Jika tak mahu anak ada masalah penglihatan, galakkan mereka bermain di luar

Kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa berjam-jam bermain telefon pintar, komputer dan tablet. Pakar percaya jika kanak-kanak lebih aktif bermain di luar, ini boleh mengurangkan anak itu menghadapi masalah penglihatan!

Ramai kanak-kanak hari ini mula memakai cermin mata pada usia yang awal. Ini menyebabkan pakar semakin bimbang dengan peningkatan masalah penglihatan kanak-kanak di seluruh dunia.

Masalah paling biasa yang dihadapi kanak-kanak hari ini adalah miopia atau lebih dikenali sebagai rabun jauh.

Menurut Chris Hammond, profesor oftalmologi di King’s College London dan pakar pakar bedah mata di hospital St Thomas. 

Masalah ini sudahpun mencapai tahap yang teruk di Asia Timur, Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan, di mana hampir 90% anak berusia 18 tahun sudah rabun jauh.

Apakah yang sebabkan peningkatan masalah penglihatan kanak-kanak ini?

masalah penglihatan kanak-kanak

Annegret Dahlmann-Noor, pakar oftalmologi di Moorfields Eye Hospital di London berpendapat masalah penglihatan kanak-kanak ini disebabkan oleh kekurangan pendedahan kepada cahaya semulajadi.

Kanak-kanak hari ini menghabiskan banyak masa dengan belajar, menggunakan komputer, bermain telefon pintar ataupun tablet. Mereka jarang keluar rumah untuk bermain atau melihat pemandangan hijau serta menikmati udara yang segar.

Selain mata yang jarang berehat, ini juga menyebabkan kanak-kanak kurang terdedah kepada cahaya matahari.

Prof Hammond juga berpendapat kanak-kanak lebih berisiko jika mereka terdedah kepada pendidikan yang intensif dari usia yang muda. Ataupun mereka yang ketagih dengan tablet atau komputer dan jarang keluar rumah.

Cara terbaik untuk menangani masalah penglihatan kanak-kanak

Perlukah ibu bapa mengawal penggunaan tablet dan telefon pintar anak? Cakap saja senang, bukan? Tapi sebagai ibu bapa kita pun tahu mereka tidak akan menyerahkan tablet mereka dengan begitu senang.

Jadi apa pula jalan penyelesaian yang seterusnya? Menurut pakar, cara yang lebih baik ialah dengan menggalakkan kanak-kanak untuk keluar bermain, dari membiarkan mereka terperangkap di rumah.

Aktiviti bersukan dan beriadah boleh membantu penglihatan kanak-kanak,” kata Prof Hammond.

Kalau boleh cuba luangkan masa sebanyak 2 jam sehari, sepanjang minggu dan juga pada hujung minggu untuk beriadah bersama keluarga.

masalah penglihatan kanak-kanak

Ibu bapa tidak perlu pergi terlalu jauh pun. Jika anda kesuntukkan masa, taman perumahan berdekatan sudahpun memadai.

Yang paling penting, anak dapat menikmati pemandangan luar yang hijau, merehatkan mata mereka dan mendapatkan udara segar.

Prof Hammond memberi contoh kajian yang telah dilakukan di Sydney, Australia di mana hanya 3% kanak-kanak didapati rabun jauh pada usia 6 tahun, berbanding dengan 30% kanak-kanak pada usia yang sama di Singapura.

Gaya hidup kanak-kanak Australia selalu digalakkan untuk bermain di luar dan terdedah kepada cahaya matahari adalah sebab utama untuk perbezaan yang besar ini.

Apabila anak lebih aktif bermain di luar, ini secara tidak langsung akan mengurangkan peluang mereka selalu bermain tablet dan menjaga kesihatan mata mereka.

Tapi bukan itu saja, diet anak penting juga!

Jika tak mahu anak ada masalah penglihatan, galakkan mereka bermain di luar

Dr Dahlmann-Noor berkata diet juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan mata sekeluarga.

Makanan yang sihat sangat penting untuk mengelak masalah penglihatan kanak-kanak. Nutrien seperti asid lemak omega-3, vitamin A, C dan E semuanya baik untuk mata.

Jadi pastikan anak diberi ikan berminyak, alpukat dan sayur-sayuran berdaun hijau sebanyak mungkin.

“Vitamin tambahan kanak-kanak yang khas untuk perkembangan otak, juga sebenarnya baik untuk mata.

Dr Dahlmann juga menyarankan ibu bapa membawa anak mereka untuk pemeriksaan mata tahunan.

Bagaimana untuk mengetahui anak rabun jauh?

Tanda-tanda anak anda mungkin rabun jauh termasuk:

  • mengalami kesukaran untuk membaca papan putih/papan hitam
  • selalu duduk dekat dengan televisyen
  • selalu mengadu sakit kepala atau mata yang letih
  • kerap menggosok mata

Apabila seseorang rabun jauh, bentuk mata mereka sudahpun berubah menjadi lebih panjang. Apabila pancaran cahaya sampai di hadapan retina, di belakang mata, objek yang jauh akan kelihatan kabur, tapi objek rapat kelihatan jelas.

 

 

 

 

Sumber: BBC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 

5 Ciri-Ciri Yang Menunjukkan Anak Anda Akan Jadi Tinggi Bila Besar Nanti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!