Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

Jangan pandang ringan penjagaan mata, ibu hamil! Kehamilan boleh bawa perubahan pada penglihatan anda sekali dengan perubahan lain dalam badan.

Mata ibu hamil

Mata ibu hamil mungkin akan terasa gatal, panas, atau pedih, dan penglihatan kadang-kadang menjadi kabur.

Kehamilan adalah masa yang paling menarik dan mencabar dalam hidup seorang wanita kerana tubuh badan mereka akan mengalami banyak perubahan.

Kadar metabolisme semakin meningkat, perubahan hormon, peningkatan berat badan, kaki bengkak serta perubahan-perubahan lain yang aneh.

Tapi kita jarang dengar orang cakap tentang kesan sampingan kehamilan yang berkaitan dengan penglihatan atau kesihatan mata ibu hamil.

Tahukah anda segelintir ibu-ibu hamil akan mengalami kesan sampingan ini?

Mata anda akan mengalami beberapa perubahan, akibat keadaan hormon yang berubah-ubah. Ada yang mengalami perubahan sedikit sahaja, namun ada juga yang agak serius.

Mata ibu hamil rasa kering

mata ibu hamil

Sumber gambar: Lynn Geyling

Masalah mata kering disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung dan adalah kesan sampingan yang tidak serius.

Anda cuma perlu menggunakan eyedrop tanpa pengawet untuk memastikan mata sentiasa dalam keadaan yang lembap dan selesa.

Mereka yang gemar memakai kanta sentuh mungkin perlu mengurangkan ataupun berhenti dan bertukar memakai cermin mata sepanjang kehamilan.

Ralat pembiasan

mata ibu hamil

Ralat pembiasan atau kesalahan refraktif adalah satu keadaan fisiologi di mana sistem pembiasan mata tidak dapat memfokus objek pada retina.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan dalam kes-kes teruk, ibu hamil mungkin akan memerlukan cermin mata atau kanta sentuh.

Tapi jangan bimbang, perubahan ini hanya sementara dan akan reda selepas bersalin.

Pembedahan untuk merawat keadaan ini tidak boleh dilakukan semasa ibu masih hamil atau menyusu, disebabkan keadaan mata yang tidak stabil lagipun kejayaan pembedahan tidak dapat diramalkan.

Untuk ibu-ibu hamil yang sudah memakai cermin mata atau kanta sentuh, bersedialah, kerana ia tidak dapat dielakkan. 

Apabila anda sangat letih menjaga bayi tengah malam dan masih perlu cari cermin mata di dalam kegelapan, ini hanya akan meningkatkan risiko kemalangan.

Sekiranya diperlukan, ibu-ibu boleh pertimbangkan pembedahan LASIK, sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum kehamilan.

Kencing manis

mata ibu hamil

Untuk ibu yang ada kencing manis semasa hamil (gestational diabetes), perubahan dalam salur darah retina akibat hormon yang tidak stabil juga boleh berlaku.

Antara perubahan yang mungkin dialami adalah pertumbuhan salur darah retina yang mudah terjejas, tidak normal dan mudah berdarah.

Pemeriksaan mata yang kerap adalah sangat penting supaya risiko ini dapat dikesan lebih awal dan jika perlu, rawatan laser boleh dilakukan sebelum anda bersalin.

Tekanan mata ibu hamil

Sesetengah ibu hamil mungkin akan mengalami perubahan tekanan pada mata terutamanya bagi mereka yang pernah didiagnosis untuk penyakit glaucoma sebelum ini.

Perubahan ini hanya sementara sahaja dan akan pulih selepas ibu itu bersalin.

Eye drop berubat untuk mata?

Tahukah Anda Tentang Kehamilan Dan Kesannya Pada Mata Ibu Hamil?

Kadang-kadang, wanita hamil boleh terjangkit penyakit mata seperti konjungtivitis atau ulser kornea.

Dalam situasi ini, ibu hamil perlu mendapatkan rawatan, dan kadang-kadang eye drops antimikrob mungkin perlu digunakan.

Walaubagaimanapun, terdapat antibiotik tertentu yang tidak sesuai digunakan semasa kehamilan.

Oleh itu jangan cuba mengubati penyakit ini dengan cara sendiri. Sila rujuk doktor sekiranya mendapat jangkitan mata semasa mengandung.

Mungkin anda tidak mementingkan kesihatan mata sekarang kerana lebih mementingkan anak yang sedang berkembang di dalam perut.

Tetapi ibu hamil sepatutnya menjaga diri, menjaga kesihatan mata serta kesihatan tubuh badan mereka secara menyeluruh.

Rabun ketika hamil adakah ia normal?

Penglihatan kabur pada ibu hamil merupaka hal yang normal. Kebiasaannya punca gangguan penglihatan kabur ketika kehamilan ialah mata kering, penglihatan kabur, penebalan kornea serta diabetes. Mata ibu hamil kabur adalah bersifat sementara dan akan kembali normal setelah melahirkan.

Punca rabun ketika hamil

Rabun ketika hamil adalah bersifat sementara dan kembali normal selepas ibu bersalin. Pasti ibu tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan rabun ketika hamil?

1. Air mata kering

Air mata kering ketika hamil berlaku disebabkan perubahan hormon. Mata kering ketika hamil biasa terjadi pada akhir trimester pertama dan boleh berlarutan sehingga ibu bersalin.

2. Tekanan mata

Penglihatan kabur ketika hamil disebabkan hormon kehamilan. Yang menyebabkan kornea mata menjadi lebih tebal dan tekanan di dalam bola mata meningkat, biasanya terjadi di trimester kedua dan ketiga.

3. Penebalan kornea mata

Penebalan kornea mata yang berlaku ketika akhir kehamilan membuatkan mata akan lebih sensitif turun menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Perubahan ini juga menjadikan pemakaian kanta sentuh tak boleh diterima.

4. Perubahan pada penglihatan

Kelenjar pituitari muncul ketika hamil menyebabkan perubahan pada penglihatan. Namun ibu tidak perlu risau anda akan menjadi normal selepas beberapa bulan melahirkan.

5. Diabetes

Diabetes terjadi disebabkan kadar gula dalam darah tinggi dan biasanya terjadi pada pertengahan hingga akhir kehamilan. Gula dalam darah tidak seimbang menyebabkan penglihatan kabur. Dapatkan nasihat doktor mengenai masalah ini jangan diberikan nak menganggap ia akan hilang selepas melahirkan.

Cara rawatan mengatasi penglihatan mata kabur ibu hamil

Berikut beberapa cara yang boleh membantu mengatasi mata ibu hamil kabur:

  • Rehatkan mata

Rehatkan mata seketika daripada melihat skrin seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer riba. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor sebagai cara mengatasi mata rabun ketika hamil

  • Pakai cermin mata

Gunakan cermin mata yang sesuai, cermin mata boleh mengurangkan risiko mata silau kerana cahaya yang terlalu terang. Selain itu, ibu boleh gantikan softlens jika tidak selesa memakai cermin mata

  • Gunakan air mata tiruan/eye drop

Mata kering akan mengakibatkan penglihatan menjadi kabur, sebagai langkah untuk mengelakkan mengatasi masalah ini gunakan eye drop yang bertujuan menambah air mata yang secara semula jadi pada permukaan bahagian depan mata anda

  • Makan suplemen Omega-3

Omega-3 boleh meningkatkan kualiti air mata dan mengurangkan keradangan pada mata kering. Lemak yang sihat ini terdapat dalam minyak ikan seperti salmon, sardin, dan tuna albacore. Sumber-sumber lain termasuklah walnut, dan kacang soya yang mendorong dalam penjagaan kelembapan mata serta meningkatkan air mata semulajadi. Atau anda boleh bertanya kepada pakar penjagaan mata mengenai suplemen omega-3.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Benda Yang Buat Anda Rasa Emo Dan Sedih Semasa Hamil. Meluat Betul No.4!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!