Bubur kacang hijau ada banyak kebaikan untuk bayi anda! Ini cara buatnya

lead image

Ramai yang tak tahu kacang hijau banyak manfaatnya. Jom tengok apa manfaat kacang hijau untuk bayi dan resepi bubur kacang hijau untuk bayi anda.

Adakah anda merasakan yang anak anda tak berkembang dengan cepat? Jika ya, anda perlu cuba beri mereka kacang hijau. Ada banyak manfaat kacang hijau untuk bayi tahu!

Tak percaya? Jom kita lihat 4 manfaat kacang hijau untuk bayi seperti di bawah ini. Pasti anda akan excited nak mencuba resepi bubur kacang hijau pula selepas itu.

#1 Manfaat kacang hijau untuk bayi: Membantu perkembangan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/5a8f6cbb8677f118601ecd67.jpg Bubur kacang hijau ada banyak kebaikan untuk bayi anda! Ini cara buatnya

Kacang hijau mengandungi vitamin A, C, E, K dan B-6. Vitamin-vitamin ini dapat membantu kesihatan anak anda.

Seperti contoh, vitamin A adalah baik untuk kesihatan mata mereka. Selain itu, kacang hijau juga mempunyai sumber protein sebanyak 20-24%.

Kacang hijau juga mengandungi zat besi yang dapat mengurangkan risiko anemia pada anak anda.

#2 Manfaat kacang hijau untuk bayi: Tak mudah sakit

Kacang hijau mengandungi flavonoid yang berperanan sebagai pencegah mikro dan keradangan.

Kandungan ini boleh menjaga sistem imunisasi anak anda dengan melawan bakteria dan virus yang masuk ke dalam badan mereka. 

#3 Manfaat kacang hijau untuk bayi: Menambah kecergasan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/rebenok v kartonnoy korobke 768x557.jpg Bubur kacang hijau ada banyak kebaikan untuk bayi anda! Ini cara buatnya

Kacang hijau juga mengandungan asid folik yang dapat membantu menguatkan daya ingatan anak anda. Asid folik juga pentung untuk membantu perkembangan otak si manja anda.

#4 Manfaat kacang hijau untuk bayi: Menguatkan tulang dan gigi

Kacang hijau juga mempunyai kalsium dan fosforut, mineral yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi anak anda.

Manfaat kacang hijau untuk bayi: Resepi bubur kacang hijau

Bila dah tahu manfaat kacang untuk bayi ini pasti ana tak sabar nak berikan kacang hijau untuk anak anda kan?

Tapi kalau bayi anda baru saja berusia 6 bulan atau belum cukup setahun tak kan nak bagi bubur kacang hijau yang bergula pula kan?

Jangan risau! Ini adalah resepi bubur kacang hijau untuk bayi yang sihat dan sudah tentunya tanpa gula!

Bahan-bahan:

  • Segenggam kacang hijau
  • 400 ml air
  • 250 ml jus epal
  • 10 sudu susu formula
  • 1 lobak dipotong dadu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/Bubur Kacang Hijau 730x430.jpg Bubur kacang hijau ada banyak kebaikan untuk bayi anda! Ini cara buatnya

Cara memasak:

  • Sangai (masak tanpa minyak) sehingga masak, kemudian tumbuk dan ayak.
  • Rebus lobak dan ambil air rebusan
  • Campurkan air rebusan, jus epal dan kacang hijau yang dah diayak dan gaul hingga rata.
  • Masakkan adunan ke atas api hingga mendidih dan masukkan susu formula sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Angkat dan hidangkan pada bayi anda.

Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resepi ini dan lihat perubahan pada perkembangan anak anda. 

Lagi satu, kacang hijau juga dikatakan boleh merangsang pertumbuhan sel dan tubuh terutamanya di kulit kepala. Wah, lepas ini makin cepatlah rambut si kecil ini tumbuh!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Awalsehat

Baca juga:

Resepi puri pisang yang lazat bersama campuran buah-buahan segar – baby pasti suka!