Comelnya Ada Mata Macam "Princess Disney", Hakikatnya Ia Penyakit Axenfeld Rieger!

lead image

Keunikan mata besar membuatkan kanak-kanak perempuan ini seperti Princess dalam kartun Disney. Tapi tahukah anda saiz matanya yang unik itu sebenarnaya ada kaitan dengan Sindrom Axenfeld Rieger?

Baru-baru ini, gambar seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun tular di media sosial kerana dia mempunyai mata besar yang sangat cantik dan ramai yang memujinya. 

Namun sebenarnya, mata besar itu ada kaitan dengan Sindrom Axenfeld Rieger iaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata. 

Pasti anda salah seorang yang kurang  familiar bila dengar nama sindrom ini, kan? Saya juga pertama kali mendengarnya. Oleh sebab itu, jom kita cungkil apa yang dikatakan sebagai Sindrom Axenfeld Rieger ini. 

Miliki mata besar, kanak-kanak perempuan ini sebenarnya menghidap Sindrom Axenfeld Rieger 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Dm sJWsWwAAxEvW.jpg Comelnya Ada Mata Macam Princess Disney, Hakikatnya Ia Penyakit Axenfeld Rieger!

Pertama kali menatap wajah comel Mehlani Ramirez, memang semua orang terpegun dengan bentuk matanya yang sangat cantik dan membuatnya seperti “Princess” dari animasi Disney.

Namun, walaupun ramai yang puji kecantikan matanya, tapi ibu kanak-kanak ini – Karina bimbang jika anaknya akan dibuli apabila masuk ke prasekolah kelak kerana keadaan saiz mata yang kelihatan berbeza. 

Oleh itu, Karina memuat naik gambar Mehlani di Twitter dan meluahkan kebimbangan hatinya tentang masa depan anaknya nanti. 

Netizen beri komen positif tentang mata besar anak ini

Setelah memuat naik gambar anaknya di Twitter, ramai netizen memberi pujian tentang bentuk matanya.

Tak kurang juga berkongsi gambar anak mereka yang ada masalah sama. Malah menurut Karina, pada lima bulan pertama, Mehlani perlu menjalani prosedur pembedahan.

Hal ini kerana mata Mehlani mengalami tekanan dan kerosakan akibat beberapa bahagian tubuhnya berkembang secara tidak normal. Dia harus menjalani pembedahan bagi menggantikan bahagian tubuh tersebut.

Apa itu Sindrom Axenfeld Rieger? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Dm sJXCXsAMJelA.jpg Comelnya Ada Mata Macam Princess Disney, Hakikatnya Ia Penyakit Axenfeld Rieger!

Sindrom Axenfeld Rieger adalah penyakit genetik yang diwarisi keluarga dan ia boleh mengganggu pertumbuhan mata.

Terdapat tiga kategori utama sindrom ini tapi ia mempunyai sebab-sebab yang berbeza dan dirawat berdasarkan gejala yang dialami. 

Sindrom yang dialami pesakit Sindrom Axenfeld Rieger

  • Anak mata kelihatan terpesong sedikit dari mata tengah
  • Anak mata bersaiz tidak normal sama ada besar atau terlalu kecil. 
  • Glaukoma menimbulkan tekanan di dalam mata, dan boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan atau buta.
  • Masalah katarak pada mata atau penglihatan boleh beransur hilang
  • Rahang kembang
  • Mata besar atau luas.
  • Bibir bawah menonjol 
  • Dahi besar
  • Jantung tak normal
  • Gigi lebih kecil daripada biasa
  • Kecacatan kelahiran yang lain 

Bagaimana penyakit Sindrom Axenfeld Rieger dirawat?  

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Dm qWZdW0AIyrNs.jpg Comelnya Ada Mata Macam Princess Disney, Hakikatnya Ia Penyakit Axenfeld Rieger!

Matlamat utama rawatan sindrom ini adalah bagi mengurangkan tekanan pada mata dan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mempunyai glaukoma. Berikut merupakan rawatan yang boleh dijalankan:

  • Melakukan pemeriksaan mata secara rutin setiap tahun dengan doktor.
  • Pakar akan menjalankan ujian khusus untuk mengenal pasti jika anak anda mempunyai glaukoma. 
  • Beli ubat titis mata bagi mengurangkan tekanan pada mata anak.
  • Menjalani prosedur pembedahan laser jika anak mata tidak membantu. 
  • Prosedur pembedahan boleh dilakukan bagi membantu membetulkan masalah muka, gigi atau jantung. 
  • Dapatkan ubat-ubatan yang dapat membantu hormon pertumbuhan anak. 

Jika anak kalian telah didiagnosis dengan sindrom tersebut, sebaiknya berunding terus dengan pakar perubatan profesional untuk bimbingan dan keluarga harus memberi sokonga penuh kepada mereka. 

Semoga Mehlani gembira menjalani kehidupannya sebagai kanak-kanak sehingga dewasa. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!