Jangan salah beli kasut anak kalau tak mahu anak lambat berjalan, ini cara betul untuk beli kasut anak

lead image

Pusing satu kedai kasut, tapi semuanya tak sesuai dengan kaki anak. Aduh, mesti ada ibu bapa yang pening kan?

“Mendapat kaki”, pasti anda biasa dangar perkataan ini, bukan? Terutama apabila bayi berumur 11 bulan ke atas dan mula bertatih, dari situ kita akan dapat melihat anak kecil ini mula untuk menapak sedikit demi sedikit. Pasti tidak lama lagi dia boleh berjalan sendiri. Sudah pandai berjalan nanti, ibu bapa haruslah membeli kasut kanak-kanak yang sesuai mengikut usianya.

Bila sudah mula berjalan, pasti akan ada insiden tersadung di mana-mana. Itu memang tak dapat dielakkan! Oleh demikian, ibu bapa harus lebih berhati-hati tatkala membeli kasut kanak-kanak ini.

Inilah masanya untuk menjaga kestabilan anak dengan pilihan kasut yang sesuai seperti adanya muzik, loceng, lampu dan lain-lain. Pasti anak-anak akan teruja untuk memakai kasut.

membeli kasut kanak-kanak, panduan beli kasut anak, kasut anak dan bayi, beli kasut anak kecil, saiz kasut anak

Kesilapan ketika membeli kasut kanak-kanak

Terdapat beberapa kesilapan yang biasa dilakukan semasa membeli kasut kanak-kanak. Sekiranya perkara berikut adalah apa yang anda biasa buat untuk membeli kasut anak, ini akan menghilangkan daya ketahanan anak untuk berjalan.

  • Membeli saiz yang tidak sesuai. Ini bermaksud kasut yang terlalu besar akan menimbulkan masalah kepada anak. Ia membolehkan pergerakan kaki yang berlebihan di dalamnya, selain menimbulkan kesakitan dan risiko yang lebih tinggi untuk tersandung.
  • Mendapatkan kasut baru yang ada tumit tebal dan padding tanah untuk melindungi kaki. Apabila memilih kasut jenis sebegini, anak-anak tidak akan ada rasa yakin untuk berjalan dan takut untuk menapak ke hadapan.
  • Membeli kasut kanak-kanak dengan lengkungan. Baru-baru ini satu kajian telah dilakukan di Singapura iaitu antara 400 orang ibu, 7 daripada 10 ibu di Singapura mempercayai bahawa mereka perlu membeli kasut kanak-kanak yang ada lengkungan. Walhal, ini sebenarnya menyumbang kepada perkembangan lewat dalam proses belajar berjalan.

membeli kasut kanak-kanak, panduan beli kasut anak, kasut anak dan bayi, beli kasut anak kecil, saiz kasut anak

Cara betul membeli kasut kanak-kanak

1. Ikut perkembangan anak

Dr. Lim Kay Kiat, pakar bedah Ortopedik untuk Synergy Orthopedic Group Singapura, memberikan kami di theAsianparent pengertian kepada objektif asas yang perlu diingati ibu bapa ketika membeli kasut anak.

  • Bayi yang belum mula berjalan – Beli kasut yang melindungi diri daripada unsur panas dan sejuk.
  • Kanak-kanak yang telah mula berjalan – Beli kasut yang berfungsi sebagai perlindungan tetapi juga harus tipis dan cukup fleksibel untuk membolehkan kanak-kanak merasakan tanah. Ini untuk memaksimumkan maklum balas yang diperlukan untuk keseimbangan yang tepat.
  • Anak Muda – apabila kanak-kanak sudah pantas berjalan dan tidak perlu lagi dipimpin, pilihlah yang sesuai dengan kaki mereka.

membeli kasut kanak-kanak, panduan beli kasut anak, kasut anak dan bayi, beli kasut anak kecil, saiz kasut anak

2. Mesti tahu ukuran kaki anak 

  • Pastikan kasut kanak-kanak bersuaian dan diakui selamat dipakai.
  • Pastikan kasut diukur mengikut panjang dan lebar yang betul setiap 2-3 bulan sehingga sekurang-kurangnya berumur 2 tahun kerana kaki kanak-kanak tumbuh dengan cepat.
  • Kaki hendaklah diukur semasa berdiri, dan diukur kedua-dua kaki. Dengan ini, ukuran akan jadi lebih tepat, sesuai dan selesa.
  • Memastikan kasut mempunyai tali atau velcro yang memegang kaki dengan selamat dan menghalang dari tergelincir, ke bawah dan hadapan.
  • Untuk bayi dan kanak-kanak, bahagian atas kasut kanak-kanak perlu diperbuat daripada bahan ringan dan bernafas seperti suede, kulit domba, atau kanvas. Bahan-bahan ini lebih baik untuk kaki kanak-kanak yang lebih kering daripada orang dewasa.
  • Cari kasut dengan kotak kaki bulat yang membolehkan jari-jari kaki menggeliat dengan bebas. Lubang harus kukuh dan cukup tebal untuk melindungi kaki dari kecederaan.

 

 

 

 

 

 

Foto kredit:Pexels

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Punca Sakit Tumit Semasa Hamil Dan Cara Untuk Merawatnya