8 Manfaat Kurma Jika Dimakan Ketika Anda Hamil

Kurma ada pelbagai manfaat untuk kesihatan ibu hamil dan janin dalam kandungan jika ia dimakan ketika ibu sarat mengandung. Jom tengok apa khasiatnya.

Seperti ramai yang tahu, kurma merupakan makanan sunnah yang sering diperkatakan tentang khasiatnya.

Khasiatnya tidak terhad kepada peringkat umur, jantina mahupun keadaan seseorang.

Kali ini, mari kita lihat manfaat kurma bagi wanita hamil pula.

Makan kurma ketika hamil, adakah ia selamat?

Bukan sahaja ia selamat untuk wanita hamil, malah ia juga bermanfaat untuk kesihatan.

Kurma adalah sumber tenaga yang paling cepat untuk badan.

Ini kerana kurma mempunyai gula fruktosa yang sangat cepat memecah dan membekalkan tenaga tanpa perlu mengubah kandungan gula di dalam darah.

Apakah manfaat kurma jika ia dimakan oleh wanita hamil?

8 Manfaat Kurma Jika Dimakan Ketika Anda Hamil

Seperti yang kita tahu, kurma sangat tinggi dengan protein, serat dan vitamin

Jadi bagaimana kurma memberi manfaat kepada wanita hamil?

Berikut adalah 8 manfaat yang diperoleh jika anda makan kurma ketika hamil:

  1. Memberi tenaga – fruktosa di dalam kurma membekalkan tenaga tanpa memberi kesan terhadap kandungan gula di dalam darah.
  2. Menghalang sembelit – kandungan serat yang tinggi membantu mengurangkan risiko sembelit.
  3. Meningkatkan tahap amino asid – kurma ada kandungan protein yang mencukupi untuk membantu tumbesaran bayi.
  4. Mengekalkan keseimbangan air dan garam – kurma juga mengandungi potasium yang membantu mengimbangi kandungan gula dan air dalam badan serta mengurangkan risiko masalah buah pinggang.
  5. Mengurangkan risiko anemia – kandungan zat besi dalam kurma membantu mengekalkan kadar hemoglobin dalam badan.
  6. Mengurangkan risiko kecacatan bayi – kurma juga adalah sumber folat yang mencukupi untuk mengurangkan risiko bayi cacat.
  7. Meningkatkan vitamin K untuk bayi – ibu hamil yang makan kurma membantu meningkatkan kandungan vitamin K yang rendah semasa proses bersalin.
  8. Kesihatan tulang dan gigi bayi – magnesium dalam kurma adalah mineral yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Ia juga membantu mengurangkan risiko buah pinggang dan hati yang tidak normal.

Untuk wanita hamil yang hendak bersalin, kurma akan membantu meningkatkan kadar oksitoksin yang membantu sensitiviti uterus.

Ia juga mempunyai lemak tidak tepu dan tenaga yang menghasilkan prostaglandin yang diperlukan untuk bersalin.

Begitu juga penghasilan serotonon, kalsium dan tannin yang membantu kontraksi!

Kepelbagaian cara makan kurma ketika hamil

Memang diakui ramai yang tidak suka dengan rasa kurma yang dikatakan terlalu manis untuk lidah sesetengah orang.

Namun, berikut adalah beberapa cara lain untuk anda makan kurma ini ketika hamil: 

8 Manfaat Kurma Jika Dimakan Ketika Anda Hamil

  • jus kurma bersama susu badam
  • biskut kurma
  • ais krim kurma
  • puding kurma
  • kek kurma
  • makan bersama salad
  • teh kurma
  • dimakan bersama sup
  • dimakan begitu sahaja

Walaubagaimanapun, setiap apa yang kita makan haruslah dalam kuantiti yang sederhana.

Apa sahaja yang diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan. Namun, kurma yang berlebihan boleh menyebabkan:

  • pertambahan berat yang berlebihan 
  • risiko gestational diabetes
  • kerosakan gigi bagi yang tidak menjaga kebersihan gigi

Sama-sama kita amalkan ia untuk kesihatan diri dan si manja yang ada dalam kandungan, ya?

Sumber: Mmjunction 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Anda mungkin berminat dengan:

https://my.theasianparent.commanfaat-madu-kehamilan/

https://my.theasianparent.comkehebatan-kurma-sebagai-penambah-susu-badan/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!