Ibu Ini Masih Menyusu Badan Anaknya Berumur 6 Tahun - Dia Ada Alasannya!
Jom baca mengapa ibu ini masih menyusukan anaknya yang sudah berumur 6 tahun! Dia ada sebab mengapa dia masih membenarkan anaknya itu untuk menyusu badannya.
Denise Sumpter yang masih menyusukan anak perempuannya, Belle, yang berumur 6 tahun berkata, dia akan terus melakukannya sehingga Belle memutuskan sudah tiba masanya untuk berhenti.
“Saya akan menyusukan Belle selagi dia memintanya,” ibu berusia 44 tahun itu memberitahu Daily Mail.
Denise masih memberi susu badan kepada anaknya yang berusia 6 tahun dan 18 bulan
Belle bukan hanya bergantung kepada susu Denise sahaja. Gadis kecil ini akan menyusu dua kali sehari ataupun seminggu sekali.
Kadang-kadang dia akan menyusu bersama adiknya, Beau, yang berusia 18 bulan.
Pada masa yang lain, dia akan menyusu untuk meluangkan masa bersama ibunya.
“Saya tidak fikir ia adalah suatu perkara yang pelik. Saya memberi makan kepada kedua-dua anak saya atas permintaan mereka,” kata Denise.
Denise, seorang pelajar PhD dalam pengajian sains kuno di London, memberi kredit “susu mama” Denise kepada semangat anak-anaknya.
Hasil menyusu badan – Imun badan anaknya kekal kuat dan sukar jatuh sakit
Dia berkata:
“Anak-anak saya tidak jatuh sakit. Beau pernah sakit pada suatu hari dan kerana saya menyusuinya dia kembali sihat dalam masa 24 jam. Saya telah melalui perkara yang sama dengan Belle. Jika mereka berasa tidak tenang, ia dapat menenangkan mereka. Ia membantu mereka tidur. “
Walaupun kita tidak boleh mengatakan dengan pasti bahawa susu ibulah yang telah menyembuhkan penyakit anaknya, tetapi American Academy of Pediatrics telah mengatakan terdapat banyak faedah penyusuan untuk kanak-kanak dan juga para ibu.
Terima reaksi negatif dari orang sekeliling
Walaubagaimanapun, tidak semua orang bersetuju dengan keputusan Denise untuk menyusukan anaknya untuk tempoh masa yang lama.
“Saya pernah menerima komen yang ganjil daripada saudara-mara yang akan mengatakan ‘Dia dengan topik susu badan dia lagi!'”
Dia juga tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa Belle terlalu bergantung kepadanya.
“Mereka berfikir dengan menyusu badan kepada Belle untuk tempoh masa yang agak lama akan membantutkan keyakinan si kecil itu. Tetapi Belle sangat berdikari!” katanya kepada Daily Mail.
“Guru-gurunya mengatakan dia matang untuk umurnya. Jika anda bertanya kepada saya lima tahun lalu, saya tidak pernah terfikir yang saya masih akan menyusukan Belle. Tetapi, ia telah menjadi salah satu perkara yang terbaik yang saya pernah lakukan untuk keluarga saya.”
Denise mengatakan bahawa anak perempuannya memahami bahawa dia bukan seperti kanak-kanak yang biasa.
Bagi Denise, menyusu badan itu perkara semulajadi
Menurut Daily Mail, dia anak sulung yang masih lagi menyusu badan di UK. Tetapi, bagi Belle, ia terasa seperti sesuatu yang semulajadi, bukannya pelik.
“Apabila saya berhenti menyusukan Belle, saya akan berasa sedih tetapi ia adalah satu proses semulajadi. Gigi susunya akan keluar tidak lama lagi dan saya rasa dia tidak akan menyusu badan lagi. Tetapi dia boleh mengambil masanya.”
Tentang anak keduanya Beau, Denise bercadang untuk menyusukan dia selama yang boleh seperti yang dia lalui bersama Belle, dengan syarat bahawa ia adalah apa yang dia mahu.
“Suatu hari ketika Beau berada di tempat permainan, dia telah mengambil sebuah botol mainan dan tidak tahu apakah itu. Saya berbangga dengannya.”
Rencana diterjemah daripada Daily Mail.
Gambar-gambar dipetik daripada laman Daily Mail.