Masalah tiroid lebih cenderung terjadi pada wanita, hati-hati dengan 12 tanda ini!

lead image

Ramai orang yang masih tidak peka tentang masalah tidoid yang mereka alami terutamanya wanita. Ini 12 tanda masalah tiroid yang anda perlu perhatikan.

Masalah tiroid telah menakutkan ramai golongan wanita pada setiap peringkat umur. Ini kerana, wanita adalah lima kali lebih cenderung untuk mengalami gangguan tiroid berbanding lelaki. Tapi, masih ramai lagi wanita yang memilih untuk tidak mengambil tahu tentang masalah ini.

Apa itu kelenjar tiroid?

Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di hadapan leher anda dan ia menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan.

Jika tiroid anda tidak berfungsi secara normal, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan anda kerana ia memainkan peranan penting untuk memastikan anda kekal sihat.

Jadi, penting untuk anda tahu bagaimana untuk mengesan tanda-tanda masalah tiroid.

Bagaimana untuk mengesan masalah tiroid? Lihat 12 tanda-tanda ini!

1. Sentiasa penat

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Kelenjar tiroid anda biasanya akan mengawal metabolisma yang memberi kesan pada berat badan dan tenaga anda.

Jika kelenjar tiroid tersebut tidak berfungsi, anda mungkin akan cepat merasa letih walaupun mendapat tidur yang cukup.

2. Perubahan emosi

Apabila kelenjar tiroid anda terlebih atau terkurang menghasil hormon yang diperlukan untuk megawal metabolisma, anda akan mengalami perubahan emosi, kebimbangan atau lebih teruk lagi, kemurungan.

Hati-hati dengan tanda ini!

3. Sembelit

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Tiroid yang kurang aktif telah ditemui antara penyebab sembelit. Tapi, tiroid yang terlebih aktif pula akan menyebabkan anda cirit-birit sepanjang hari.

4. Berpeluh tanpa sebab

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Badan akan menjadi keliru apabila tiroid tidak menghasilkan hormon yang cukup untuk mengawal pengeuaran tenaga dan akan menyebabkan anda berpeluh tidak mengira masa.

Anda mungkin akan merasa panas apabila berada di bilik yang sejuk.

5. Masalah berat badan

signs of thyroid trouble

Kenaikan berat badan selalu dikaitkan dengan tiroid yang kurang aktif, ia adalah gejala biasa bagi masalah tiroid.

Jangan biarkan berat yang anda tengok di penimbang merisaukan anda, kerana mengira peratus lemak lebih tepat untuk tahu ukuran sebenar berat badan anda..

6. Perubahan selera makan

signs of thyroid trouble

Tanda lain bagi masalah tiroid termasuklah perubahan apabila anda merasa makanan. Apabila badan anda tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, ia tidak boleh menghantar isyarat yang tepat pada nutrisi yang diperlukan.

7. Rambut gugur

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Menurut Pengasas Tiroid British, jika anda sudah menunjukkan yang anda mengalami masalah tiroid, anda akan mengalami masalah keguguran rambut.

Ini terjadi kerana badan anda keliru dan mula menghantar sumber ke bahagian tubuh badan yang salah.

8. Sakit badan

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Gangguan tiroid boleh menyebabkan kesakitan lebih-lebih lagi jika anda mengalami arthritis kerana tiroid yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih teruk.

Sakit yang lain termasuklah sakit otot. Dalam beberapa kes, sakit boleh menjadi lebih teruk di kawasan leher tempat letaknya tiroid.

9. Ketulan di bahagian leher

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Jika anda mula merasa ketulan di bahagian leher, ini mungkin tanda masalah tiroid. Anda patut periksa kerana ia mungkin hanya goitre, tiroid besar tetapi normal atau ia mungkin adalah kelenjar limfa.

10. Kulit kering

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Jika anda mengalami tiroid yang kurang aktif, ia boleh menyebabkan badan anda tidak berpeluh dengan cukup.

Jika kulit anda kekurangan pelembab, ia akan mengakibatkan kulit kering, bersisik atau gatal.

11. Tekanan darah tinggi

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Sama ada tiroid anda menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit, ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

Walaubagaimanapun, menurut Persatuan Jantung Amerika, kajian lanjut diperlukan untuk mengetahui apa penyebab sebenar kenaikan tekanan darah.

12. Perubahan kitaran haid

masalah tiroid, gangguan tiroid, ketulan di leher, tanda sakit tiroid, kelenjar tiroid

Tanda lain masalah tiroid adalah termasuk perubahan mendadak pada kitaran haid, walaubagaimanapun, ini bukan penyebab utama kepada penghasilan hormon tiroid.

Apa yang perlu anda lakukan

Pertama sekali, jumpa dengan pakar untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Jangan tentukan sendiri selepas membaca tentang gejala masalah tiroid di forum atau internet.

Tanda-tanda ini juga sama dengan masalah kesihatan yang lain. Hanya doktor yang berkelayakan sahaja dapat memberikan jawapan yang tepat dan dapat menyediakan rawatan yang tepat untuk anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Singapore

Baca juga:

Jenis darah anda boleh jadi penyumbang kepada 5 masalah kesihatan ini!