Ini sebabnya kenapa tukar pengasuh baru beri kesan buruk pada anak

lead image

Walaupun mencari pengasuh bayi yang baru bukanlah satu perkara yang asing, kadang-kadang ibu bapa lupa yang ia boleh memberi kesan kepada emosi anak.

Mencari pengasuh bayi dan menukar pengasuh adalah perkara biasa di Malaysia. Jarang kita dengar seseorang yang mempunyai satu pengasuh sahaja sepanjang kehidupan mereka. 

Sebab mencari pengasuh bayi yang baru

Tapi, tahukah anda, mencari pengasuh bayi untuk menggantikan pengasuh lama boleh memberi kesan kepada anak? Lebih-lebih lagi jika mereka rapat dengan pengasuhnya itu.

Kadang-kadang, kita tak boleh elak untuk mencari pengasuh bayi yang baru. Banyak sebab dan faktor yang mempengaruhi penukaran ini.

Pengasuh dan orang gaji mungkin mahu berhenti kerja kerana pelbagai sebab: Kerja rumah yang banyak, homesick, salah faham atau majikan yang tak bertimbang rasa.

Untuk keluarga pula, mereka membuat keputusan untuk mencari pengasuh bayi yang baru kerana tak sesuai, hilang kepercayaan atau mendapat pengasuh yang tak baik.

Kesan mencari pengasuh bayi yang baru untuk anak

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/changing maid in singapore 1.jpg Ini sebabnya kenapa tukar pengasuh baru beri kesan buruk pada anak

Bagaimana penukaran pengasuh ini boleh memberi kesan kepada anak adalah bergantung kepada jumlah tanggungjawab yang diberikan kepada pengasuh untuk menjaga anak tersebut.

Jika pengasuh bersama dengan anak sepanjang hari, menyuap makanan, mandikan mereka, siapkan mereka, secara semula jadinya mereka akan membentuk jalinan dengan pengasuh.

Bukan saja sebagai penjaga utama semasa anda tak ada di rumah, pengasuh juga akan menjadi orang yang anak cari untuk mendapatkan perlindungan dan keperluan asas.

Untuk ahli keluarga, mencari pengasuh bayi yang baru mungkin bukanlah satu perkara yang sukar untuk mereka, pengasuh hanyalah seseorang yang dibayar untuk membuat kerja rumah.

Tapi, kanak-kanak tak melihat pengasuh seperti ini. Pada mereka, pengasuh adalah seseorang yang buat mereka rasa selamat dan orang yang mereka boleh harapkan untuk menjaga mereka.

Lebih kecil anak anda, lebih tinggi kebergantungan mereka kepada pengasuhnya.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/changing maid in singapore 2.jpg Ini sebabnya kenapa tukar pengasuh baru beri kesan buruk pada anak

Apabila pengasuh anda berhenti atau diberhentikan, perasaan selamat dan terkawal anak anda juga akan turut hilang.

Ramai ibu bapa yang tak mengenali perkara ini dan menyebabkan ramai anak-anak yang menderita kehilangan ini secara senyap-senyap.

Cara mengatasi kesedihan anak untuk mencari pengasuh bayi yang baru

Memang betul yang anak anda akan mula membiasakan diri lambat laun, lebih-lebih lagi jika perkara ini terjadi berulang kali. Tapi, kita tetap tak boleh mengabaikan perasaan anak kita.

Jika anak anda sudah cukup besar, duduk dengan mereka dan berbincang. Bantu mereka untuk faham perasaan yang sedang mereka alami.

Beritahu mereka yang perasaan ini adalah normal dan mereka akan mengatasinya. Terangkan pada mereka mengapa pengasuh mereka perlu pergi.

Mereka akan rasa sedih dan kosong untuk seketika. Jadi, pastikan anda anda untuk mengisi kekosongan mereka dengan meluangkan masa dengan mereka serta menghujani mereka dengan pelukan dan ciuman.

Biasanya ibu bapa lebih memikirkan tentang mencari pengasuh bayi yang baru hingga mereka lupa tentang perasaan anak mereka.

Walaupun kajian menunjukkan yang ibu bapa tak perlu mencampur adukkan emosi mereka, tapi menunjukkan empati dapat membantu anak anda pada masa yang sukar ini.

Walaupun anda tak bermaksud untuk memisahkan anak anda dengan pengasuh atau orang gaji, tapi penting untuk anda mengambil kira jalinan yang telah dibina oleh anak dengan pengasuh untuk kesejahteraan anak anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber asal ditulis oleh Rosanna Chio dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

6 tips untuk menyediakan anak yang bakal pergi taska atau pengasuh