Meghan Markle Disahkan Hamil Dan Bakal Bersalin Awal Tahun Hadapan!

Wah seronoknya mendengar berita Meghan Markle hamil ini! Agaknya, sudah berapa bulan sekarang ya? Pasti anak diraja ini akan comel macam ibu ayahnya!

theAsianparent Malaysia gemar memaparkan berita-berita terkini daripada kerabat di-Raja England dan baru-baru ini, kami telah mendapat khabar Meghan Markle hamil!

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Duke dan Duchess of Sussex ini! Malah, ia bukanlah uar-uar lagi kerana Kensington Palace sendiri telah mengeluarkan kenyataan tentang Meghan Markle hamil ini!

Tak sabarnya nak menantikan kedatangan bayi di-Raja yang baru ini!

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex ini sebenarnya baru saja dilihat muncul di khalayak ramai pada hari Jumaat lepas menghadiri perkahwinan Puteri Eugenie. 

Duchess of Sussex ini mengenakan kot berwarna biru laut, dan kelihatan menyorokkan tanda-tanda hamilnya.

Meghan Markle hamil – Pengumuman dari istana

Akhirnya, Kensington Palace sendiri telah mengumumkan berita Meghan Markle hamil dengan menulis –

“Duli Yang Teramat Mulia Duke of Sussex amat gembira untuk mengumumkan yang The Duchess of Sussex kini hamil dan akan melahirkan bayi pada Spring 2019.”

Meghan Markle Disahkan Hamil Dan Bakal Bersalin Awal Tahun Hadapan!

Berita gembira yang dirai di seluruh dunia!

“Duli Yang Teramat Mulia amat menghargai segala sokongan yang diterima oleh semua individu di seluruh dunia sejak perkahwinan mereka pada bulan Mei lalu.  Malah, mereka amat gembira untuk berkongsikan berita yang sungguh menerujakan ini! Ratu England, Duke of Edinburgh, Prince of Wales, Duchess of Cornwall dan Duke dan Duchess of Cambridge amat gembira untuk kedua-dua pasangan dan mengucapkan tahniah pada mereka secara peribadi pada hari Jumaat lalu ketika upacara perkahwinan Puteri Eugenie.”

Malah dikhabarkan, ibu Meghan Markle – Ms Doria Ragland juga amat gembira dengan berita kehamilan ini dan tidak sabar untuk menimang cucu pertamanya.

meghan markle the line coat engagement Duchess of Sussex, Meghan Markle is PREGNANT! The Royal Baby is due early next year

Difahamkan, Meghan telah mengandung selama 12 minggu. Apabila dilahirkan, bayi di-Raja ini akan menduduk tangga ketujuh untuk menerima takhta.

Kensington Palace juga mengesahkan tidak akan ada sebarang perubahan dalam lawatan kerajaan ke Australia, Fiji, Tonga dan New Zealand walaupun Meghan Markle hamil.

Meghan Markle Disahkan Hamil Dan Bakal Bersalin Awal Tahun Hadapan!

Kredit: observer.com

Kedua-dua pasangan ini baru saja memulakan lawatan diRaja ke Australia yang berlangsung selama 16 hari untuk Games Invictus yang keempat, bermula di Sydney, Sabtu lepas.

Lawatan ini seperti yang pernah dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa Putera Harry sebelum ini apabila Putera Charles dan Puteri Diana melawat ke Australia dan New Zealand pada tahun pertama perkahwinan mereka.

Awww, tak sabarnya nak lihat bayi kerabat diRaja ini nanti! Mesti comel, kan?

Baca juga: Ini Rahsia 9 Tradisi Untuk Bayi Kerabat DiRaja Yang Kita Tidak Tahu Pun!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!