Baby Shower Meghan Markle Menelan Belanja $200,000 & Melanggar Protokol Diraja?

Baby Shower Meghan Markle Menelan Belanja $200,000 & Melanggar Protokol Diraja?

Benarkah baby shower yang disambut Meghan Markle melanggar peraturan istana dan protokol kerajaan?

Dalam budaya Barat, wanita hamil akan melakukan parti baby shower bagi meraikan ibu yang sudah selamat mengandung tujuh bulan seperti yang dilakukan Meghan Markle, isteri kepada Putera Harry. 

Media Barat melaporkan, bagi melaksana parti tersebut dengan jaya, Meghan Markle telah terbang ke New York dengan teman-temannya, dan menyewa sebuah hotel mewah yang dilengkapi pelbagai fasiliti. 

Dalam berseronok mengadakan pesta mewah ini, Meghan dikritik kerana tidak menghormati kerajan Inggeris kerana baby shower bukan sebahagian dari tradisi mereka. 

Lokasi baby shower Meghan Markle 

Meghan Markle, Putera Harry dan Meghan Markle, baby shower, pesta baby shower, parti baby shower, meghan sambut baby shower, meghan adakan baby shower, siapa meghan, isteri putera harry, putera harry, wife putera harry

Hotel Mark yang terletak di Upper East side Bandar New York telah dipilih Meghan untuk pesta baby shower ini dan ia diadakan di suite penthouse hotel yang berharga $ 75,000 untuk satu malam!

Menurut laporan Daily Mail, hotel tersebut merupakan penginapan paling mahal di bandar New York kerana ia mempunyai bilik khas untuk penginapan Diraja iaitu tiga bilik tidur bersaiz king, dua bilik tidur bersaiz queen, enam bilik mandi dan mempunyai bumbung peribadi menghadap pemandangan Central Park. 

Rakan Meghan yang dilihat masuk ke perkarangan hotel adalah seperti seperti Gayle King, Jessica Mulroney, Misha Nonoo, jurusolek perkahwinan Daniel Martin dan rakan lama beliau Markus Anderson serta rakan-rakan yang lain. 

Menurut laporan media Inggeris, parti tersebut menelan belanja sebanyak $200,000. Wow, memang mahal dan hanya orang ada-ada saja mampu buat parti bachalorette semewah ini! 

Namun, ramai yang tertanya-tanya kenapa biras perempuan Meghan, Kate Middleton tidak hadir? 

Hal ini kerana baby shower adalah sebahagan tradisi Amerika, namun Kate sangat menjaga protokol kerajaan dan tidak pernah melakukan parti sebegini ketika hamil dahulu. 

Putera William dilaporkan marah dengan pesta mewah ini? 

Meghan Markle, Putera Harry dan Meghan Markle, baby shower, pesta baby shower, parti baby shower, meghan sambut baby shower, meghan adakan baby shower, siapa meghan, isteri putera harry, putera harry, wife putera harry

Menurut laporan The Sun, Putera William dan Kate Middleton pasti bingung mengapa Meghan melakukan pesta mewah ini kerana tiada alasan munasabah untuk berlebihan dalam membuat majlis baby shower dan merasakan ia tidak perlu. 

Bahkan, baby shower ini dianggap sebagai sambutan buat selebriti, dan bukannya protokol keluarga Diraja. 

Walau bagaimanapun, Meghan dilihat sangat gembira dengan parti yang disambut ini dan tidak menemui apa-apa masalah dengannya dan sama sekali tidak melanggar sebarang protokol istana serta kerajaan. 

Tips mengadakan jamuan dan majlis baby shower 
  • Senaraikan tetamu yang mahu diundang seperti keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan sepejabat dan lain-lain.
  • Hantar kad undangan melalui aplikasi whatsaap, email, kiriman kad jemputan ke rumah dan sebagainya. 
  • Masukkan segala maklumat majlis di dalam kad undangan seperti tarikh, tempat dan masa. 
  • Minta tetamu jemputan membuat RSVP terlebih dahulu kepada anda.
  • Pilih tema baby shower mengikut bajet dan kesukaan anda. 
  • Ciptakan ruang dekorasi yang menarik mengikut jantina bayi yang bakal lahir. 
  • Pilihan makanan dan minuman yang bersesuaian dengan majlis seperti finger food, pasta, sandwich daging, kuih muih, kek,  buah-buahan dan sebagainya. 
  • Melakukan aktiviti menarik seperti pertandingan memakai lampin anak, pertandingan bancuh susu baby dan lain-lain yang anda rasa  best! 
  • Sediakan cenderahati buat tetamu yang hadir. 

Tak sabar rasanya nak melihat baby junior Putera Harry dan Meghan Markle ini, kan? Mesti cute seperti mommy dan daddy dia. Apapun, diharap kandungan Meghan sihat sehingga dilahirkan! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Cheat Sheet, Yahoo.com 

Baca juga:

Antara Kate Middleton & Meghan Markle – Ini Satu Perbezaan KETARA 2 Puteri Diraja Cantik Itu!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner