8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak-kanak

lead image

Pernahkah terlintas di fikiran, bahawa bacteria boleh berkumpul pada mainan kanak-kanak?

Pernahkah terlintas di fikiran, bahawa bakteria boleh berkumpul pada mainan kanak-kanak? Tahukah anda cara untuk membersihkan mainan mereka?

Bagaimana dengan rambut kusut pada anak patung Barbie anak kesayangan? Jangan bimbang, di sini ada beberapa tips selamat yang boleh digunakan, untuk memastikan mainan anak anda bersih dan bebas dari kuman.

#1 Letakkan LEGO mereka ke dalam netting pakaian beg dan basuhkan dalam mesin basuh setiap bulan.

lego wash 750x500 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber : thekrazycouponlady

Bersihkan LEGO selepas playdates juga, terutamanya jika kanak-kanak tersebut suka meletakkan barangan mainan kanak-kanak ke dalam mulut. jangan lupa kebanyakan kuman boleh merebak melalui air liur.

#2 Rendamkan rambut kusut patung Barbie dalam larutan pelembut kain dan air panas

barbie1 750x500 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

Jika anak anda mempunyai beberapa anak patung Barbie, gunakan periuk atau kong mandi dengan larutan 1/4 cawan pelembut pakaian dan air panas. Rendam untuk 10 minit.

Apabila merendamkan satu patung Barbie sahaja, gunakan cawan dengan larutan satu atau dua sudu besar pelembut pakaian dan air panas.

Saya lebih suka gunakan perapi rambut untuk menghilangkan kusut pada rambut anak patung Barbie kepunyaan kedua-dua anak perempuan saya. Gunakan dan basuh seperti biasa.

barbie hair1 750x497 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

#3 Basuhkan soft toy satu demi satu, yang dimasukan dalam netting pakaian dalam mesin basuh.

stuffed animal washing machine 750x497 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber : thekrazycouponlady

Anda tidak digalakan campur soft toy anak dalam mesin basuh, untuk mengelak dari warnanya luntur dari permainan tersebut dan mengotorkan permainan lain.

#4 Rendam mainan plastik dalam hidrogen peroksida

Hidrogen peroksida digunakan sebagai pengoksida, agen pelunturan dan pembasmi kuman.(Wikipedia)

hydrogen plastic toys1 750x500 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

Letakkan mainan ke dalam mangkuk yang besar atau baldi, dan tuangkan hidrogen peroksida hingga menutupi mainan. Ia akan bergelembung seketika. Apabila ia berhenti, keluarkan mainan itu dan biarkan ia kering.

#5 Bersih dan hilangkan bau busuk pada mainan bayi dengan menggunakan natrium bikarbonat atau lebih dikenali sebagai baking soda.

baby toys 750x500 baking soda 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

Larutkan 4 sudu besar baking soda dalam 1 liter air suam. Basuh mainan dengan, span lembap yang bersih atau kain. Kemudian, bilas dan kering.

#6 Rendamkan mainan mandi dalam larutan cuka

bath toys 750x497 vinegar 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

Adakah mainan mandi anak penuh dengan kulat hitam disebabkan air yang terperangkap didalamnya? Gabungkan satu bahagian cuka putih dengan dua bahagian air suam.

Rendamkan mainan selama 10-15 minit. Anda mungkin perlu menggunakan sesuatu untuk menahan mainan itu dari terapung ke atas.

Mainan itu perlu rendam sepenuhnya dalam larutan cuka suam. Asid dalam cuka itu akan menanggalkan kebanyakan kulat hitam itu. Sabun tidak diperlukan, cuma bilas dengan air selepas mainan itu direndam.

Anda juga boleh sumbatkan lubang pada mainan itu dengan menggunakan glue gun.

#7 Menghilangkan kesan pen penanda kekal pada mainan kanak-kanak dengan ubat gigi biasa

permanent marker toy 750x500 toothpaste 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

 

#8 Gunakan campuran cuka dengan air untuk membasmi kuman  pada mainan kayu

wooden blocks 750x500 vinegar and water 8 Cara Mudah dan Selamat untuk Membersihkan Barang Mainan Kanak kanak

sumber: thekrazycouponlady

Campurkan satu bahagian cuka dan satu bahagian air dalam botol semburan, kemudian semburan pada kain lembut. Lap mainan kayu dengan kain dan biarkan kering.

Diharapkan tips-tips ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan bagaimana untuk membersihkan mainan si manja!

Sumber: The Krazy Coupon Lady