Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

Melahirkan bayi kembar menjadi impian kebanyakan ibu. Namun siapa sangka dengan kuasa Tuhan, wanita ini telah selamat beranak bayi kembar sembilan

Setiap wanita akan berasa sempurna apabila mereka dapat menghadiahkan zuriat buat suami tercinta. Walau bagaimanapun melahirkan bayi kembar adalah tidak semudah yang disangka dan ibu berdepan dengan pelbagai risiko kesihatan.

Sebaik sahaja mengetahui mengandung bayi kembar, rata-rata pasangan pastinya cukup teruja dan tidak sabar untuk melakukan pelbagai persediaan sehingga ada yang sering melakukan imbasan pada kandungan.

Kisah benar wanita melahirkan bayi kembar sembilan

melahirkan bayi kembar sembilan

credit to sources

Bagaikan sedang bermimpi, seorang wanita warga Mali telah mengejutkan seluruh negara apabila dia selamat melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi beberapa hari lalu.

Berdasarkan keterangan oleh jurucakap kerajaan negara terbabit, walaupun masih belum mengesahkan kejadian sangat luar biasa itu, kesemua sembilan bayi kini berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu pihaknya telah menghantar wanita berusia 25 tahun berkenaan, Halima Cisse dari utara negara Afrika Barat ke Maghribi pada 30 Mac lalu bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Pada mulanya, dia mendapati bahawa dirinya mengandung bayi kembar tujuh. Setelah bersalin seramai sembilan orang bayi berjaya keluar dari rahimnya.

Kes wanita melahirkan kembar tujuh adalah jarang berlaku. Apatah lagi kali ini membabitkan kembar sembilan. Ia adalah kejadian yang sangat luar biasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Mali berkata, Cisse telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui kaedah pembedahan caesarean.

Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

”Setakat ini ibu dan kesemua bayi dalam keadaan baik-baik sahaja.” kata Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby.

Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

Tambahnya lagi, dia sentiasa menerima maklumat terkini daripada seorang doktor Mali yang telah menemani Cisse ke Maghribi. Mereka dijangka pulang dalam masa beberapa minggu lagi.

Risiko mengandung dan melahirkan bayi kembar

melahirkan bayi kembar 9

credit to sources

Sememangnya setiap kehamilan memiliki risikonya tersendiri, lebih-lebih lagi jika ibu yang mengandung bayi kembar. Komplikasi adalah lebih tinggi berbanding dengan kehamilan biasa. Antaranya ialah:

#1. Tali pusat terbelit

Janin kembar dengan kantung ketuban yang sama boleh menyebabkan risiko terbelitnya tali pusat. Sekiranya ibu berdepan keadaan ini, perkembangan janin hendaklah sering dipantau terutamanya apabila anda sudah memasuki trimester ketiga.

#2. Berat badan rendah

Lebih daripada separuh kelahiran anak kembar berpotensi memiliki  berat badan rendah, iaitu sekitar kurang 2.5 kg. Jika bayi berdepan masalah ini, ada beberapa potensi masalah kesihatan lain boleh terjadi seperti kehilangan penglihatan, pendengaran, kecacatan mental dan cerebral palsy.

#3. Twin to twin transfusin syndrome (TTTS)

TTTS adalah sindrom yang berlaku pada 10 peratus daripada kelahiran bayi kembar yang berada dalam satu kantung rahim. Sindrom ini terjadi ketika salah satu janin memperoleh lebih banyak darah dibandingkan dengan yang lain. 

Sekiranya masalah ini berlaku, maka doktor akan menggunakan bedah laser bagi melindungi jaringagan yang terhubung.

#4. Preeklampsia

risiko melahirkan bayi kembar

credit to sources

Ibu yang mengandung dan melahirkan bayi kembar memiliki kecenderungan diserang masalah preeklampsia dua kali lebih tinggi berbanding dengan kehamilan biasa.

Preeklampsia biasanya berkaitan dengan tekanan darah tinggi, kehadiran protein dalam air kencing dan pembengkakan ketika mengandung.

Pastikan anda segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya mengalami gejala-gejala preeklampsia ini.

#5. Masalah kencing manis (diabetes gestasional)

Sekiranya bacaan kadar gula dalam darah tinggi ketika kehamilan, maka berat badan bayi juga akan mengalami peningkatan. Selain itu, proses bersalin menjadi lebih berisiko kerana bayi cenderung masalah pernafasan dan kurang gula darah sewaktu dilahirkan.

Bagi kes kehamilan kembar, risiko untuk ibu hamil mengalami diabetes gestasional adalah 4 hingga 10 peratus. Anda juga dinasihatkan untuk menjaga porsi pemakanan secara sihat bagi mengawal penyakit ini.

Antara tanda-tanda ibu mengalami diabetes gestasional adalah kerap dahaga, sering membuang air kecil, keletihan, mual, penglihatan menjadi kabur dan terdapat gula dalam air kencing.

Jika anda telah memasuki usia 35 tahun dan mengandung bayi kembar, ada beberapa hal perlu diberikan perhatian. Ibu disarankan untuk peka dengan jadual temu janji dengan doktor terutamanya jika mengalami kencing manis atau darah tinggi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Perkara Hanya Ibu Yang Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya, No.6 Antara Paling Sukar!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!