Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?

lead image

Ibu yang menyusu selalu rasa bimbang susu badan mereka tak cukup. Tapi dengan resipi makanan untuk banyakkan susu badan ini, ibu tak perlu risau lagi!

Resipi makanan untuk banyakkan susu badan yang ibu-ibu patut cuba

Kebanyakkan ibu menyusu selalu bimbang mereka kurang susu dan akan mencuba apa saja cara dan makanan untuk banyakkan susu badan.

Ibu menyusu rela mencari petua dan resipi penambah susu yang berkesan supaya mereka boleh memberi susu terbaik buat anak.

Secara amnya, kebanyakkan makanan untuk banyakkan susu badan adalah resipi yang mengikut tradisi/budaya dan ia telah diturunkan secara turun temurun.

menambahkan susu badan, makanan untuk banyakkan susu badan

Kredit: Wikimedia Commons

Semua resipi ini dipercayai boleh menambah susu badan, walaupun keberkesanan petua, resipi dan makanan banyakkan susu badan ini belum pernah dikaji atau mempunyai sokongan saintifik.

Baru-baru ini, Patricia Wong, ibu kepada bayi yang berusia 3 bulan telah berkongsi resipi mudah untuk meningkatkan bekalan susu ibu. Jom tengok apakah resipi itu!

Resipi makanan banyakkan susu badan: resipi sup betik muda 

Resipi istimewa ini melibatkan sup. Sup tersebut mengandungi betik muda, kurma merah, longan kering dan goji beri!

Ketika ditanya theAsianparent, Patricia memberitahu kami,

Saya wanita berbangsa Cina yang telah berkahwin dengan orang Sabah Dusun Tatana. Semasa berpantang, ibu mertua saya memasak sup ayam betik muda. Ia adalah hidangan biasa di kampung mereka untuk ibu-ibu yang ingin menambahkan susu badan.”

“Apabila ibu saya datang melawat, dia pula menambah bahan-bahan seperti kurma merah yang telah dikeringkan, longan kering dan goji berry.

menambahkan susu badan, makanan untuk banyakkan susu badan

Bahan-bahan untuk sup betik muda yang dipercayai boleh menambahkan susu badan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Guna setengah betik muda yang berwarna hijau dan tidak masak lagi (sekitar 500gm), 
  • segenggam kurma merah kering,
  • segenggam longan kering, 
  • segenggam goji berry,
  • Daging pilihan anda,
  • Kira-kira 4 cawan air

Biar semua bahan-bahan yang diperlukan itu mendidih selama kira-kira 30 minit hingga 1 jam dengan menggunakan api sederhana kecil sehingga betik itu lembut.

Jika ibu-ibu masak dengan menggunakan slow cooker, masak sup itu selama 2 jam.

menambahkan susu badan, makanan untuk banyakkan susu badan

Sup betik muda untuk menambahkan susu badan

Anda boleh tambah sedikit garam atau penambah rasa dalam sup ini. Sup ini sepatutnya rasa agak manis. Ibu-ibu boleh mendapatkan goji berry dari kedai-kedai ubat Cina atau di kebanyakkan hypermart di bahagian bahan-bahan kering.

Senang saja bukan? Patricia berkongsi bahawa sup ini amat berkesan untuknya. Cubalah resipi sup penambah susu badan ini dan kongsi di ruang komen di bawah jika ia telah berjaya menambahkan susu badan anda!

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Jangan bersedih dan kecewa jika anda kurang susu ibu kerana 5 sebab ini