Suami Minat DIY? Ingatkannya Elak Guna Grinder Untuk Potong Kayu Kalau Sayang Jari
Memang malang tak berbau.Seorang doktor kongsikan, antara punca orang hilang jari adalah kerana terkena mesin pencanai atau grinder.
Bak kata orang kalau nak jadi, jadi juga. Menurut pepatah, malang tak berbau, tetapi sebagai manusia yang punya akal fikiran, kita sendiri perlu cakna terhadap sebarang tindakan yang diambil sama ada ia merbahaya atau sebaliknya.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makin ramai yang tahu mereka ada bakat terpendam, ada yang tiba-tiba keluar bakat pandai menanam, ada yang tiba-tiba keluar bakat pandai bertukang, malah boleh dijadikan sumber pendapatan pula.
Dalam kita berusaha mencari sumber pendapatan, keselamatan diri haruslah dititik beratkan dan menjadi keutamaan kerana jika berlaku kemalangan boleh jadi kita akan kehilangan keupayaan seumur hidup.
Malang tak berbau, tapi kita juga perlu peka
Seorang doktor, Dr Kamarul Arifin Nor Sadan, berkongsi pengalamannya selama menjadi doktor, antara punca orang hilang jari adalah kerana terkena mesin pencanai atau grinder. Terutamanya apabila menggunakan mesian itu untuk memotong bahan berasaskan kayu.
“Kena grinder? Potong kayu? Dah agak dah…”
Selama saya jadi doktor, antara punca yang kerap menyebabkan orang kehilangan jari adalah terkena mesin pencanai(grinder). Terutamanya bila gunakan mesin itu untuk potong kayu.
Nasihat saya, tak usah guna mesin pencanai untuk potong kayu. Ya, memang ada mata pemotong kayu yang dijual di kedai, untuk digunakan pada mesin pencanai, tapi ia tak patut digunakan.
Jari putus, tangan bersepai, lengan robek, peha terbelah
Doktor itu turut mendedahkan, angkara grinder peristiwa mengerikan dilihat seperti jari terputus, tangan bersepai, lengan robek, peha terbelah, muka sopak, dan banyak lagi kecederaan lain.
Angkara salah guna mesin pencanai ini, saya dah lihat jari terputus, tangan bersepai, lengan robek, peha terbelah, muka sopak, dan banyak lagi kecederaan lain. Ngeri bila bayangkan semula.
Ada juga kehilangan nyawa
Katanya ada juga yang kehilangan nyawa. Jadi beliau menasihatkan wanita di luar sana, atau sesiapa saja yang mempunyai suami atau ahli keluarga yang minat DIY atau buat kerja pertukangan, supaya elak guna grinder untuk memotong kayu.
Memang ada disediakan mata untuk potong kayu, tetapi ia tidak sesuai sebenarnya!
Ada juga yang kehilangan nyawa.
Mesin pencanai ni berputar pada RPM (putaran per minit) yang sangat tinggi. Semasa potong kayu, risiko untuk kayu melenting(kick back) sangat tinggi, terutamanya jika kayu tidak dipegang kemas.
Apabila kayu melenting, mesin pencanai boleh melantun dan terkena anggota si pemotong. Jika kayu pun boleh dipotong, bayangkan jika terkena tubuh badan kita. Memang nahas jawabnya.
Jadi, tak usah gunakan mesin pencanai ni untuk potong kayu. Walaupun ada guna pemegang khas atau pelindung mata pemotong, tetap berbahaya untuk potong kayu.
Jika nak potong kayu, sila gunakan mesin yang direka khas untuk memotong kayu, contohnya: circular saw, jig saw dan gerjaji tangan (hand saw). Utamakan keselamatan diri.
Mohon tuan-tuan yang bertukang secara profesional atau DIY, agar elakkan guna mesin pencanai untuk nemotong kayu. Mohon puan-puan ingatkan pada suami tentang hal ini juga.
Mohon panjangkan pada lebih ramai orang.
5 aktiviti produktif isi masa lapang
#1. Bertukang
Ramai yang ada bakat bertukang, tetapi kerana terlalu sibuk mereka tak sempat explore bakat yang ada. Ia boleh jadi terapi untuk anda untuk mengisi masa lapang. Lebih untung jika boleh tambah pendapatan sampinga.
#2. Berkebun
Siapa kata berkebun hanya untuk orang tangan sejuk saja. Banyak kita dengar ramai yang memberi alasan tangan mereka panas. Cuba dulu baru anda tahu. Betul tekniknya, mungkin anda tak perlu lagi beli sayur-sayuran di pasar.
Selain itu, anda juga boleh cuba tanam pokok hiasan hidup dalam rumah, rumah segar pasti anda lebih segar.
#3. Menyiapkan kerja 2-minit
Kerja 2 minit telah diperkenalkan oleh David Allen, pengarang ‘Getting Things Done’. Kita semua ada kerja kerja yang kecil, tetapi sukar untuk memberi keutamaan yang lebih penting untuk disiapkan.
Ia sama ada menghantar e-mel DAN menyusun semula jadual anda. Apa sahaja tugas itu, selagi anda boleh mendapatkan ia dilakukan dalam masa 2-minit (atau lebih), buatlah senarai tugas-tugas ini lebih awal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Kamarul Arifin Nor Sadan, gloviss
Baca juga: