggalkan baju itu satu persatu. Tips tambahan: Jangan tanggalkan pakaian dalam 😛
Goda pasangan malam jumaat #4 Jangan tertekan untuk rasa puas
Jika pasangan tidak tahan lama, ataupun anda tidak berasa puas, janganlah tertekan. Sebaliknya, cuba nikmati proses keintiman ini perlahan-lahan.
#5 Cuba fantasi baru yang anda ingin cuma
Seks pada malam jumaat tak semestinya kena dalam posisi yang biasa anda buat itu saja! Cubalah posisi-posisi yang anda belum pernah cuba pula.
Apa kata anda cuba posisi ini untuk tampil lebih seksi depan pasangan (bagi wanita), atau posisi ini untuk bertahan lebih lama ketika bersetubuh (bagi lelaki).
#6 All out!
Kalau anda sibuk dan hanya ingin quickie, jangan lupa untuk mengeluarkan semua tenaga dan nafsu anda itu dalam satu posisi yang selesa dan memuaskan.
Kalau nak buat love bite banyak-banyak pun tak mengapa!
#7 Fokus
Apabila anda ingin bersetubuh dengan pasangan selepas ada anak ini, kadang-kadang macam benda anda fikir, kan? Tapi sekarang anda kena ubah perangai itu.
Fokus pada pasangan! Jangan terfikir sama ada baby okay ke tak, ataupun anda sudah basuh pinggan atau belum. Semua itu tidak penting sekarang!
#8 Pakai minyak pelincir
Kalau anda ingin cuba posisi yang baru pada malam jumaat ini, jangan lupa untuk memakai minyak pelincir, ya! Mana tahu ada sesetengah posisi yang mendatangkan ketidakselesaan pada pasangan ke.
Kalau anda mahu quickie, mungkin kalian takkan sempat melakukan foreplay, jadi lebih baik pakai lubricant.
#9 Cuba posisi-posisi baru
Ada hampir 99 cara bersetubuh ala Kamasutra yang kami telah sediakan pada anda. Kenapa masih dengan posisi lama itu? Pasangan pun pasti sudah bosan.
Jadi jom cuba salah satu daripada 99 cara bersetubuh ala Kamasutra ini? Barulah “lain macam sikit” malam jumaat anda 😛
#10 Guna permainan dan prop
Kalau anda dan pasangan jenis yang kinky dan suka mencuba atau membawa pelbagai mainan seks ke ranjang, jangan lupa bawa permainan yang berbeza malam ini, ya!
#11 Jangan buka semua baju
Sebenarnya, cara ini kadang-kadang lebih seronok berbanding terus berbogel bulat. Lagipun, jimat sikit masa anda daripada kena buka semua baju!
#12 Curi-curi di sekeliling rumah
Anda juga tidak terikat untuk mencuba aksi di malam jumaat dalam bilik tidur saja. Kalau anak-anak sudah tidur, apa kata anda cuba beraksi dalam bilik dobi, takpun dalam bilik air! Di ruang tamu pun tidak salah.
Yang penting… jangan sampai terkantoi dengan anak sudah!
Ha… apa macam? Berguna tak 12 tips ini untuk memanaskan aksi anda di ranjang malam jumaat ini? Kami harap perkongsian ini berguna 😉
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rapatkan Hubungan Suami Isteri Dengan Cari Titik G-Spot Ini