Mata anda selalu gatal dan bertahi? Periksa sarung bantal dan cadar anda sekarang!
Anda selalu alami mata gatal dan bertahi? Kadang-kadang hingga merah anda gosok mata? Cuba periksa sarung bantal dan cadar anda sekarang! Mata anda mungkin dijangkiti parasit.
Mata gatal, bertahi dan merah
WUHAN, CHINA: Kalau mata anda selalu gatal, kelihatan bertahi dan kemerah-merahan, mungkin anda perlu periksa dan salin sarung bantal dan cadar anda sekarang. Mata gatal boleh terjadi kerana pertumbuhan parasit di bulu mata.
Itulah yang terjadi pada seorang wanita warga tua di China ini. Puan Xu, 62 tahun, telah mengalami mata gatal dan kemerah-merahan sejak 2 tahun lepas. Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, doktor menemui hampir 100 parasit hidup di bulu matanya!
Menurut laporan media tempatan, wanita itu telah menggunakan eyedrop dari klinik semenjak mata gatalnya semakin parah. Mula-mula selepas memakai eyedrop itu, mata beliau tidak lagi gatal.
Namun, sebulan lepas itu, matanya kembali gatal dan bertahi. Pada pertengahan bulan November tempoh hari, Puan Xu mengadu matanya semakin banyak mengeluarkan cecair dan bertahi.
Mata gatal dan bertahi hingga tak boleh dibuka
Beliau kemudiannya menghadapi kesukaran untuk membuka dan menutup mata kerana cecair bertahi yang keluar dari mata gatal beliau telah kering dan berkuping. Lalu Puan Xu dibawa ke hospital oleh keluarganya.
Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mendapati terdapat lebih kurang 10 parasit pada setiap helai bulu mata beliau. Beliau didiagnosis dengan blepharitis dan kongjungtivitis selepas pemeriksaan.
Doktor juga mengesahkan penjagaan kebersihan yang menyebabkan masalah penglihatan ini pada Puan Xu. Beliau didapati tidak pernah membasuh atau menukar sarung bantal dan cadarnya selama 4 hingga 5 tahun!
Malah bilik Puan Xu juga tidak mempunyai ruang pengudaraan yang bersih. Ini menyebabkan parasit di bulu mata beliau datangnya dari sarung bantal yang tak dibasuh!
Sarung bantal dan cadar yang tak disalin punca mata gatal dan bertahi
Anda pasti tahu yang kita perlu menyalin sarung bantal, sekurang-kurangnya sekali setiap 2 minggu, kan? Tapi tahukah anda yang sarung bantal itu lebih kotor dari yang disangka?
Hampir 3/5 berat bantal anda itu sebenarnya terhasil daripada pepijat, kulit mati, debu dan najis parasit. Malah, bilik tanpa pengudaraan yang bagus boleh mengepung bilik lalu menjadi tempat pembiakan yang paling ideal.
Jangan terkejut, tapi menurut Dr Arthur Tucker, sarung bantal anda itu boleh jadi punca selesema, cacar air malah juga kusta!
Salah satu cara bagaimana parasit dan pepijat senang mencemari sarung bantal anda adalah melalui air mata atau kesan koyakan di bantal. Jika bantal anda banyak kesan koyakan atau kesan air mata, kemungkinan parasit sudah masuk ke dalam filling bantal.
Melalui pemeriksaan pakar, setiap bantal di dalam bilik tidur kita mungkin sudah tercemar dengan pelbagai bug seperti E.coli dan kuman lain yang boleh mengganggu sistem pencernaan perut.
Nampaknya anda kenalah kerap menyalin sarung bantal kalau tak mahu mata gatal atau sebagainya, ya! Jangan malas, nanti kuman dan parasit “singgah lebih lama” terutamanya pada bulu mata anda.
Sumber rujukan: Channel News Asia, Daily Mail
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comterdedah-berpanjangan-terhadap-skrin-digital-mata-tidak-sihat/