Bapa Menamakan Bayi Ke-19 'Cukup', Risau Sekeluarga Kebuluran Jika Anak Bertambah Lagi

Bapa ini menamakan bayi ke-19 nya sebagai 'cukup' disebabkan tidak mampu menyara keluarganya lagi jika anak terus bertambah.

Seorang bapa menamakan bayi ke-19 nya sebagai ‘cukup’, sebagai tanda beliau tidak mahu ada anak lagi. Apakah sebenarnya yang membuatkan lelaki ini tidak mahu anak lagi?

Meurut laporan DailyStar, lelaki berkenaan, Zeher Gezer, yaang tinggal di Diyarbakir, wilayah Tenggaran Turki mempunyai dua isteri dan 19 anak itu adalah hasil daripada dua perkahwinannya itu.

Walaupun mereka saling sayang menyayangi antara satu sama lain, keadaan pandemik ketika ini membuatkannya sukar untuk mencari pekerjaan sekaligus menyukarkannya untuk menyara keluarga.

Hadapi waktu sukar sara keluarga, lelaki menamakan bayi ke-19 nya sebagai ‘cukup’

menamakan bayi

Bayi berkenaan diberikan nama ‘Yeter’ iaitu dalam bahasa Turki yang membawa maksud ‘cukup’. Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, Zeher juga tidak terkecuali daripada menjadi antara yang kehilangan pekerjaan dan sumber pandapatan. 

Keadaan kewangan yang sempit membuatkan dia tidak dapat memberi makan pakai yang cukup kepada anaknya malah lima daripada anaknya tidak mampu dihantar ke sekolah. Malah yang sedang bersekolah pun terpaksa diberhentikan kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. 

Dia turut berkata, jika tahu keadaan jadi sebegini, beliau tidak akan memiliki anak yang ramai.

Elak kesalahan ini bila pilih nama anak

menamakan bayi

Mula-mula excited lah dapat letak nama idaman sebagai nama anak, tapi lama-lama menyesal. Sebab apa? Panjang sangatlah, anak susah nak ejalah, susah nak sebut lah dan penat tulis buku anaklah.

Betul? Selalu juga kan dengar ibu bapa merugut begini, terutama bila musim baru buka sekolah. Jadi ada asasnya nama yang pendek dan mudah dieja diletakkan kepada anak kerana ia memudahkan kedua-dua pihak lebih-lebih lagi ketika anak masih di bangku tadika.

Menyiksa betul nak tulis nama terlalu panjang, tulis nama saja sudah buat anak penat! Jadi untuk elakkan anda buat kesalahan yang boleh memberi kesan jangka panjang, mungkin boleh semak senarai ini, perkara yang perlu elak dalam memilih nama anak.

#1. Jangan susah ditulis atau sebut

menamakan bayi

Memang bergaya jika nama contohnya nama seseorang itu bermula dengan huruf ‘X’. Tapi susah betul nak menyebutnya. Bayangkan anak perlu mengeja nama itu, tak ke pening dia dibuatnya.

Kesian anak. Ibu bapa mahu nama anak penuh gaya, tapi pemilik nama sendiri tidak tahu menyebutnya. Sedihkan? Apa kata kita mudahkan urusan anak, sudah pasti mudah urusan kita.

Nama glamor tapi susah ditulis atau disebut pun tak guna juga kan?

#2. Jangan terlalu panjang

Sudahlah nama ayah panjang, nama anak pula sampai empat perkataan. Nak sebut satu je ibu ayah. Jadi berpada-padalah lah ya. Jangan semua nama yang diminati masuk dalam nama anak. Mungkin boleh tambah anak lagi satu kalau banyak sangat nama yang ibu atau ayah suka. Settle masalah.

#3. Jangan beri nama perempuan kepada anak lelaki

Menurut kajian yang diterbitkan di Education Finance and Policy, lelaki yang diberikan nama seakan-akan nama perempuan akan mengalami masalah tingkah laku berbanding mereka yang mempunyai nama lelaki sejati.

Mereka juga berkemungkinan untuk menjadi mangsa buli dan diejek oleh rakan-rakan sebaya. Ada kan kes begini? Ibu terlalu inginkan anak perempuan, semasa mengandung nama perempuan saja yang dipilih kerana terlalu berharap anak yang dikandung lelaki.

Bila lahir, anak lelaki nama pula diberikan nama seakan-akan perempuan.

#4. Jangan pilih nama dengan makna yang tidak baik

Sedapnya sebut, tapi bermaksud syaitan pula! Itu yang kadang kala terjadi. Mungkin kalau bukan syaitan maksudnya, perkataan tidak baik yang lain pula. Jadi tidak salah ibu bapa buat kajian dulu makna nama anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Newsflash

Baca juga: 100 Nama Anak Perempuan Inspirasi Bunga, Comel Sangat! Maksud Pun Baik-Baik

Baca juga: 55 Nama Bayi Lelaki Moden Dengan 3 Kata Yang Menarik Untuk Si Manja!

Baca juga: “Saya Nak Namakan Anak Saya Balqis Tapi Betul Ke Nama Balqis Sebenarnya Ada Kaitan Dengan Nama Anak Jin?” – Ini Penjelasan Ustaz

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!