Memori zaman kanak-kanak, 7 perkara anak akan ingat tentang ibu bapa

Ibu ayah, mari bina memori kanak-kanak yang manis untuk anak kita. Dia akan membesar menjadi insan yang sempurna, berbahagia dengan zaman kecilnya.

Hari demi hari, si kecil anda akan membesar dan menjadi semakin bijak. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan pada anak anda tentang memori zaman kanak-kanak yang akan diingatinya.

Anda pasti terkejut apabila mendengar yang memorinya tentang anda akan menjadi antara perkara yang si kecil anda akan ingat dan kenang selama-lamanya.

Ibu ayah, pernahkah anda tanya pada diri? Memori zaman kanak-kanak apakah yang ingin anda sematkan pada sanubari si kecil?

Apakah usaha anda pada hari ini yang mampu memberikannya kenangan manis untuk diingati seumur hidupnya?

Memori zaman kanak-kanak yang paling diingati oleh anak

1. Pengalaman membesar dalam rumah anda

memori zaman kanak-kanak, memori kanak-kanak, memori indah zaman kanak-kanak, memori manis Kredit: Aynorablogs.com

Anda pasti terkejut, anak anda akan terlupa hadiah paling mahal yang anda berikannya di mana dia bermain seorang diri!

Tapi si kecil itu tidak akan sesekali melupakan pengalaman bermain permainan paling murah yang dia nikmati ketika bermain bersama anda.

Ibu ayah, ketahuilah bahawa si kecil anda akan mengikat dirinya pada kenangan yang memberi impak pada emosi.

Memori zaman kanak-kanak bukanlah pada benda atau material semata, tetapi lebih kepada pengalamannya ketika membesar dalam rumah yang kita bina.

2. Anda mendahulukan keperluan mereka

Pada zaman digital yang serba moden, amat mudah untuk kita ralit dengan media sosial dan segala gajet yang ada.

Jika pada suatu hari, anda membuat keputusan untuk meletakkan smartphone anda di tepi dan bermain badminton depan rumah dengannya, anak anda akan sentiasa ingat memori itu.

Ibu ayah, mari beri perhatian penuh pada keperluan si kecil kita. Apabila kita mendahulukan keperluannya, mereka juga akan mendahulukan kita apabila dewasa kelak.

3. Kata-kata semangat dari anda

memori zaman kanak-kanak, memori kanak-kanak, memori indah zaman kanak-kanak, memori manis Kredit: Muslimmatters.org

"Abang Fateh hebat! Ibu sayang abang."

"Kakak Aina rajin dan baik hati! Macam itulah anak ayah."

Ya, kata-kata positif ini akan sentiasa terpahat dalam memori zaman kanak-kanak yang anda ciptakan untuknya.

Tiada kata yang paling menyakitkan hati melainkan ayat negatif dan mengguris hati dari ibu ayah sendiri.

Jadi, mari berikannya zaman kanak-kanak yang penuh kemanisan dan bukannya trauma.

4. Sikap anda di rumah

Tidak dapat dinafikan lagi, ibu ayah adalah role model terbesar dalam hidup seorang anak kecil.

Mereka melihat bagaimana anda menguruskan diri di rumah, menyayangi pasangan dan melayaninya dengan rasa hormat dan lemah lembut.

Semua ini akan dipelajari oleh si kecil dan menjadi memori zaman kanak-kanak untuk dirinya.

Ibu ayah, kelakuan anda pada hari ini akan mempengaruhi sikapnya apabila dewasa kelak. Insan jenis apa yang ingin anda hasilkan?

5. Percutian keluarga

memori zaman kanak-kanak, memori kanak-kanak, memori indah zaman kanak-kanak, memori manis

Apabila kita sudah dewasa, kita sering teringat tentang memori manis ketika pergi bercuti bersama mak bapak kita ketika kecil.

Perkara yang sama akan terjadi pada anak kita. Dia akan membesar dan salah satu memori zaman kanak-kanak yang akan diingatinya adalah ketika bercuti dengan ahli keluarganya.

Mari ambil sedikit masa cuti dari kesibukan tugas dan luangkan masa berkualiti dengan anak. Anda dapat berehat dan anak pun gembira!

6. Kelakuan anda ketika melayan orang lain

Ketika anda membuat tempahan makanan di restoran, bagaimanakah anda melayan pelayan?

Bagaimana pula sikap anda ketika bercakap dengan guru anak di sekolah? Semua ini diperhatikan dan akan diingati oleh si kecil.

Dalam dirinya, dia berfikir: 

"Ayah/ibu aku sopan orangnya. Dia sentiasa tersenyum dan melayan orang lain dengan penuh hormat dan bersopan-santun."

7. Bagaimana anda membuatkan mereka berasa selamat

memori zaman kanak-kanak yang indah Kredit: Openminda.blogspot

Anak kecil kita amat memerlukan rasa perlindungan dari ibu ayahnya. Jika anda sentiasa membuatkan anak berasa disayangi dan selamat, mereka akan ingat hal ini sampai bila-bila.

Begitu jugalah sebaliknya. Jika mereka berasa takut ketika anda pulang dari kerja, itu pun akan diingatinya.

Mari cipta memori zaman kanak-kanak yang indah dan manis buat si kecil

Ibu ayah, mari bina memori zaman-kanak yang manis untuk anak kita. Jangan kita isi dengan perkara negatif dan jangan kita layani mereka dengan cara yang salah.

Jika bukan ibu ayah yang memberikan rasa selamat dan tunjuk ajar, kepada siapa lagi yang anak kita boleh harapkan?

Jika anda ada tradisi keluarga yang unik yang anda pasti si kecil akan ingat bila besar nanti, mari berkongsi cerita dengan kami ya!

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Layan Anak Anda Sebagaimana Nabi Melayan Kanak-Kanak