Kalau tak sihat, JANGAN lawat atau cium bayi baru lahir -- ini padahnya!

lead image

Walaupun anda excited nak melawat bayi baru lahir, tapi anda tidak digalakkan melawat mereka jika anda demam atau selesema. Ini padahnya pada bayi!

Apabila mendapat khabar ahli keluarga, sahabat handai atau saudara mara selamat bersalin, keterujaan untuk melawat bayi baru lahir memuncak.

Sampaikan kita sendiri lupa yang kita mungkin selesema atau demam ketika itu. Tapi, jangan sesekali melawat bayi baru lahir jika anda kurang sihat!

Buruk padahnya jika anda melawat bayi baru lahir ketika anda tidak sihat. Ambil kisah yang ingin disampaikan ini sebagai pengajaran.

Selesema atau demam mungkin nampak seperti virus biasa yang tak berbahaya pada orang dewasa atau kanak-kanak. Tetapi, ia boleh membawa maut untuk bayi baru lahir.

Jangan melawat bayi baru lahir jika anda kurang sihat, ini akibatnya

melawat bayi baru lahir, bayi baru lahir, lawat bayi baru lahir, adab melawat, adab melawat bayi baru lahir,

Seorang ibu, Ashley Conklin telah belajar hal ini dengan pengalaman menyayat hati yang terkena pada bayinya.

Baru-baru ini, Ashley berkongsi sebuah video bagaimana bayinya yang baru berusia 11 hari dimasukkan tiub dan tergapai-gapai tidak boleh bernafas.

Video itu disertakan dengan kapsyen – 

Inilah akibat daripada selesema biasa. Bayi saya baru berusia 11 hari tapi dia disyaki terkena jangkitan virus RSV, pneumonia, dan bronkotis kerana selesema orang dewasa.”

Apa yang terjadi sebenarnya? 

Jangan melawat bayi baru lahir yang mudah terkena jangkitan

melawat bayi baru lahir, bayi baru lahir, lawat bayi baru lahir, adab melawat, adab melawat bayi baru lahir,

Sebenarnya, 11 hari selepas dilahirkan, yakni pada tanggal 17 dan 18 Februari lalu, Oliver, si comel ini telah ditahan di hospital gara-gara jangkitan bakteria pneumonia dan RSV.

Oliver terpaksa menjalani pelbagai ujian darah dan ujian air kencing untuk mengenalpasti jangkitan. Bukan saja itu, si kecil ini juga ada IV di kepalanya.

Dadanya dilakukan imbasan x-ray. Oliver terpaksa diberi bantuan pernafasan kerana keadaannya kritikal.

Imbasan x-ray mendapati Oliver terkena jangkitan bakteria penumonia, tapi Oliver tidak demam. Ujian lain pula membuktikan beliau positif RSV.

Malam itu, virus yang mengjangkiti Oliver benar-benar membuatkan dia tidak dapat bernafas. 

Ashley akhirnya mengambil keputusan tegas untuk melarang sesiapa pun dari melawat bayinya itu. Bahkan, Ashley dan suaminya sendiri terpaksa berpakaian lengkap dan bertopeng muka sebelum melawat Oliver. 

Tanggal 21 Februari, berita baik muncul tiba. Pihak hospital akhirnya mengesahkan Oliver tidak terkena bakteria pneumonia, sebaliknya hanya ada RSV dan Bronkiotis. 

Akan tetapi, Oliver masih terkena bakteria pneumonia viral yang hanya akan hilang selepas hari ke-5. 

Keadaan Oliver bertambah baik, namun ahli keluarganya masih tidak berhenti risau dan berdoa.

Melawat bayi baru lahir ketika anda tidak sihat akan membawa risiko

Please share away. Everyone needs to see what a simple cold can do to babies. My 11 day old (now 13 days old) has contracted RSV, pneumonia, and bronchitis due to a simple viral cold. STAY AWAY FROM NEWBORNS IF YOU EVEN THINK YOU’RE GETTING SICK!

Posted by Ashley Conklin on Monday, 19 February 2018

Nasib baiklah selepas beberapa hari ditahan di hospital, Oliver akhirnya dibenarkan keluar. Beratnya pun semakin naik.

Punca jangkitan pada bayi baru lahir ini ialah kerana selesema biasa yang melanda orang dewasa.

melawat bayi baru lahir, bayi baru lahir, lawat bayi baru lahir, adab melawat, adab melawat bayi baru lahir,

Walaupun selesema nampak macam tidak berbahaya, tapi ia mungkin boleh membawa maut pada bayi baru lahir yang masih memiliki sistem imun badan lemah.

5 adab melawat bayi baru lahir

Sebab itu, jika kita hendak melawat bayi baru lahir, adalah seeloknya jika kita mengikut 5 adab-adab ini. 

Antaranya ialah:

#1 Telefon dulu sebelum pergi melawat

Baru melahirkan bayi bermaksud ada banyak benda dan kerja yang perlu dilakukan oleh ibu bapa baru. Mana nak menyusu, nak membiasakan diri dengan bayi dan sebagainya.

Jadi, harap bersabar dan telefon dulu sebelum datang melawat!

#2 Basuh tangan anda sebelum pegang bayi

Pastikan tangan anda bersih. SENTIASA basuh tangan untuk memastikan ia bebas dari kuman.

Jangan dukung atau pegang bayi selagi tangan anda tidak bersih. Ketahuilah, si kecil ini sistem imun badannya masih lemah.

#3 JANGAN CIUM BAYI!

Ingat tak cerita bayi terkena jangkitan herpes kerana dicium? Walaupun bayi baru lahir memang sangat comel, tapi jangan cium mereka dengan sesuka hati.

#4 Tanya dulu sebelum ambil gambar

Tempoh hari, kecoh satu Malaysia apabila ada seorang wanita yang berkongsi gambar anak Datuk Siti Nurhaliza tanpa izin.

Poinnya di sini ialah hormatilah keputusan ibu bapa baru. Tanya dulu sebelum anda ambil dan muatnaik gambar bayi mereka.

Ada yang tidak suka gambar bayi mereka disebarkan tanpa izin. Apapun, tanya ibu bapa itu dulu ya!

#5 Tinggalkan anak yang lain di rumah

Walaupun anak anda berkelakuan baik, tapi lebih elok jika anda tinggalkan mereka di rumah jika anda ingin melawat bayi baru lahir.

Melawat ibu bersalin dalam kumpulan yang besar hanya akan buat mereka lebih gemuruh dan sukar nak menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru.

Jadi jangan lupa berikan mereka ruang ya?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Bayi Ini Dijangkiti Virus RSV di Hospital, Dan Inilah Amaran Ibunya Untuk Semua Ibu Bapa!