Tak Sangka Jantung Pisang Juga Disarankan Ketika Hamil! Ini 5 Sebabnya

lead image

Jantung pisang bukan hanya mengandungi vitamin, malah ia juga mempunyai manfaat lain yang mungkin kita tak tahu sebelum ini!

Anda tahu tak manfaat jantung pisang untuk ibu hamil? Sebab ramai yang kata ia sangat bagus diamalkan semasa mengandung dan sangat digalakkan. 

Semasa mengandung, ibu disarankan mengambil makanan yang kaya dengan sumber seperti vitamin, mineral dan zat yang lain bagi membantu perkembangan janin yang sihat.

Bila bercakap tentang makanan yang baik untuk ibu hamil, antara yang sering disebut adalah ikan salmon, buah-buahan, bijirin dan sebagainya. 

Namun sebenarnya ada satu makanan yang anda terlupa nak senaraikan walhal ia mengandungi manfaat yang sangat berguna untuk kehamilan anda. Makanan yang dimaksudkan itu adalah jantung pisang. 

Apakah manfaat jantung pisang untuk ibu hamil. Berikut adalah alasan lanjut berkaitannya. 

5 Manfaat Jantung Pisang Untuk Ibu Hamil 

#1. Manfaat jantung pisang – Kurangkan morning sickness 

manfaat jantung pisang, kelebihan jantung pisang, kelebihan makan jantung pisang, manfaat jantung pisang semasa hamil, jantung pisang untuk ibu hamil, jantung pisang, ulam jantung pisang, amalkan makan jantung pisang

Gejala kehamilan yang sering menghantui ibu hamil adalah rasa mual di pagi hari yang dikenali dengan  morning sickness.

Jadi, sekiranya ibu hamil mengamalkan makan jantung pisang ia dapat mengurangkan gejala dan ketidakselesaan ini sepanjang kehamilan anda. 

#2. Manfaat jantung pisang – Mengurangkan rasa kram 

Ibu hamil juga tak dapat lari dari masalah perut kram ketika hamil terutama saat berada di trimester pertama kerana janin masih berkembang. Namun, jika makan jantung pisang ia dapat meredakan masalah itu. 

Ini kerana, jantung pisang memiliki sejumlah kalium yang dapat bantu pelepasan hormon progesteron yang dapat mengurangi aliran darah yang laju di sekitar rahim. 

#3. Meningatkan produksi susu badan 

Kadang-kadang ada ibu yang buntu apabila susu badan berkurang dan sebagainya tapi dengan makan jantung pisang ia dapat membantu masalah anda itu seterusnya dapat menghasilkan susu yang lebih banyak. Cubalah mana tahu ia berkesan pada tubuh anda! 

#4. Mencegah masalah anemia atau kurang darah 

manfaat jantung pisang, kelebihan jantung pisang, kelebihan makan jantung pisang, manfaat jantung pisang semasa hamil, jantung pisang untuk ibu hamil, jantung pisang, ulam jantung pisang, amalkan makan jantung pisang

Selain itu, manfaat jantung pisang semasa hamil juga adalah dapat mengurangkan masalah zat besi pada tubuh kerana ia adalah sumber yang sangat diperlukan selama mengandung. 

Bagi memenuhi keperluan zat besi ibu, maka anda disarankan untuk makan jantung pisang. 

#5. Melancarkan pencernaan 

Ada juga ibu hamil yang mengalami masalah sembelit dan pembuangan air besar tapi dengan makan jantung pisang ia dapat melancarkan pencernaan serta pembuangan air besar jadi lebih mudah. 

Meskipun ia mempunyai banyak manfaat namun ibu harus menyediakannya dengan baik seperti membasuhnya dengan bersih dan masak dengan cara yang betul. 

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

5 makanan ini WAJIB diambil ibu mengandung untuk terus berpuasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!