Suami Kalau Rasa Nak Marah Isteri, Pandanglah Wajah Itu, Dialah Yang Lahir & Buaikan Anak Kita

undefined

Bukan suami saja yang tahu marah, isteri juga boleh jadi singa kalau tengah marah. Namun ketahuilah bahawa setiap pasangan tidak semuanya sempurna dan masing-masing ada kelemahan diri.

Selalu kita dengar, orang kata isteri kalau merajuk itu tanda dirinya sedang marah marah sayang supaya suami datang memujuk.

Manakan tidak, isteri kalau marah mesti siap sekali ada jelingan tajam di hujung ekor matanya. Ia boleh bikin suami tersentak sekejap sambil tertanya-tanya mengapa pandangan isteri terlalu luar biasa.

Tak dinafikan memang ada isteri yang berkelakuan sebegitu atau orang kata selalu naik angin yang mungkin disebabkan perkara-perkara tertentu. Malah itu maknanya si dia sedang betul-betul marah dan ada yang tak kena dengan mereka.

Marah marah sayang dari suami isteri

marah marah sayang

Menurut Amir Zarith, kalau isteri benci sangat untuk tengok wajah suami semasa sedang marah, anda janganlah jeling-jeling tajam kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan.

Jadi apa kata semasa marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok hijau atau warna-warna lembut.

Jangan sesekali pandang warna garang kerana warna ini memainkan peranan penting sewaktu kita sedang berada dalam keadaan marah.

“Ulamak kata, kalau di dalam rumah ada senaskah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran itu dan terus beristighfar. Kemudian ambil wuduk dan nescaya berkuranglah sedikit rasa marah dan syaitan pun akan lari,” katanya.

Marah seorang suami…

Bagaimana pula kalau si suami yang marah?

marah marah sayang

Namun begitu marah marah sayang ini bukan hanya ada pada isteri sahaja kerana suami juga selalu berada dalam keadaan yang sama.

Biasanya kalau suami sedang marah, matanya merah dan pandang tepat ke wajah isteri sambil habis hambur kata-kata kesat yang mungkin boleh merobek hati sang isteri.

Jadi untuk suami, kalau sedang berada dalam keadaan yang sangat marah cuba pandang wajah isteri. Kemudian lihat air mata yang jatuh di pipinya kerana isteri kalau diherdik dengan lantang mereka mudah menangis.

Bayangkan air mata isteri yang mengalir tadi seolah sama di saat dia sedang melahirkan zuriat kita. Betapa sakitnya isteri tatkala itu.

Kemudian lihat tangannya. Di mana tangan itulah yang menghayun buaian dan menjaga anak kita setiap hari tanpa rasa jemu atau rungutan daripadanya.

Percayalah kalau anda buat begini, nescaya kemarahan anda akan reda dan anda boleh cepat-cepat beristighfar.

Suami selalu tendang kerusi kalau marah

Tak kurang juga isteri-isteri ada yang mengadu di Pejabat Agama, yang mana suaminya selalu mengamuk sambil tendang kerusi meja sampai pecah cermin pun ada!

Ini adalah situasi yang sangat berbahaya dan si suami itu perlu mendapatkan kaunseling atau dibawa ke pusat rawatan psikiatri kerana dia boleh membahayakan orang sekeliling.

Ada suami yang tiba-tiba bertukar jadi pendiam

Selain itu, ada juga suami yang mula-mulanya romantik tapi tiba-tiba bertukar jadi pendiam dan tak mahu langsung bercakap.

Hati-hati, ini maksudnya suami sedang berada dalam keadaan marah atau dilanda pelbagai masalah.

Malah ada juga suami yang kalau marah langsung tak mahu sentuh makanan yang isteri hidangkan atas meja.

Kemudian bila selalu makan di luar mulalah ada masalah dalam rumahtangga. Apapun isteri kena selidik dulu sebab mengapa suami selalu jarang makan di rumah.

Kalau suami cerewet atau tak suka apa yang kita masak, ubahlah cara kita memasak mengikut selera tekak dia.

Bagaimana pula marahnya seorang isteri?

marah isteri

Ada isteri yang kalau marah selalu berleter panjang-panjang dari pagi sampai petang. Boleh lenguh telinga kalau dengar.

Walaubagaimanapun, isteri perlu kawal rasa berleter itu kerana Pakar Psikologi berpendapat kalau rasa marah apa yang isteri boleh buat adalah tutup pintu bilik rapat-rapat kemudian jeritlah sekuat hati.

Bila marah anak jadi mangsa

Ini satu lagi sikap isteri yang menakutkan suami di mana kalau marah anak akan jadi mangsa. Walaupun dia geram pada suami tapi terpaksa lepaskan pada anak.

Bayangkan anak kecil mereka dicubit dan dipukul lalu ditengking. Bahkan, anak-anak itu belum kenal apa-apa masalah dalam rumahtangga kita.

Tak cukup dengan itu, isteri ugut suruh suami tidur luar bilik sambil campak bantal atas sofa.

Kalau suami jenis penyabar tak mengapa tapi macam mana kalau suami yang ambil hati dan sebagainya. Ingat suami masih ada lagi kuota untuk tambah bilangan isteri!

Justeru, apa saja sikap dan perangai isteri atau suami terimalah dengan berlapang dada kerana setiap orang dilahirkan tidak sempurna.

Malah kita sendiri ada kelemahan dan keistimewaan masing-masing, sebab itu suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Amir Zarith 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsebab-isteri-marah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!