Bahaya melatih anak menggunakan tandas terlalu awal kata pakar urologi

lead image

Salah satu bahaya melatih anak menggunakan tandas terlalu awal adalah jangkitan di saluran kencing! Jadi bila ibu bapa patut ajar anak potty training?

Melatih anak menggunakan tandas adalah salah satu perkara yang harus kita lakukan sebagai ibu bapa. Ada pelbagai pendapat tentang usia berapa yang bagus untuk mula melatih anak menggunakan tandas.

Ada sesetengah berpendapat ibu bapa patut melatih anak sebaik mereka sudah mula berjalan dan ada pula yang mengatakan sebaik sahaja anak tidak lagi menggunakan pampers.

Namun, Dr. Steve J. Hodges, seorang pakar urologi mengatakan,

“Anak di bawah usia 3 tahun belum boleh dilatih untuk menggunakan toilet!

Untuk menguasai teknik membuang air di tandas tidak sama dengan mereka yang perlu memahami badan mereka ingin membuang air,” kata doktor di Carolina Utara A.S ini.

Sebab itu, melatih anak menggunakan tandas sebelum usia 3 tahun adalah tidak disarankan.

melatih anak menggunakan tandas

Bahaya melatih anak menggunakan tandas terlalu awal hingga anak kencing di tilam

Berdasarkan pengalaman Dr. Steve, banyak pesakit kanak-kanak terkena jangkitan saluran kencing kerana mereka dilatih menggunakan tandas dengan terlalu awal.

“Saya merawat lebih kurang 100 kanak-kanak seminggu di klinik saya dan separuh dari mereka mengalami masalah dysfunctional voiders atau gangguan saluran kencing. Kebanyakan dari mereka dilatih menggunakan tandas sebelum usia 3 tahun.”

Untuk memahami bahaya melatih anak menggunakan tandas terlalu awal, ibu bapa perlu tahu yang masalah buang air besar dan kecil di tilam adalah kerana jangkitan saluran kencing yang membuatkan buang air kecil menjadi terlalu banyak atau terlalu jarang.

Ini terjadi kerana mereka menahan berak atau kencing.

Dr. Steve juga berkata yang kanak-kanak tidak suka berhenti dari bermain hanya untuk pergi ke tandas.

Ketika mereka belajar untuk menahan kencing atau berak selepas latihan tandas, mereka akan cenderung melakukannya kerana malas hendak ke tandas.

“Ini merupakan tabiat yang buruk kerana setiap kali kita menahan kencing, tubuh badan kita akan mencipta rintangan pada saluran kencing.

Ini menyebabkan otot di saluran kencing semakin menebal dan membuat kapasitinya berkurang dan mekanism menurun.

Ketika anak sudak mula biasa untuk menahan kencing, dalam masa beberapa bulan, saluran kencingnya akan menebal dan menyebabkan mereka terkencing tanpa sengaja!”

Melatih anak menggunakan tandas terlalu awal boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing

melatih anak menggunakan tandas

Dr. Steve juga menjelaskan, menahan berak boleh menyebabkan rektum merenggang sehingga 10 cm atau mungkin lebih.

Akibatnya saluran kencing akan tersepit dan menyebabkan mereka tidak boleh menahan kencing untuk jangka waktu yang lama.

Salah satu kajian pada tahun 2012 yang dikeluarkan oleh di jurnal Urology mengatakan, jika anak terhindar dari masalah saluran pencernan yang tersumbat maka masalah kencing di tempat tidur, jangkitan saluran kencing dan masalah lain akan berkurang.

Penelitian ini juga berdasarkan kajian lanjut di Kanada yang diterbitkan pada 1980. Hasil kajian menunjukkan anak yang memiliki masalah kencing di tilam seringkali mengalami sembelit.

Bahaya melatih anak menggunakan tandas sebelum usia 3 tahun

melatih anak menggunakan toilet

Dr. Steve juga menjelaskan, alasan yang banyak diberi apabila ada masalah saluran pencernaan pada anak yang diberi toilet training pada usia 2 tahun adalah karena mereka lebih awal belajar untuk menahan kencing dan berak.

Hal ini menjadi masalah kerana anak belum faham pentingnya membuang air kecil atau besar.

Selain itu, saluran kencing juga memerlukan waktu hingga usia 3 atau 4 tahun untuk benar-benar berkembang dengan sempurna. 

Anak yang masih menggunakan pampers tidak akan menahan kencing atau berak, namun anak yang sudah menjalani latihan tandas akan melakukannya.

Anak yang dibiarkan memakai pampers sehingga usia 3-4 tahun akan menurunkan risiko terkena sembelit dan masalah kencing di tilam boleh dielak.

Bagi anda yang berhasrat untuk melatih anak menggunakan toilet sejak awal, anda harus selalu memperhatikan kebiasaan kencing dan berak si kecil. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

4 kesalahan potty training yang patut dielak oleh ibu bapa