Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

Tugas kita sebagai ibu bapa adalah untuk membantu anak-anak kita mengatasi apa sahaja kesukaran yang menimpa mereka. Masalah berkawan, kemalangan kecil di taman permainan, menyelesaikan teka-teki rumit...tidak kira apa pun, kami mahu mereka bangkit semula dengan keyakinan dan kekuatan. Tetapi tahukah anda bahawa sikap tahan lasak tidak hanya berkaitan dengan keberanian? Ia sebenarnya dikaitkan dengan kesihatan fizikal yang baik, terutamanya imuniti.

Menurut Persatuan Psikologi Amerika, kanak-kanak yang berdaya tahan mampu “menyesuaikan diri dengan baik dalam kesusahan, trauma, tragedi, ancaman, atau sumber tekanan yang ketara”, justeru membolehkan mereka menguruskan situasi sukar seperti tekanan, kebimbangan dan ketidakpastian. Sesetengah kanak-kanak mampu membina daya tahan atau kecekalan secara semula jadi, sementara yang lain mungkin tidak. Walau bagaimanapun, kecekalan tidak semestinya bermakna kanak-kanak terhindar daripada sebarang situasi yang sukar.1

Kanak-kanak membesar dengan baik apabila mereka berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik. Selain daripada daya tahan, membina sistem imun yang kuat juga sangat penting untuk kanak-kanak membesar dengan baik dan sihat. Kanak-kanak yang mudah jatuh sakit terlepas banyak peluang untuk belajar, bermain dan meneroka. Jadi ibu bapa, ketahuilah tanda-tanda imuniti rendah dalam kalangan kanak-kanak berumur antara 3 hingga 12 tahun, seperti:

  • Cirit-birit
  • Masalah usus
  • Masalah kesihatan perut
  • Masalah sistem penghadaman
  • Mudah selsema
  • Pertumbuhan yang terbantut
  • Mudah mendapat jangkitan
  • Lebih sukar untuk bertindak balas terhadap rawatan
  • Kecederaan mengambil masa lebih lama untuk sembuh

Membina daya tahan memerlukan masa, jadi jika anda mendapati anak anda memerlukan sedikit bantuan untuk bangkit selepas berdepan cabaran, usah risau. Kami ada beberapa cadangan tentang cara anda boleh menyokong anak kecil anda dalam membina daya tahan mereka.

Menyokong Anak Anda Membina Daya Tahan

Makan Makanan Sihat

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

Pemakanan yang seimbang, yang terdiri daripada pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan adalah penting dalam membina sistem imun yang kuat. Hidangkan si kecil anda pelbagai jenis makanan – buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan lemak sihat. Hadkan minuman manis dan makanan ringan serta makanan yang diproses untuk mengekalkan fungsi imun yang optimum.

Amalkan Tabiat Pemakanan Yang Baik

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

Biasakan anak-anak anda dengan tabiat pemakanan yang baik seperti:

  • Menetapkan waktu makan harian – penting untuk mencipta rutin dan membantu mereka mengawal selera makan mereka.
  • Kawal saiz hidangan – sediakan saiz hidangan yang sesuai berdasarkan umur dan tahap aktiviti mereka untuk menggalakkan sikap positif terhadap makanan dan mengelakkan makan berlebihan.
  • Pastikan badan sentiasa terhidrat – galakkan anak anda minum banyak cecair sepanjang hari. Hadkan minuman bergula atau diproses.

Amalkan bekal makanan yang sihat

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

Dalam kesibukan harian, kita sering mencari solusi yang mudah dan cepat, jadi selalunya makanan segeralah yang menjadi bekal anak-anak ke sekolah. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa pemakanan memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak anda kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari. Jadi mungkin anda boleh cuba menyediakan makanan dan snek yang sihat lebih awal (sediakan pek bekal pada hujung minggu!) seperti sandwic, sayur-sayuran yang boleh dimakan seperti batang lobak merah dan sos yang anak-anak gemari, buah-buahan yang dipotong, dll.

Tidur dan rehat yang berkualiti

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

Tidur yang mencukupi adalah penting untuk fungsi imun dan daya tahan. Semasa kita tidur, otak kita mengecas semula fungsinya. Ia tidak menerima maklumat baharu, tetapi memasuki mod “simpan”, dan menyimpan maklumat yang dikumpul sepanjang hari.

Bergerak aktif!

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

Aktiviti fizikal adalah sangat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar, terutamanya untuk mengekalkan sistem imun yang sihat. Galakkan anak anda untuk aktif dan terlibat dalam sebarang jenis senaman – bermain di luar rumah, bersukan, menunggang basikal, papan selaju, memanjat, menari, atau sekadar bersiar-siar di luar rumah. Cari aktiviti yang mereka suka lakukan dan jadikannya sebahagian daripada rutin mereka.

Seperti yang dinyatakan tadi, daya tahan bukan semata-mata berkaitan keberanian dan kelasakan; ia juga berkait rapat dengan memiliki sistem imun yang kuat. Apabila kanak-kanak kuat secara dalaman, mereka sentiasa bersedia untuk menangani cabaran, bak juara sejati! Jadi, mari kita kembali ke isi #1 di atas iaitu makan makanan yang berkhasiat. Pengambilan nutrisi yang seimbang akan membantu kanak-kanak membina imuniti mereka supaya mereka boleh melawan jangkitan dan penyakit dengan lebih berkesan serta mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti obesiti, diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.

Ibu-ibu, kami faham cabaran yang anda hadapi untuk memastikan si manja anda mendapat nutrien yang mencukupi dalam setiap hidangan setiap hari. Lebih-lebih lagi buat ibu yang sibuk, mempunyai bilangan anak yang ramai dan sudah tentu, apabila berhadapan dengan anak yang cerewet tentang makanan! Jadi, selain menyediakan pelbagai makanan berkhasiat, apa yang anda boleh lakukan ialah menambah baik diet mereka dengan multivitamin dan probiotik yang sesuai dengan keperluan diet mereka. Usah keliru mencari lagi, kerana kami telah menemui pilihan terbaik untuk anda!

Tahukah anda bahawa Australia merupakan salah satu pengeluar terkemuka produk suplemen kesihatan yang berkualiti tinggi? Biar kami perkenalkan anda kepada jenama nombor SATU Australia yang disyorkan oleh doktor dan pakar pediatrik Australia, Pentavite!

Pentavite menyokong tumbesaran dan perkembangan sihat kanak-kanak dan ia mempunyai suplemen terbaik yang menjadi pilihan ibu-ibu di seluruh dunia…

Pentavite Daily Immune Support Gummies

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2-12 tahun
  • Kaya dengan vitamin C dan zink, penggalak imuniti
  • Mengandungi ekstrak elderberry, ubat semulajadi yang digunakan secara meluas dalam perubatan herba barat tradisional untuk melegakan simptom selsema seperti batuk dan hidung berair
  • Rasa enak semulajadi dengan madu
  • Tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan

Pentavite Daily Immune Support Gummies adalah mesra vegetarian dan dikilangkan mengikut piawaian TGA Australia. Di samping diet yang sihat dan seimbang, Pentavite Daily Immune Support Gummies boleh membantu meningkatkan sistem imun anak anda supaya mereka boleh menikmati zaman kanak-kanak yang berkembang baik. 

Kesihatan Usus dan Sistem Imun

Tahukah anda bahawa kesihatan usus memainkan peranan besar dalam membina sistem imun yang kuat? Isu gastrousus seperti cirit-birit, gas dan alahan kulit sering dikaitkan dengan kesihatan usus yang tidak baik. Isu gastrousus berlaku apabila terdapat kekurangan jenis dan kuantiti flora dalam usus.

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang terdapat dalam usus dan bermanfaat dalam membantu mencerna makanan dan melindungi daripada kuman tertentu.2 Ia adalah pilihan yang baik untuk anda pertimbangkan sekiranya anak anda terdedah kepada masalah perut seperti sembelit dan ketidakhadaman, kurang selera makan, ekzema dan imuniti rendah secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dapatkalah nasihat pakar pediatrik anda terlebih dahulu sebelum menambah probiotik ke dalam diet anak anda untuk memastikan ia selamat dan sesuai untuknya.

Pilihan kami untuk suplemen probiotik terbaik untuk kanak-kanak ialah…

Life-Space Probiotic Powder for Children

Membina Daya Tahan: Tabiat Gaya Hidup Untuk Pertahanan Imun Kanak-Kanak Yang Lebih Kuat

  • Mengandungi 15 strain probiotik
  • 10 bilion CFU bakteria hidup setiap gram
  • Dirumus khas untuk kanak-kanak berumur antara 3-12 tahun
  • Mengekalkan kesihatan & kesejahteraan umum
  • Mengekalkan fungsi sistem penghadaman yang sihat
  • Menyokong kesihatan sistem imun

Anda pasti lebih gemarinya kerana:

  • Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk
  • Dijamin mengandungi bakteria hidup (teknologi pengeringan beku memastikan probiotik kekal tidak aktif sebelum dimakan)
  • Tiada bahan pengawet tambahan atau pewarna tiruan
  • Probiotik sumber semulajadi
  • Mesra vegetarian
  • Tiada tambahan tenusu, gluten atau telur

Life-Space ialah Jenama Probiotik No.1 Australia* dengan kepakaran selama 20 tahun dalam bidang probiotik, direka untuk setiap peringkat kehidupan.

Life-Space Probiotics dipercayai oleh jutaan warga Australia dan juga keluarga-keluarga di seluruh dunia. Fasiliti pembuatan Australianya di BioCarna di BioCarna menggunakan teknologi dan peralatan termaju untuk menyediakan probiotik berkualiti tinggi dan diuji rapi kepada pelanggan global mereka.

Dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini, adalah amat penting untuk kanak-kanak memiliki daya tahan yang tinggi dan sistem imun yang kuat. Sistem imun yang sihat berfungsi lebih daripada sekadar melawan batuk dan selsema, malah ia merupakan asas kepada kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan yang akan membantu mereka membesar dengan sejahtera sehinggalah ke alam dewasa. Daya tahan yang tinggi akan membantu mereka mengatasi apa jua cabaran dan situasi, dan membawa mereka ke arah kehidupan yang sihat dan masa depan yang lebih cerah.

BELI SEKARANG!

Layari kedai rasmi Pentavite di Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/pentavite/ 

Layari kedai rasmi Life-Space di Shopee: https://shopee.com.my/lifespaceofficial.my.my 

RUJUKAN:

  1. Resilience guide for parents and teachers: https://www.apa.org/topics/resilience/guide-parents-teachers#:~:text=Building%20resilience%E2%80%94the%20ability%20to,t%20experience%20difficulty%20or%20distress 
  2. Probiotics for babies and children: https://www.webmd.com/parenting/baby/know-about-probiotics-for-infants 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!