Cara Mengatasi Masalah Sembelit Bayi

lead image

Sembelit adalah perkara biasa dan terdapat banyak faktor yang menyebabkannya.

Bayi boleh mengalami sembelit bila mula makan makanan pejal, iaitu setelah umur 6 bulan dan ke atas.

Kebiasaannya, bayi 6 bulan dan ke bawah jarang sembelit jika sepenuhnya diberi susu badan. Susu badan tidak dikira sebagai "hampas " yang boleh menyebabkan sembelit kerana nutrien diserap sepenuhnya.

Jika bayi mula diberi makanan pejal, kemungkinan besar bayi boleh terkena sembelit.

Antara punca bayi boleh terkena sembelit ialah:

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/shutterstock 193854119 1 300x199.jpg Cara Mengatasi Masalah Sembelit Bayi

  • Usus yang terkejut kerana diberi makan makanan pepejal. Untuk permulaan, usus bayi harus dilatih untuk diberi makanan separa pejal seperti bijirin yang kaya serat ataupun puri buah yang dibuat sendiri. Bayi tidak sesuai diberi bubur nasi kerana ia kurang serat dan tinggi dengan kanji.
  •  Bayi yang telah diberi makanan pejal harus diberi minum air secukupnya untuk proses penghadaman dan perkumuhan yang effektif.
  •  Tidak mengikuti arahan pembancuhan susu formula.
  •  Masalah di dalam sistem perkumuhan bayi.

Tanda-tanda bayi terkena sembelit ialah:

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2016/08/shutterstock 406644775 1 300x199.jpg Cara Mengatasi Masalah Sembelit Bayi

  • Najis bayi berketul-ketul dan keras.
  •  Kurang membuang najis.
  •  Mengalami masalah kembung perut.
  •  Bayi sakit dan perlu menggunakan daya untuk membuang air besar.

Cara untuk mengatasi masalah bayi sembelit:

  •  Membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh.
  •  Banyakkan melakukan aktiviti fizikal, seperti merangkak.
  •  Urut perut bayi dengan pergerakan bulatan mengikut pusingan jam 30 kali dalam beberapa minit.
  •  Tambah serat dalam makanan bayi
  •  Berikan bayi jus buahan, tetapi tidak digalakkan diberikan selalu pada bayi kerana takut menjejaskan pengambilan susu.
  •  Meningkat pengambilan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Berikan bayi air masak yang lebih ketika cuaca panas.

Jika langkah-langkah di atas tidak berkesan, ibu dan bapa boleh cuba untuk berikan bayi "lactul solution" yang boleh dibeli di farmasi.

Jika pemberian Lactul Solution juga tidak berkesan, ibu bapa harus membawa anak berjumpa pakar dan jangan sesekali cuba untuk berubat sendiri, tanpa nasihat doktor.

Sembelit adalah perkara biasa dan terdapat banyak faktor yang menyebabkan sembelit.

Perhatikan anak anda dan jumpalah pakar doktor jika keadaan mereka menjadi serius ya!