Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Lepas "Terkunci" Dalam Kereta Jiran Sebelah

lead image

Seorang lelaki terkejut apabila menemui seorang budak mati dalam kereta. Selepas diperiksa, budak tersebut adalah anak jiran yang dilaporkan hilang.

Pada 20 Oktober lalu, penduduk di Jakarta dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak mati dalam kereta. Kanak-kanak malang ini baru saja berusia 3 tahun!

Lelaki terkejut temui budak mati dalam kereta miliknya

Budak mati dalam kereta ini ditemui ketika Afandi, pemilik kereta, ingin meletakkan barang di kerusi belakang keretanya. Dia terkejut bila menemui seorang budak yang tak bernyawa dalam keretanya.

Mangsa, R, merupakan anak kepada jiran Afandi.

Dianggarkan, penyebab kematian kanak-kanak ini adalah kerana kehabisan oksigen akibat terperangkap dalam kereta yang berkunci seharian.

Afandi kemudian terus melaporkan penemuannya kepada pihak polis. Dalam laporannya, Afandi mengatakan abang iparnya, Ruslan, adalah orang terakhir yang menggunakan keretanya.

src=https://id Kanak Kanak 3 Tahun Maut Lepas Terkunci Dalam Kereta Jiran Sebelah

Selepas disiasat, Ruslan mengatakan yang dia terlupa untuk mengunci kereta Afandi semasa memulangkan kembali kereta itu. Afandi juga tak memeriksa kenderaannya selepas digunakan.

R yang sedang bermain berdekatan dengan kereta tersebut dikatakan telah masuk ke dalam kereta itu dan pintu kereta terkunci secara automatik semasa R berada di dalam.

Kanak-kanak malang ini tak dapat buka pintu kereta atau menjerit meminta tolong sehingga akhirnya dia mati dalam kereta tersebut.

Ibu bapa anak mati dalam kereta buat laporan hilang anak

Sebelum ditemui, R dikatakan telah hilang sejak petang Jumaat, dan dilihat kali terakhir pada hari Jumaat pukul 4 petang sedang menonton pertunjukan ondel-ondel (patung boneka besar ikon Jakarta).

Ibu bapa R yang risau apabila anaknya tak pulang ke rumah telah mencari anak mereka di tempat bermain dan ke rumah kawannya. Tapi hingga tengah malam, mereka tak berjaya menemuinya.

Ibu bapa R kemudiannya membuat laporan polis dan keesokan harinya, R masih belum ditemui sehingga pada petang Sabtu apabila Afandi menemui R yang terbujur kaku dalam posisi meniarap di bangku tengah.

Hasil siatan polis menemui yang R cuba untuk keluar dari kereta kerana kaca cermin pandang belakang telah jatuh. Dikatakan, kaca tersebut telah digunakan untuk memukul tingkap kereta tapi kerana tenaganya tak kuat, usahanya gagal.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/bayi tewas dalam mobil 20181022 000124.jpg Kanak Kanak 3 Tahun Maut Lepas Terkunci Dalam Kereta Jiran Sebelah

Kejadian ini harapnya boleh memberi peringatan kepada ibu bapa lain untuk lebih berhati-hati semasa menjaga anak bermain di luar, atau dalam kereta.

5 cara mencegah kes anak mati dalam kereta

1. Jangan tinggalkan anak dalam kereta walaupun anda buka tingkap

Jangan pernah sesekali meninggalkan anak dalam kereta walaupun hanya sekejap dengan tingkap terbuka.

2. Strok haba boleh menyerang secara tiba-tiba

Strok haba boleh menyerang kanak-kanak bila suhu badan mereka melebihi 40°C. Cuaca yang panas di Malaysia boleh menyebabkan suhu dalam kereta meningkat hingga 70%.

Menurut Dr. Nathan Allen, doktor IGD di University of Chicago, kanak-kanak lebih berisiko untuk diserang strok haba.

3. Jika anda lihat ada kanak-kanak ditinggalkan dalam kereta, selamatkan mereka!

src=https://id Kanak Kanak 3 Tahun Maut Lepas Terkunci Dalam Kereta Jiran Sebelah

Jika anda lihat ada anak yang ditinggalkan dalam kereta, cepat-cepat minta bantuan polis untuk mencari ibu bapa mereka.

4. Jangan tinggalkan kereta dalam keadaan tak berkunci

Apabila anda letak kereta di parkir, ingat untuk kunci pintu kereta bagi mengelakkan budak kecil masuk dan dengan tak sengaja terkunci di dalam kereta.

5. Sentiasa periksa kerusi belakang sebelum keluar kereta

Kadang-kadang bila kita terlalu banyak berfikir atau rutin berubah, kita boleh terlupa anak yang sedang tidur di kerusi belakang.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan barang di kerusi belakang atau jadikan rutin untuk sentiasa periksa kerusi belakang sebelum keluar kereta walaupun tak ada apa-apa di kerusi belakang.

Kami di theAsianparent turut bersedih dan berharap agar keluarga yang ditinggalkan tetap tabah menghadapi dugaan ini.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

Ibu bapa lupa anak hingga tertinggal di kedai makan. Apa ceritanya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!