Mangsa Kes Samun Uber Mengalami Keguguran

Dalam sidang akhbar pada hari Sabtu, 27 Mei, Wong Mei Yan, wanita hamil yang dirompak oleh seorang pemandu Uber dan rakannya, mengumumkan yang dia telah mengalami keguguran, seminggu selepas kejadian itu.

Minggu lalu, seorang wanita hamil telah dirompak oleh seorang pemandu Uber dan rakannya, berhampiran dengan pusat perniagaan One Puchong.

Mengikut laporan polis, wanita itu yang bernama Wong Mei Yan telah memesan perkhidmatan Uber dari Midvalley untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Pada mulanya, Wong tidak sedar terdapat penumpang lain di bahagian hadapan kereta itu, sehingga pemandu mula berbual dengan lelaki tersebut.

Apabila mereka berhampiran dengan One Puchong, lelaki itu telah tiba-tiba mengacu pisau ke arah Wong dan meminta barangan berharga daripadanya.

“Saya berasa takut dan mula menangis. Saya merayu kepada mereka untuk tidak mengapa-apakan saya, kerana saya mengandung,” kata Wong.

Mangsa Kes Samun Uber Mengalami Keguguran

Sumber gambar: The New Paper

Disebabkan bimbang untuk keselamatan diri dan kandungannya, Wong telah menyerahkan semua barang kepunyaannya dan merayu untuk dilepaskan.

Kedua-dua suspek itu telah meninggalkan Wong ditepi jalan selepas mendapatkan semua barangan berharga.

Wong kemudian telah mendapat bantuan dari seorang pengguna jalan raya yang turut telah membawanya ke balai Polis untuk membuat laporan.

Polis cawangan Serdang berjaya menahan suspek yang dipercayai pemandu Uber pada malam itu dan mereka masih mencari suspek kedua yang telah dikenalpasti.

Tetapi pengalaman pahit ini tidak berakhir begitu sahaja. Dalam sidang akhbar pada hari Sabtu, 27 Mei, Wong mengumumkan yang dia telah mengalami keguguran, seminggu selepas kejadian samun itu.

Dia juga telah menyatakan niatnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber atas tekanan emosi dan kerugian akibat kejadian itu.

Bolehkah ibu hamil keguguran akibat stress?

Mangsa Kes Samun Uber Mengalami Keguguran

sumber gambarajah: healthforher.org

 
Apabila kita melihat carta seperti yang di atas, mungkin ramai yang akan mengklasifikasikan stress di golongan “unexplained” atau sebab yang tidak dapat dijelaskan mengapa keguguran boleh berlaku pada awal kehamilan.
 
Sebenarnya, stress telah lama disyaki sebagai salah satu sebab mengapa keguguran boleh berlaku pada awal kehamilan. Tetapi andaian ini tidak disokong oleh bukti yang kukuh. 
 
Sebanyak 20% kehamilan berakhir dengan keguguran dan kebanyakkan mereka disebabkan oleh kromosom janin yang tidak normal  atau masalah pembentukkan embrio.
 
Jika keguguran berlaku semasa trimester pertama kehamilan, ia biasanya disebabkan oleh masalah dengan janin dalam kandungan. Kira-kira tiga daripada empat keguguran berlaku dalam tempoh ini.
 
Jika keguguran berlaku semasa trimester kedua kehamilan, ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan ibu.
 
Sebab-sebab yang boleh menyebabkan keguguran awal berulang termasuk:
 
Mangsa Kes Samun Uber Mengalami Keguguran
  • rahim yang tidak normal
  • tindak balas imun yang mengganggu implantasi
  • ketidakseimbangan hormon
  • masalah pembekuan darah

Tanggapan Salah Mengenai Keguguran

Peningkatan risiko keguguran tidak dikaitkan dengan:

  • keadaan emosi ibu mengandung, contohnya stress atau kemurungan
  • mengalami kejutan atau ketakutan semasa mengandung
  • senaman semasa mengandung – tetapi bincang dulu dengan pakar tentang jenis dan jumlah senaman yang sesuai semasa mengandung
  • mengangkat barang atau berkerja keras semasa mengandung
  • pekerjaan yang melibatkan ibu hamil duduk atau berdiri untuk jangka masa yang panjang
  • melakukan hubungan seks semasa hamil
  • menaiki kapal terbang
  • makan makanan pedas 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!